BAB 4

Romance Completed 13419

" Kau memang tak guna Syafiq! Kau jantan tak guna! Aku benci kau! " .

Syafiq ketawa terbahak-bahak.

" Kau benci aku? Bencilah. Sikit pun aku tak heran kalau setakat perempuan murah macam kau ni, bersepah tepi jalan tu " hambur Syafiq.

Air mata Khalisa sudah bergenang. Tinggal masa saja untuk mengalir. Namun tetap ditahan. Dia tidak mahu kelihayan lemah di hadapan lelaki seperti Syafiq.

Lelaki yang tidak berguna. Hanya tahu merosakkan hidup orang. Langsung tidak bertanggungjawab dengan apa yang telah dia lakukan pada Khalisa. Habis madu sepah dibuang.

" Dah jom sayang kita masuk. Jangan pedulikan perempuan murah macam dia ni " Syafiq menarik tangan gadis itu masuk ke dalam rumah.

Gadis itu sempat tersenyum mengejek pada Khalisa sebelum berlalu masuk ke dalam rumah. Pintu sengaja di hempas kuat.

" Aku benci kau! Kau jantan tak guna Syafiq! " Khalisa terduduk lemah.

Sekarang semuanya sudah musnah. Maruahnya dipijak-pijak begitu sahaja. Syafiq langsung tidak mahu bertanggungjawab dengan apa yang telah dia lakukan.

Bagaimana dia mahu menghadapi mak dan ayahnya di kampung nanti? Di dalam perutnya kini sudah ada janin hasil hubungan nya dengan Syafiq.

Khalisa hanya mampu menangis menangisi nasibnya yang malang itu.

**
" Assalamualaikum " Tajul Arif melangkah masuk ke dalam rumah.

Tali leher dilonggarkan. Punggungnya dilabuhkan di atas sofa. Beberapa hari ini kerja di pejabatnya sangat banyak. Sehinggakan dia tiada masa hendak berehat.

Namun dia masih bersyukur kerana rezekinya semakin bertambah. Hasil titik peluhnya sendiri, dia berjaya membina syarikatnya sendiri. Flaura Cooperation, syarikat yang sentiasa menjadi sebutan.

" Baru balik? " tegur Datin Hayati.

Tajul Arif menoleh.

" Eh mama? Bila mama datang? " soalnya hairan.

Sejak bila pula mama nya itu datang ke rumahnya.

Tajul Arif terus menyalami tangan Datin Hayati.

" Petang tadi mama datang. Ingatkan Rif dah balik. Mama call tapi Rif pulak yang tak angkat " beritahu Datin Hayati.

" Sorry ma. Bateri handphone Rif dah mati. Lupa nak cas " .

Mak Munah melangkah ke ruang tamu sambil membawa secawan jus oren.

" Ini air nya Rif " hulur Mak Munah.

Tajul Arif menyambut huluran daripada Mak Munah.

" Terima kasih Mak Munah " ucapnya.

Jus oren di dalam gelas diteguk sehingga habis. Tekaknya begitu haus.

Datin Hayati hanya memerhati anak sulungnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience