BAB 23

Romance Completed 13419

Khalisa pantas berjalan menuju ke kereta. Dia tidak mahu melihat lelaki itu lama-lama. Sakit hatinya apabila mengingati semula perbuatan lelaki itu terhadapnya.

Lelaki itu pantas mengejar. Dia menarik lengan Khalisa kasar.

" Hey nak pergi mana? " soalnya.

" Lepaskan aku lah. Lepaskan! Aku jerit nanti " Khalisa meronta-ronta minta dilepaskan.

Mata Syafiq jatuh pada perut Khalisa yang sudah nampak berisi.

" Anak kita ke? " soal Syafiq.

Tangannya cuba menyentuh perut Khalisa namun pantas Khalisa menepis.

" Jangan sentuh aku dengan tangan jijik kau tu! " hamburnya.

" Lisa ni anak aku kan? Anak dalam perut kau ni anak aku kan Lisa? " soal Syafiq berkali-kali.

Khalisa tersenyum sinis.

" Anak aku ni tak ada bapak macam kau lah. Ni anak aku, bukan anak kau. Aku tak hingin mengandungkan anak lelaki tak guna macam kau " pedih telinga Syafiq mendengarnya.

Dia cuba lagi untuk menarik tangan Khalisa.

" Lisa, Lisa aku tahu aku salah. Aku minta maaf. Aku janji aku dah berubah. Kita kahwin ya? Aku akan bertanggungjawab dengan apa yang aku dah buat. Please Lisa " pujuk Syafiq.

" Lepaskan aku! Jangan sentuh aku " Khalisa meronta-ronta.

Syafiq semakin bertindak agresif. Dia menarik Khalisa ke dalam pelukannya. Kebetulan di situ sunyi sahaja. Tiada orang lain. Hanya mereka berdua.

" Woiii! Kurang ajar " .

Bukk...satu tumbukan tepat mengena wajah Syafiq. Syafiq terus terjatuh.

" Kau jangan berani-berani nak buat macam tu lagi ea. Kalau tak mati kau, aku kerjakan! " ugut Tajul Arif.

Dia yang sudah lama menanti Khalisa terus datang ke tandas untuk menjenguk. Patutlah hatinya rasa tak tenang sahaja.

Khalisa menyorok di belakang Tajul Arif. Dia benar-benar dalam ketakutan.

" Kau siapa ha? Hero dia?! " soal Syafiq.

" Aku suami dia " jawab Tajul Arif selamba.

Dia menarik tangan Khalisa dan terus berlalu.

" Tak guna! " Syafiq mendengus kasar.

" Lisa okay? " soal Tajul Arif prihatin.

Dia risau melihat keadaan Khalisa. Tangan gadis itu menggigil. Khalisa mengangguk perlahan. Air matanya mengalir perlahan.

Tajul mendekati Khalisa. Ibu jarinya pantas mengesat air mata gadis itu.

" Lisa jangan takut. Saya ada. Saya akan lindungi Lisa " matanya merenung wajah bersih Khalisa.

" Tak ada sesiapa boleh sakitkan awak selagi saya ada. Saya janji " sambung Tajul Arif lagi.

Khalisa tunduk. Dia tidak mengerti maksud lelaki itu. Adakah Tajul Arif benar-benar memaksudkannya atau hanya sekadar janji manis?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience