BAB 24

Romance Completed 13419

Sedar tidak sedar kandungan Khalisa sudah mencecah 7 bulan. Hanya tinggal beberapa bulan lagi dia akan bersalin. Selepas itu dia sendiri tidak tahu nasibnya.

" Assalamualaikum " Tajul Arif melangkah masuk ke dalam rumah.

Matanya melilau mencari Khalisa.

" Waalaikumsalam " jawab Mak Munah daripada dapur.

Kaki Tajul Arif diatur ke dapur.

" Mak Munah, Lisa mana? " soalnya.

" Lisa ada dalam bilik berehat. Biasalah orang tengah sarat mengandung ni selalu sangat sakit-sakit badan " jawab Mak Munah.

Tajul Arif mengangguk faham.

" Rif ada belikan susu untuk dia. Orang dekat farmasi tu cakap susu ni bagus untuk ibu mengandung " .

" Haa eloklah tu. Nanti Mak Munah bancuhkan untuk Lisa. Rif ni susah-susah jer belikan. Bukan Rif sibuk ke dekat pejabat? " soal Mak Munah.

" Kebetulan Rif lalu depan farmasi tadi, tu yang Rif singgah. Lagipun Rif memang nak cari supplemen tambahan untuk Lisa " jelas Tajul Arif.

" Ohh iyalah. Letak situ dulu susu tu. Sekejap lagi Mak Munah bancuhkan untuk Lisa " .

" Takpalah Mak Munah, biar Rif yang bancuhkan jer. Lagipun bukan susah nak bancuh susu ni " .

" Tak susahkan Rif ke? Rif kan baru balik kerja. Mesti lah penat " .

" Eh takpa Mak Munah. Sekejap jer bancuh susu ni " .

" Iyalah. Terima kasih " .

" Sama-sama " .

Tok...tok..

Tajul Arif mengetuk perlahan pintu bilik Khalisa.

" Masuk " jawab Khalisa daripada dalam bilik.

Tombol pintu dipulas.

" Boleh saya masuk? " soal Tajul Arif.

Khalisa tersentak. Dia memandang ke arah Tajul Arif. Lelaki itu masih memakai pakaian pejabatnya. Kemeja berwarna maroon tersarung di tubuhnya. Lengan kemeja itu pula dilipat sehingga paras siku.

Di tangan lelaki itu terdapat segelas susu.

" Masuklah " pelawa Khalisa.

" Awak tengah buat apa? Saya ganggu awak ke? " soal Tajul Arif.

" Eh taklah. Saya tengah duduk-duduk sambil baca majalah ni. Bosan sebenarnya. Tapi nak turun bawah tak larat, maklumlah perut saya dah besar. Nak bergerak pun susah sikit " Khalisa ketawa kecil.

Tajul Arif ketawa kecil.

" Ni saya ada bawakan awak susu. Bagus tau untuk bakal ibu macam awak ni " Tajul Arif menguhulurkan gelas yang berisi susu itu.

Gelas bertukar tangan.

" Terima kasih " ucap Khalisa.

Khalisa meneguk sedikit susu suam itu. Dia bukanlah seorang yang menggemari susu. Boleh kira dengan jari berapa kali dia minum susu dalam setahun. Namun demi menjaga hati Tajul Arif, dia minum juga susu itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience