BAB 7

Romance Completed 13419

" Aku ajak kau kerja dekat Kuala Lumpur ni bukan aku suruh kau buat maksiat sampai mengandungkan anak haram Lisa! Dah berapa kali aku nasihatkan kau jangan rapat sangat dengan Syafiq tu. Aku kenal dia. Tapi kau tak nak dengar. Kau lebih percayakan jantan tak guna tu. Sekarang ni kau tanggung lah akibatnya sendiri " .

" Rina aku diperangkap Rina. Kau tahu kan aku takkan buat benda terkutuk tu. Aku masih kenal dosa pahala Rina. Rina tolong aku... " rayu Khalisa.

" Dah terlambat untuk kau menyesal Lisa. Nasi dah jadi bubur. Sekarang ni kau kena terima kenyataan yang kau dah mengandungkan anak haram. Kau dah buat dosa. Kau tak fikir ke perasaan mak ayah kau nanti? Betapa kecewanya dia orang bila dapat tahu kau buat benda terkutuk ni " .

Air mata Khalisa laju mengalir. Teresak-esak dia menangis.

" Tolong aku Rina...kau jer yang boleh tolong aku sekarang ni. Syafiq tak nak bertanggungjawab dengan apa yang dia dah buat pada aku " .

Rina menggelengkan kepalanya. Dia sudah mengagak. Lelaki buaya darat seperti Syafiq itu tidak mungkin mahu bertanggungjawab dengan apa yang telah dia lakukan.

Awal-awal lagi dia sudah berpesan pada Khalisa supaya berhati-hati dengan Syafiq. Lelaki itu licik. Oleh kerana itu sehingga sekarang dia masih tidak diberkas polis biarpun telah ramai gadis yang menjadi mangsanya.

" Sekarang ni aku bagi kau dia pilihan jer Lisa. Keluar daripada rumah ni atau aku akan beritahu mak dan ayah kau " mendatar sahaja suara Rina.

Khalisa segera melutut di kaki Rina. Kaki Rina dipeluk.

" Rina tolong Rina. Jangan buat aku macam ni Rina. Mak aku ada sakit jantung. Macam mana kalau dia dapat tahu nanti. Rina jangan Rina, aku merayu.. " rayu Khalisa.

Rina masih kaku. Dia bukannya kejam tapi dia terpaksa. Rina sayang pada Khalisa, mereka sudah berkawan sejak di bangku sekolah lagi. Tapi dia juga harus memikirkan dirinya. Apa kata jiran-jirannya nanti apabila melihat perut Khalisa sudah memboyot sedangkan dia masih belum berkahwin.

" Jadi kau pilih lah pilihan pertama aku. Kemas barang-barang kau dan keluar daripada sini " .

" Rina, macam mana aku nak teruskan hidup Rina? Mana aku nak tinggal? Dekat KL ni aku cuma ada kau jer Rina " .

" Aku tak boleh Lisa. Aku harap kau keluar cepat. Kalau boleh, sekarang jugak " Rina terus berlalu masuk ke biliknya.

Tangisan Khalisa semakin kuat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience