BAB 16

Romance Completed 13419

" Lisa sihat mak. Lisa baik-baik jer kat sini " .

" Bila Lisa nak balik kampung? Berhenti jer lah kerja tu. Duduk kampung semula. Mak rindu sangat dengan Lisa " luah Mak Jah.

Khalisa mengetap bibirnya menahan tangis.

" Lisa minta maaf mak. Belum masanya lagi. Nanti Lisa akan balik jugak. Mak tunggu Lisa ya? " .

" Iyalah Lisa. Mak sentiasa tunggu anak mak ni. Lisa jaga diri kat tempat orang tu " .

" Insya Allah mak. Mak sampaikan salam Lisa pada abah ya? Nanti Lisa telefon lagi. Assalamualaikum " .

" Waalaikumsalam Lisa " .

Panggilan ditamatkan. Serentak dengan itu laju saja air mata Khalisa mengalir.

Jujur dari hatinya dia juga terlalu merindui mak dan ayahnya di kampung. Namun dia masih belum bersedia untuk pulang bertemu dengan mereka dalam keadaannya sekarang.

Tok..tok..

Pintu bilik Khalisa diketuk daripada luar. Khalisa pantas melangkah ke pintu. Tombol pintu dipulas.

" Lisa jom makan " ajak Mak Munah.

" Okay Mak Munah. Sekejap lagi Lisa turun ya " jawabnya.

" Iyalah. Mak Munah tunggu kat bawah " .

Mak Munah terus berlalu turun ke tingkat bawah semula.

Khalisa menyikat rambutnya. Rambutnya yang panjang sehingga paras dada, disanggul.

" Mari makan Lisa " ajak Tajul Arif yang sudah mengambil tempat di meja makan.

Khalisa tersenyum nipis lalu melabuhkan punggungnya di hadapan Tajul Arif.

" Awak okay? " soal Tajul Arif.

Wajah Khalisa nampak pucat sahaja.

" Saya okay jer " jawab Khalisa.

Mak Munah keluar daripada dapur sambil membawa dua mangkuk berisi lauk-pauk.

" Wah sedapnya Mak Munah " kata Tajul Arif teruja.

Perutnya juga sudah berbunyi minta diisi. Masakan Mak Munah tidak pernah mengecewakan. Benar-benar menepati citarasanya.

" Jom kita makan " tangan Mak Munah pantas mencedok nasi ke dalam pinggan Tajul Arif dan Khalisa.

" Makan lah Lisa. Jangan segan-segan" pelawa Tajul Arif.

Khalisa memandang lauk ayam masak lemak cili api bersama nangka muda di hadapannya itu. Itu lauk kegemarannya. Tiba-tiba dia teringatkan Mak Jah di kampung. Mak Jah selalu masakkannya lauk itu.

" Lisa? Awak okay? " soal Tajul Arif pelik apabila melihat Khalisa termenung jauh.

Khalisa tersentak. Mati terus lamunannya.

" Sorry " ucapnya.

Tajul Arif mencedok seketul ayam dan beberapa ketul nangka muda ke dalam pinggan Khalisa.

" Makan lah. Makan banyak-banyak sikit. Baby awak dalam perut tu pun mesti lapar kan " .

Khalisa hanya tersenyum kelat. Mak Munah pula hanya menjadi pemerhati. Sesekali dia tersenyum kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience