BAB 21

Romance Completed 13419

Khalisa segera berlari ke stor belakang rumah untuk menyembunyikan dirinya apabila mendengar derapan langkah kaki Datin Hayati.

Datin Hayati memerhati sekeliling. Tiada sesiapa di dapur.

" Tak ada sesiapa pulak. Tapi macam mana pinggan ni boleh jatuh? " soalnya sendirian.

Mak Munah menarik nafas lega. Mujur sahaja Khalisa pantas menyembunyikan diri.

" Tak ada sesiapa kan datin? Kan Mak Munah dah cakap, kucing tu. Mak Munah lupa nak tutup pintu belakang ni " .

" Saya bukan apa, cuma risau kot-kot ada perompak yang masuk. Mak Munah jangan biarkan pintu belakang ni terbuka jer. Pastikan tutup. Bahaya tau Mak Munah " .

Mak Munah mengangguk.

" Baiklah datin " jawabnya.

Malam itu mereka bertiga makan malam bersama. Mak Munah menceritakan hal yang terjadi tengahari tadi kepada Tajul Arif.

" Nasib baik lah tak kantoi kan. Kalau tak habislah Rif kena serang dengan mama " Tajul Arif ketawa di hujung ayatnya.

" Saya minta maaf sebab terjatuhkan pinggan tu. Kalau tak, mesti datin tak akan syak apa-apa " ucap Khalisa.

" Tak apa Lisa. Benda dah nak jadi. Lagipun awak tak sengaja kan. Jangan risau, saya tak marah pun " senyuman manis diberikan pada Khalisa.

" Rif, Lisa tambah lah lagi lauk ni. Banyak Mak Munah masak hari ni " .

" Sedap Mak Munah. Masakan Mak Munah ni tak pernah mengecewakan tekak Rif tau " puji Tajul Arif.

" Lisa kenapa makan sikit jer? " soal Tajul Arif pada Khalisa.

Sejak dari tadi nasi di dalam pinggan Khalisa tidak terusik. Selalunya gadis itu akan berselera makan.

" Tekak saya terasa loya " jawabnya.

" Awak okay ta... " .

" Uwekkk..." Khalisa segera berlari ke sinki dapur.

Belum sempat Tajul Arif menghabiskan ayatnya.

" Kenapa tu Mak Munah? " soal Tajul Arif. Wajahnya gusar.

" Orang mengandung memang macam tu. Orang putih panggil morning sickness " jelas Mak Munah.

Tajul Arif mengangguk faham.

" Mak Munah nak pergi tengokkan Lisa sekejap " .

" Eh takpalah Mak Munah. Mak Munah makan jer. Biar Rif yang pergi tengokkan Lisa " Tajul Arif mengangkat punggung lalu terus melangkah ke dapur.

" Lisa, awak okay tak ni ? " soalnya pada Khalisa.

Khalisa sudah tersandar lemah pada almari kabinet.

Dia hanya mengangguk perlahan.

" Kita pergi klinik ya? " ajak Tajul Arif.

Risau pula dia melihat wajah pucat gadis itu.

Khalisa menggelengkan kepalanya lemah.

" Saya okay. Lepas berehat nanti saya okaylah " jawabnya.

" Jom saya pimpin awak naik ke bilik" Tajul Arif membantu Khalisa bangun.

Khalisa hanya mengikut memandangkan dia sudah tidak berdaya untuk berjalan sendirian. Bimbang nanti terjatuh pula di tangga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience