BAB 12

Romance Completed 13419

" Awak diam kan, jadi saya anggap awak setuju dengan pertolongan saya".

" Mana boleh macam tu. Awak tak boleh buat keputusan macam tu jer. Saya tak buat apa-apa keputusan lagi pun " .

Tajul Arif mengeluh perlahan.

" Kalau awak tak nak terima tawaran saya, awak nak tinggal kat mana? " soal Tajul Arif.

Khalisa diam.

" Awak tak percayakan saya? " soalnya lagi.

Tajul Arif merenung wajah Khalisa.

" Saya... " .

" Jangan risau. Saya tak akan ambil kesempatan ke atas awak. Saya takkan jual awak pun. Saya cuma nak tolong awak jer " pantas Tajul Arif memotong kata-kata Khalisa.

" Awak ikhlas tolong saya kan? Tak akan minta apa-apa balasan pada saya nanti? " soal Khalisa.

Dia masih ragu-ragu untuk menerima pertolongan daripada Tajul Arif. Manalah tahu kalau lelaki itu akan membuat perhitungan selepas dia menerima pertolongan lelaki itu.

Tajul Arif tersenyum kecil.

" Iya. Saya tak akan minta apa-apa balasan. Saya ikhlas nak tolong awak. Oh ya siapa nama awak ya? " .

Sejak daripada tadi dia masih belum sempat bertanyakan nama gadis di hadapannya ini.

" Khalisa. Awak panggil saya Lisa jer " jawab Khalisa.

Tajul Arif mengangguk faham.

" Lepas awak discharge, awak ikut saya balik. Okay? " .

Lambat-lambat Khalisa mengangguk. Dia sudah tiada pilihan lagi. Mahu atau tidak dia harus menerima pertolongan daripada Tajul Arif. Kalau dia menolak pertolongan lelaki itu, di mana lagi dia mahu berteduh?

Tajul Arif tersenyum gembira. Puas dia memujuk akhirnya Khalisa setuju juga menerima pertolongannya.

Mata Khalisa meliar memerhatikan rumah banglo dua tingkat di hadapannya ini. Sungguh cantik. Ketika dia kanak-kanak dahulu, dia mengimpikan untuk membeli rumah banglo dua tingkat ini apabila dia sudah bekerja dan mempunyai ekonomi yang kukuh.

Tapi sayang, Khalisa tidak dapat melanjutkan pelajarannya ke universiti kerana kekurangan duit. Dia tidak mahu menyusahkan ibu dan bapanya. Bapanya hanya bekerja sebagai nelayan, mana mungkin mampu menanggung perbelanjaannya di universiti nanti.

Oleh kerana itu dia membawa diri ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan. Di kampungnya bukannya tidak punya pekerjaan tapi gaji bekerja di Kuala Lumpur lebih mahal.

Walaupun awal-awal lagi keputusannya untuk bekerja di Kuala Lumpur ditegah oleh ibu dan bapanya, Khalisa tetap berkeras. Kata ayahnya, Kuala Lumpur tidak sama dengan kampungnya. Di sana banyak aktiviti sosial yang terjadi oleh itu ayahnya risau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience