BAB 25

Romance Completed 13419

" Sedap? " soal Tajul Arif.

Khalisa hanya membalas dengan senyuman.

" Terima kasih " ucapnya.

" Sama-sama. Saya tahu awak tak minum susu Lisa, tapi awak kena minum jugak. Baik untuk kandungan awak " .

" Terima kasih Rif sebab ambil berat pasal saya. Walaupun saya bukan sesiapa dengan awak " .

" Lisa, kenapa cakap macam tu? Awak dah jadi orang terpenting dalam hidup saya " .

Khalisa mengerutkan dahinya. Dia tidak mengerti maksud Tajul Arif.

" Saya tak faham. Maksud awak? " .

" Saya cintakan awak Lisa. Saya nak awak kahwin dengan saya lepas awak bersalin nanti. Saya akan jaga awak dan anak awak macam anak saya sendiri. Awak sudi kahwin dengan saya? " luah Tajul Arif.

Khalisa tergamam.

" Rif, kita tak sepadan. Saya bukannya perempuan yang baik. Saya hina, kotor. Ramai lagi perempuan kat luar sana tu yang awak boleh pilih untuk jadikan isteri. Tapi bukan saya. Saya janji lepas saya bersalin, saya akan pergi jauh daripada awak. Saya takkan ganggu awak lagi " .

Tajul Arif mengeluh perlahan.

" I really love you Khalisa. I love you so much. Saya tak kisah pasal masa silam awak. Semua orang pernah buat salah. Bila saya cakap saya cintakan awak, saya betul-betul maksudkannya. Saya ikhlas Lisa " .

" Saya minta maaf Rif. Tapi saya tak boleh. Saya sedar diri saya. Saya bukannya perempuan yang baik untuk awak. Maaf, saya tak boleh terima " .

Mata Tajul Arif merenung mata Khalisa. Dia tahu apa yang keluar daripada mulut Khalisa tidak sama seperti yang ada di dalam hatinya.

" Saya tak akan paksa awak Lisa. Tapi saya bagi masa pada awak untuk fikir. Ikut kata hati awak. Beri saya peluang untuk menjadi seorang imam yang baik kepada awak dan anak-anak kita. Saya tahu keputusan awak tak akan mengecewakan saya " .

Khalisa diam. Dia mati kata-kata.

" Takpalah. Saya keluar dulu. Ambil lah seberapa banyak masa untuk awak fikir. Saya akan tunggu. Jangan lupa habiskan susu tu " pesan Tajul Arif sebelum berlalu keluar daripada bilik Khalisa.

Serentak dengan itu air mata Khalisa terus mengalir. Jujur daripada hatinya dia juga mempunyai perasaan yang sama pada Tajul Arif. Namun dia tidak mahu lelaki itu mengahwininya hanya kerana kasihan dengan nasibnya.

Dia mahukan keikhlasan. Dia mahukan ada seorang lelaki yang boleh menerimanya ikhlas sepenuh hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience