BAB 6

Romance Completed 13419

" Alasan semua tu. Sampai mama meninggal lah nanti tak merasa ada cucu " rajuk Datin Hayati.

Tajul Arif sudah serba salah.

" Mama kenapa cakap macam tu? Rif bukan tak nak kahwin. Macam yang Rif cakap tadi. Lagipun jodoh, ajal, rezeki semuanya di tangan Allah " .

" Mama ni bukannya nak mendesak Arif. Mama ni makin tua, bukannya makin muda Rif. Sebelum mama tutup mata buat selamanya, nak jugak lah mama tengok anak mama ni kahwin. Ada keluarga sendiri " .

" Nadia kan ada. Mama suruh lah Nadia kahwin dulu. Dia mesti nak " cadang Tajul Arif.

Datin Hayati mengerutkan dahinya. Apa gila anak sulungnya itu. Ada ke patut dia suruh Nadia berkahwin. Muda lagi adiknya itu. Baru sahaja dapat keputusan SPM.

" Rif, adik Rif tu baru lepas habis SPM. Result pun baru dapat. Kahwin apa bendanya. Jauh lagi perjalanan hidup dia " .

" Okay macam ni lah ma, Rif janji Rif akan kahwin bila Rif dah jumpa dengan perempuan yang sesuai untuk Rif jadikan isteri. Rif janji " .

" Betul ni? " soal Datin Hayati.

Laju Tajul Arif mengangguk.

" Iya mama betul. Rif janji " .

" Iyalah. Jangan lama-lama pulak nanti " .

Tajul Arif menarik nafas lega. Akhirnya Datin Hayati berhenti juga membebel. Sudah merah telinganya mendengar bebelan Datin Hayati.

" Rif lapar lah nak makan " adu Tajul Arif sambil memegang perutnya.

" Tahu pun lapar. Ingatkan dah kenyang hadap laptop " perli Datin Hayati.

Tajul Arif sudah tersengih-sengih.

***
Khalisa menolak perlahan daun pintu. Kakinya diatur melangkah masuk ke dalam rumah.

" Kau baru balik? " tegur Rina, kawan baiknya merangkap teman serumahnya.

Khalisa hanya mengangguk perlahan. Dia terus melangkah masuk ke dalam bilik.

" Tunggu sekejap " .

Khalisa menoleh.

" Kenapa? " soal Khalisa.

Sudahlah tiada mood. Rina mahu mengajak berbual pula.

" Apa benda ni? " soal Rina sambil menunjukkan pregnancy test di tangannya.

Khalisa terkejut. Dia lupa hendak menyembunyikannya daripada Rina.

" Aku tanya ni Lisa, apa benda ni? " soalnya sekali lagi.

" Ak..ak..aku boleh jelaskan Rina " tergagap-gagap Khalisa menjawab.

" Jelaskan apa Lisa? Aku tak sangka kau perempuan macam ni. Selama ni aku ingat kau baik. Rupanya kau sanggup buat benda terkutuk ni. Perempuan jenis apa kau ni Lisa?! " .

" Rina, please dengar penjelasan aku dulu. Aku tak salah. Aku boleh jelaskan apa yang jadi sebenarnya " .

" Cukup Lisa! Cukup! " jerit Rina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience