BAB 17

Romance Completed 13419

Pagi itu Tajul Arif bersiap seperti biasa untuk pergi ke pejabat. Kemeja berwarna maroon tersarung di tubuhnya. Dipadankan pula dengan tali leher berwarna hitam.

Rambutnya disikat rapi. Tangannya mencapai botol minyak wangi lalu disemburkan sedikit pada tubuhnya. Siap!

Setelah dia puas melihat penampilannya di cermin, Tajul Arif terus turun ke tingkat bawah.

" Morning Mak Munah " ucapnya sebaik melihat Mak Munah keluar daripada dapur sambil membawa semangkuk nasi goreng.

" Pagi. Hensemnya hari ni " puji Mak Munah.

Tajul Arif tersenyum lebar apabila dipuji.

" Rif kan hari-hari hensem Mak Munah. Mak Munah jer yang tak perasan " jawabnya selamba.

Mak Munah mencebikkan bibirnya.

" Perasan pulak dia ni. Menyesal lah Mak Munah puji " .

Tajul Arif sudah mengekek ketawa. Tawanya terhenti saat melihat Khalisa keluar daripada dapur sambil membawa seteko air teh o.

" Mata pandang mana tu Rif? " perli Mak Munah.

Tajul Arif tersentak. Dia tersengih menampakkan barisan giginya yang tersusun.

" Lisa, marilah sarapan sekali " pelawa Mak Munah.

" Takpalah Mak Munah. Lisa nak basuh kuali kat dapur tu dulu " jawab Khalisa.

" Lah kenapa awak buat kerja? Awak kan baru jer sihat. Kandungan awak tu bukannya kuat sangat. Masih lemah lagi kan " tegur Tajul Arif.

" Itulah Rif, Mak Munah dah pesan tadi. Lisa ni berkeras nak buat kerja. Puas dah Mak Munah tegah " sambung Mak Munah.

" Saya bukan apa. Cuma saya tak nak lah duduk rumah orang, lepastu tak membantu langsung " jawab Khalisa.

" Lisa, saya ajak awak tinggal dekat rumah saya sebab nak bantu awak. Bukannya suruh jadi orang gaji dalam rumah ni. Awak tak perlu buat apa-apa kerja pun. Mak Munah tahu tugas dia " .

Khalisa sudah tunduk. Takut dia melihat wajah serius Tajul Arif. Tegang sahaja.

" Saya minta maaf " Khalisa menahan air matanya daripada menitik.

" Sudahlah tu Rif. Lisa, mari duduk makan. Kuali tu nanti Mak Munah basuh. Mak Munah nak ambil pinggan sekejap kat dapur. Lisa duduk makan dulu ya " Mak Munah terus melangkah ke dapur.

Perlahan-lahan Khalisa menarik kerusi di hadapan Tajul Arif. Dia hanya tunduk saja. Tidak berani mengangkat muka memandang lelaki di hadapannya itu.

" Lisa " panggil Tajul Arif.

Khalisa masih menunduk.

" Khalisa, pandang saya " arah Tajul Arif.

Perlahan-lahan Khalisa mengangkat kepalanya. Dia memandang wajah Tajul Arif.

" Lisa, saya bukan nak marah awak. Tak ada niat lansung pun. Saya cuma nak jaga awak dan baby dalam perut awak tu. Awak faham kan? " lembut sahaja suara Tajul Arif memujuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience