BAB 3

Romance Completed 13419

" Syafiq! Syafiq! " panggil Khalisa.

Dia nekad untuk mencari lelaki itu di rumahnya. Dia yakin Syafiq ada di dalam rumah.

Pintu rumah Syafiq terbuka. Keluar seorang gadis berpakaian agak seksi.

" Yes? Cari siapa? " soal gadis itu.

" Syafiq. Saya cari Syafiq. Mana dia? Awak siapa? Kenapa ada kat rumah dia? " .

Khalisa memandang gadis itu dari atas hingga ke bawah. Memang pemakaiannya sangat menjolok mata.

" Kenapa you cari dia? You siapa? " soal gadis itu kembali.

" Saya yang sepatunya tanya awak siapa. Syafiq dia... " .

" Siapa datang tu baby? " kedengaran suara Syafiq.

Khalisa memandang ke arah Syafiq. Dia hanya memakai tuala sahaja dan tidak berbaju.

Syafiq terkejut melihat Khalisa.

" Siapa ni sayang? Dia cakap nak cari you " soal gadis itu kepada Syafiq.

Dia memeluk erat pinggang Syafiq. Panas sahaja hati Khalisa melihat makhluk di hadapannya itu

" Apa ni Fiq? Siapa perempuan ni? " soal Khalisa.

Syafiq tersenyum sinis.

" Dia girlfriend I. Kenapa? Ada masalah ke? " soalnya selamba.

Semakin membara hati Khalisa.

" Habis I ni apa? You curang dengan I ! You dah rampas maruah I. Sekarang I nak you bertanggungjawab! " .

" Hey perempuan kampung, kau sedar lah diri kau tu sikit. Jangan nak perasan. Fiq takkan pandang perempuan macam kau. Lainlah aku" hambur gadis itu.

" You dah dengar kan apa yang Ernie cakap? So you boleh berambus. Jangan ganggu hidup I lagi " sambung Syafiq.

" Eh Syafiq ! Kau dah mengandungkan aku lepas tu kau tinggalkan aku. Mana janji kau untuk bertanggungjawab kalau aku mengandung?! " amuk Khalisa.

Syafiq mengeluh perlahan.

" Kau mengandung? Apa susah kau gugur kan jer lah " .

" Kau sedar tak apa kau cakap ni? Anak dalam perut ni, anak kau. Kau yang perangkap aku. Lepas tu kau janji kau yang akan bertanggungjawab. Apa benda ni? Mana janji kau? " .

Syafiq tiba-tiba ketawa.

" Kau percaya dengan janji aku? Hey Lisa, kau tolong cermin diri kau tu. Perempuan macam kau ni aku nak buat isteri? No. Tak layak langsung untuk kau jadi isteri aku " .

Kata-kata yang keluar daripada mulut Syafiq benar-benar menikam hati Khalisa. Tergamak dia menghina Khalisa begitu sekali.

" Kau memang binatang Syafiq! Binatang! " jerit Khalisa.

Dia sudah tidak peduli jika jiran-jiran tetangga Syafiq mendengarnya.

" Baik kau berambus sekarang Lisa. Aku dah tak nak tengok muka kau. Kau jangan datang cari aku lagi. Entah-entah anak siapa dalam perut kau tu, lepas tu kau tuduh aku " balas Syafiq kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience