BAB 18

Romance Completed 13419

" Saya faham. Saya minta maaf. Awak dah kutip saya, bawa saya tinggal dengan awak pun saya dah bersyukur" jawab Khalisa perlahan.

Tajul Arif mengeluh perlahan.

" Kenapa awak cakap macam tu Lisa? Kan saya dah banyak kali cakap yang saya tolong awak ikhlas. Saya tak mengharapkan apa-apa balasan pun daripada awak. Tolong jangan bangkitkan isu ni lagi. Boleh? " .

Khalisa memandang seketika wajah redup Tajul Arif. Benar-benar menenangkan hatinya.

Lambat-lambat dia mengangguk.

" Dah awak makanlah. Tak elok makan lambat-lambat. Saya dah nak pergi office ni, ada meeting hari ni. Duduk rumah elok-elok. Jaga diri. Kalau ada apa-apa awak beritahu Mak Munah okay? " .

" Okay " jawab Khalisa ringkas.

" Saya pergi dulu. Assalamualaikum " Tajul Arif terus berlalu keluar daripada rumah.

Khalisa hanya memerhati sehinggalah Tajul Arif hilang daripada pandangan matanya.

Dia tersenyum sendiri apabila mengingati semula segala pesanan Tajul Arif sebelum dia pergi ke pejabat. Daripada cara Tajul Arif, lelaki itu benar-benar mengambil berat tentangnya.

Namun Khalisa cepat-cepat sedar daripada angannya itu. Mana mungkin lelaki seperti Tajul Arif mahukan perempuan yang sudah rosak seperti dia. Lelaki itu hanya simpati dengan nasibnya sahaja.

Mata Khalisa melilau mencari Mak Munah. Dia sudah bosan menonton televisyen. Tiada siaran televisyen yang menarik perhatiannya.

Kakinya melangkah ke belakang rumah.

" Mak Munah, buat apa tu? " soalnya saat melihat kelibat Mak Munah.

" Eh Lisa. Pergilah rehat. Mak Munah tengah bagi ikan-ikan ni makan " jawabnya.

Khalisa mendekati Mak Munah. Matanya tertarik pada kolam ikan di hadapan Mak Munah.

" Cantiknya ikan koi ni. Siapa yang bela? " soalnya.

" Siapa lagi, Rif lah. Rif memang minat ikan-ikan ni " cerita Mak Munah.

Khalisa mengangguk faham.

" Mak Munah, boleh Lisa tanya sikit tak? " .

" Tanyalah. Banyak pun tak apa " jawab Mak Munah.

Khalisa ketawa kecil.

" Dah lama ke Mak Munah kerja dengan Arif? " .

" Lama tu tak lah lama mana. Tapi boleh tahan lamanya. Sejak Rif duduk kat rumah ni, haa sejak tu lah Mak Munah kerja sebagai pembantu rumah dalam rumah ni. Adalah lebih kurang 5 tahun " .

" Oh boleh tahan lamanya jugak. Kiranya Mak Munah memang dah kenal lah kan dengan Arif tu " .

" Kenal sangat Lisa. Mak Munah ni pun dah anggap Rif tu macam anak Mak Munah. Nasib baik anak Mak Munah semuanya lelaki. Kalau perempuan, dah lama Mak Munah kahwinkan dengan Rif " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience