BAB 15

Romance Completed 13419

" Sampai bila Lisa tinggal kat sini? " soal Mak Munah.

" Cadangnya sampai dia dah bersalin. Tapi tu lah, Rif kesian pulak dengan Lisa tu nanti. Dah lah lelaki yang mengandungkan dia tak nak bertanggungjawab. Macam mana lah Lisa tu nak sara anak dia seorang diri nanti " .

Mak Munah mengangguk tanda setuju.

" Ada betulnya Rif. Apalah nasib si Lisa tu kalau Rif tak ada agaknya kan. Beruntung dia jumpa lelaki yang baik macam Rif ni " .

" Mungkin Allah hantar Rif untuk tolong Lisa. Cuma Rif risau pasal mama jer sekarang ni. Takut dia tak boleh terima Lisa " jelas riak kerisauan di wajah Tajul Arif.

" Itulah. Mak Munah pun terfikir benda yang sama. Arif tahu-tahu jer lah mama Rif tu macam mana kan. Tapi takpa, Mak Munah akan tolong nanti " .

" Macam mana? " .

" Pandai-pandailah Mak Munah sorokkan Lisa dalam bilik dia bila mama Rif datang " .

Tajul Arif tersenyum.

" Terima kasih Mak Munah. Nasib baik Mak Munah ada. Rif berani ajak Lisa tinggal kat sini pun sebab Mak Munah ada. Kalau tak, tak pasal-pasal Rif kena kahwin free dengan Lisa " dia ketawa kecil di hujung ayatnya.

" Ada-ada jer lah Rif ni. Rif tak payah risau-risau lagi " .

Tajul Arif mengangguk.

" Mak Munah nak ke dapur, nak memasak sekejap. Nanti dah siap, Mak Munah panggil makan " .

" Alright Mak Munah " .

Mak Munah terus melangkah ke dapur. Leka dia bersembang sehingga lupa dia masih belum memasak makanan tengahari.

Khalisa duduk di birai katil. Fikirannya melayang jauh memikirkan nasibnya selepas dia melahirkan anaknya nanti.

Mampukah dia menjaga anaknya sendirian? Ke mana dia hendak pergi selepas ini?

Sekeping gambar dikeluarkan daripada beg tangannya.

" Mak, abah Lisa rindu sangat dekat mak abah. Lisa minta maaf sebab dah kecewakan mak dan abah " gambar ayah dan ibunya itu dicium perlahan.

Mengalir perlahan air matanya. Rasa rindu menerjah hatinya.

Pantas jarinya mendail nombor telefon Mak Jah.

" Hello assalamualaikum mak " .

" Waalaikumsalam. Ya Allah Lisa. Mana Lisa pergi? Kenapa dah lama tak telefon mak? Mak telefon Lisa, tapi Lisa tak angkat " .

" Lisa minta maaf mak. Lisa tak ada niat nak buat mak risau. Cuma Lisa sibuk sikit. Mak sihat? " .

" Alhamdulillah sihat. Mak lega Lisa telefon mak. Syukur lah kalau Lisa tak apa-apa. Lisa sihat? " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience