BAB 1

Romance Completed 13419

Khalisa mundar mandir di dalam bilik. Dia melihat alat ujian kehamilan di tangannya.

Positif. Ya itulah keputusannya. Patutlah dia sudah lama tidak datang bulan.

Habislah dia kalau mak dan ayahnya di kampung tahu dia mengandung anak luar nikah. Ini semua kerana peristiwa malam itu.

Khalisa mengikut langkah Shafiq. Ini kali pertama dia datang ke rumah teman lelakinya itu.

Sepatutnya selepas mengambil Khalisa, mereka mahu ke restoran untuk makan malam. Tapi Syafiq pulang ke rumahnya semula kerana ingin mengambil barang yang tertinggal.

" Sayang, you duduk dulu. I buatkan air sekejap " .

Khalisa menurut. Dia melabuhkan punggungnya di sofa. Matanya meliar memerhati keadaan rumah Syafiq. Agak bersepah, biasalah rumah bujang.

Syafiq terus melangkah ke dapur. Dia mengambil jus oren di dalam peti sejuk. Ubat tidur dikeluarkan daripada poket seluarnya kemudian dia masukkan ke dalam jus oren itu. Syafiq tersenyum lebar. Malam ini Khalisa pasti menjadi miliknya.

Khalisa tidak sama seperti bekas teman wanitanya yang lain. Yang mudah menyerahkan maruah dirinya pada Syafiq. Gadis itu benar-benar menjaga maruah dirinya.

Syafiq melangkah ke ruang tamu semula sambil membawa segelas jus oren itu.

" Nah air. Minum dulu. I nak pergi ambil barang dalam bilik " Syafiq menghulurkan gelas jus oren kepada Khalisa.

" Terima kasih " Khalisa menyambut huluran daripada Syafiq.

Jus oren itu diteguk sehingga habis memandangkan tekaknya begitu haus ketika ini.

Syafiq tersenyum puas melihat Khalisa menghabiskan jus oren itu. Saat yang dinantikankannya telah tiba.

Khalisa memegang kepalanya. Terasa berpusing.

" You okay? " soal Syafiq pura-pura.

" I pening lah Fiq " jawab Khalisa.

' Satu...dua...tiga ' Syafiq menghitung dalam hati.

Khalisa terus rebah. Kesan ubat itu sangat kuat. Syafiq tersenyum puas. Rancangannya pada malam ini berjaya juga.

Syafiq mencempung tubuh Khalisa lalu dibawa ke dalam biliknya.

**
Khalisa tersedar dari lenanya. Dia terkejut melihat dirinya tanpa seurat benang. Dan yang paling mengejutkan Syafiq ada di sebelahnya dengan hanya memakai boxer.

" Syafiq! Syafiq apa yang dah jadi ni? " jerit Khalisa.

Dia menarik selimut menutup tubuhnya yang terdedah. Syafiq yang lena tidur itu terjaga mendengar jeritan Khalisa.

" Apa benda pagi-pagi buta you bising-bising ni? " soalnya selamba.

Kepalanya digaru-garukan.

" Apa you dah buat dengan I? You dah gila Syafiq! " Khalisa memukul Syafiq berulang kali dengan mengggunakan bantal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience