BAB 26

Romance Completed 13419

Hari ini hari minggu. Tajul Arif mengajak Khalisa membeli belah di shopping mall. Lagipun tidak lama sahaja lagi Khalisa akan bersalin jadi dia ingin membeli barang-barang keperluan untuk bayinya.

Mak Munah tidak dapat ikut kerana dia pergi ke hospital melawat menantunya yang baru sahaja bersalin.

" Senyap jer. Lisa okay? " soal Tajul Arif.

Sejak daripada rumah tadi Khalisa hanya senyap. Selalunya ada juga gadis itu borak-borak dengannya.

" Okay. Tak ada benda nak cakap. Sebab tu saya senyap " jawabnya.

Tajul Arif mengangguk. Dia tahu mungkin kerana hal semalam Khalisa jadi pendiam. Tidak mengapalah. Asalkan dia sudah menyatakan rasa hatinya pada Khalisa.

Dia sudah tidak berdaya menanggung rasa cintanya pada Khalisa. Jadi dengan cara meluahkan, hatinya menjadi lebih lega.

Mereka berdua melangkah masuk ke dalam butik kelengkapan bayi.

" Awak, kat sini mahal lah. Kita pergi tempat lain lah " .

Tajul Arif menoleh ke arah Khalisa.

" Takpalah Lisa. Lagipun apa salahnya kalau beli mahal sikit. Jom kita masuk dalam " ajak Tajul Arif.

Mereka berdua melangkah masuk ke dalam butik kelengkapan bayi itu.

Tajul Arif memilih beberapa jenis pakaian bayi. Khalisa hanya memerhati. Dia tidak tahu mahu mengambil barang apa. Semua pakaian dan barangan bayi di butik itu agak mahal harganya.

" Rif " .

Tajul Arif dan Khalisa serentak menoleh ke arah pemilik suara itu. Wajah mereka cuak.

" Apa semua ni Rif? Mama tak boleh terima langsung apa yang Rif buat ni" marah Datin Hayati.

Dia tidak boleh menerima langsung apa yang anak sulungnya itu telah lakukan. Berdesing telinganya saat Tajul Arif menceritakan tentang Khalisa.

" Mama, Lisa tak salah. Dia cuma mangsa keadaan jer " .

Datin Hayati memandang Khalisa dengan penuh perasaan benci.

" Mangsa keadaan? Rif dah buta ke? Perempuan ni perempuan murahan! Dia cuma pergunakan Rif jer. Dasar perempuan murah " hambur datin Hayati.

Khalisa tunduk. Air matanya ditahan daripada mengalir.

" Mama tak ada hak nak cakap Lisa macam tu. Mama tak tahu pun apa yang dah jadi. Lagipun semua orang berhak diberi peluang untuk berubah mama " Tajul Arif membela Khalisa.

Bukan niatnya untuk menjadi kurang ajar kerana seorang perempuan. Tapi dia harus pertahankan Khalisa. Datin Hayati seharusnya tidak boleh membuat tuduhan sebegitu.

" Rif masih lagi nak pertahankan perempuan ni? Apa yang dia dah buat dekat Rif ha? Dah bomohkan Rif? " kuat suara Datin Hayati menerjah gegendang telinganya.

Tajul Arif mengeluh perlahan. Nasib baiklah dia mengajak Datin Hayati berbincang di rumahnya. Jika di tempat awam, pasti malu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience