BAB 14

Romance Completed 13419

Mak Jah merenung telefon bimbit nokia 3310 nya. Sudah lama dia menanti panggilan telefon daripada anak tunggalnya, Khalisa.

Hampir 3 bulan Khalisa tidak menelefonnya. Hati ibunya risau. Dia takut jika ada apa-apa yang terjadi pada anaknya itu.

" Sudahlah tu Jah. Budak tu dah lupa kat kita. Pedulikan jer " tegur Pak Mail.

" Saya tahu anak kita tu ingat dekat kita. Cuma dia sibuk dengan kerja agaknya. Entah-entah ada benda yang tak baik berlaku dekat dia " jawab Mak Jah.

Pak Mail mengeluh perlahan. Isterinya itu tidak habis-habis mahu menyebelahi anaknya. Dia sudah lama membuang Khalisa daripada hidupnya. Sejak gadis itu berkeras mahu bekerja di Kuala Lumpur.

" Anak tak dengar cakap memang macam tu. Entah apa kerjanya dekat KL tu. Jangan jual diri sudahlah " .

" Abang! Anak kita tak akan buat macam tu. Saya ni didik dia dengan ilmu agama. Dia masih kenal mana dosa, mana pahala. Abang jangan suka-suka menfitnah dia. Dia tu anak abang. Kalau abang dah benci dia sekalipun, jangan sampai menuduh dia yang bukan-bukan " marah Mak Jah.

Dia tahu anaknya itu tidak akan membuat kerja terkutuk seperti itu.

" Kat sini dia ingatlah mana dosa, mana pahala. Kalau dah terdesak sangat dengan KL tu, dia dah tak peduli dah mana dosa mana pahala ".

Mak Jah merengus geram. Malas dia mahu melayan suaminya itu. Langkah kaki diatur masuk ke dalam bilik.

Pak Mail melabuhkan punggungnya di atas kusyen.

Marah macam mana pun dia pada Khalisa, naluri seorang ayah masih risau dengan keselamatan anaknya itu. Sudahlah Khalisa satu-satunya anak yang dia ada.

Setiap kata-kata yang keluar daripada bibirnya, tidak bermaksud langsung di hati.

" Betul ke tindakan Rif ni? " soal Mak Munah sebaik mendengar cerita Tajul Arif tentang gadis itu.

" Entahlah Mak Munah. Rif cuma nak bantu dia. Rif kesian tengok dia. Cara ni jer yang Rif ada untuk bantu dia " jawab Tajul Arif.

" Mak Munah bukan apa, orang zaman sekarang ni bukannya boleh percaya sangat. Silap-silap dia tipunya kita " .

Tajul Arif mengangguk faham. Ada benarnya kata-kata Mak Munah.

" Insya Allah Mak Munah dia bukan perempuan yang macam tu " .

" Tapi Mak Munah tengok dia tu baik jer. Harap tak ada apa-apa perkara yang buruk berlaku lah ya? " .

" Insya Allah " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience