BAB 13

Romance Completed 13419

Tiba-tiba rasa rindu pula pada ibu dan ayahnya di kampung. Entah apa khabar mereka. Sudah lama dia tidak menghubungi mereka berdua.

Andai sahaja ibu dan ayahnya tahu tentang nasib malang yang menimpanya sekarang, pasti mereka berdua kecewa.

Khalisa pantas mengesat air mata yang mengalir. Dia tidak mahu Tajul melihatnya menangis. Cukuplah semalam dia meraung depan lelaki itu.

" Lisa okay? " soal Tajul Arif.

Dia perasan gadis itu menangis.

" Saya okay " laju Khalisa mengangguk.

" Jom kita masuk " ajak Tajul Arif.

Khalisa membuntuti langkah Tajul Arif masuk ke dalam rumah. Khalisa terpegun saat menjejakkan kakinya ke dalam rumah banglo dua tingkat itu.

Inilah rumah yang diidamkannya selama ini.

" Cantik? " soal Tajul Arif.

" Cantik. Cantik sangat " jawab Khalisa teruja.

Tajul Arif tersenyum kecil.

" Lisa anggap jer rumah ni macam rumah Lisa " .

" Eh mana boleh. Kalau saya anggap rumah ni macam rumah saya, saya jual jer " gurau Khalisa.

Tajul Arif ketawa. Pandai pula gadis ini bergurau.

" Nakal betul " .

Khalisa hanya tersenyum nipis.

" Mak Munah " panggil Tajul Arif.

Seorang wanita berusia 50-an keluar daripada dapur.

" Ya Rif? " .

" Saya nak kenalkan Mak Munah dengan Lisa " .

Mak Munah terus memandang gadis di sebelah majikannya itu. Otaknya ligat memikirkan siapa gadis itu. Dia tidak pernah melihat gadis itu sebelum ini.

" Mak Munah, ni Lisa. Dia kawan Rif. Buat masa sekarang ni dia akan tinggal kat sini sekali " beritahu Tajul Arif.

Mak Munah mengangguk faham. Dia mengukir senyuman pada gadis itu.

" Lisa, ni Mak Munah. Dia pembantu rumah ni. Tapi saya dah anggap dia macam mak saya sendiri " .

Khalisa terus menyalami tangan Mak Munah.

" Apa khabar Mak Munah? " soalnya ramah.

" Baik, Alhamdulillah " jawab Mak Munah.

" Mak Munah tolong sediakan bilik untuk Lisa ya Mak Munah? " pesan Tajul Arif.

" Baiklah Rif. Mari Lisa, ikut Mak Munah " ajak Mak Munah.

Khalisa terus mengikut langkah Mak Munah ke tingkat atas.

Tajul Arif pula mengatur langkah ke dapur. Tekaknya terasa begitu haus. Peti sejuk dibuka, sekotak jus oren dikeluarkan lalu dituang ke dalam gelas.

Dia terus meneguk jus oren itu sehingga kosong gelasnya. Tiba-tiba kerisauan menerjah hatinya.

Bagaimana jika Datin Hayati tahu tentang Khalisa? Tentu dia tidak dapat menerima kehadiran gadis itu.

Tajul Arif mengeluh perlahan. Dalam hatinya begitu berharap Datin Hayati tidak tahu tentang kewujudan Khalisa di rumahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience