BAB 9

Romance Completed 13419

Tajul Arif terus terjaga daripada lenannya apabila mendengar pintu bilik rawatan gadis yang dilanggarnya sebentar tadi terbuka. Keluar seorang doktor lelaki daripada bilik tersebut.

Dia terus meluru ke arah doktor itu.

" Doktor macam mana dengan dia? " soal Tajul Arif cemas.

" Alhamdulillah dia selamat. Tiada kecederaan yang serius. Kandungan isteri encik juga selamat " jelas doktor itu.

Kandungan? Jadi gadis itu sedang mengandung?

" Alhamdulillah syukur Ya Allah. Er..er doktor dah salah faham ni, dia bukan isteri saya. Saya pun tak tahu macam mana nak hubungi ahli keluarga dia. Saya terlanggar dia tadi" jelas Tajul Arif.

Doktor itu mengangguk faham.

" Sekejap lagi pesakit akan sedar, encik boleh tanyakan pada dia sendiri jer " cadang doktor yang bernama Amran itu.

Tajul Arif mengangguk kecil.

" Terima kasih doktor " .

" Sama-sama. Saya pergi dulu. Kalau ada apa-apa, boleh cari saya di bilik ".

" Baiklah " .

Doktor itu terus berlalu. Tajul Arif hanya menghantar pandangannya pada doktor itu sehinggalah bayangnya hilang.

" Alhamdulillah syukur dia selamat. Kalau lah apa-apa jadi dekat dia, aku bukan bunuh satu nyawa sahaja tapi dua nyawa juga " katanya sendirian.

Tajul Arif mengatur langkah masuk ke bilik rawatan di mana gadis yang dilanggarnya itu dirawat.

Dia melihat sekujur tubuh sedang terbaring di atas katil. Kepalanya dibalut. Ada sedikit calar balar di tangan dan mukanya.

Tajul Arif melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah katil gadis itu. Wajah gadis itu dipandang lama.

" Muda lagi. Awalnya dia kahwin " katanya sendirian.

Jam di tangan dilihat sekilas. Sudah jam 1 pagi. Pasti Mak Munah risaukan dia nanti.

Pantas jarinya mendail nombor telefon Mak Munah.

" Hello, assalamualaikum Mak Munah".

" Waalaikumsalam. Haa Rif kat mana tu? Lewatnya balik " soal Mak Munah risau.

" Rif minta maaf Mak Munah. Rif lupa nak beritahu Mak Munah. Malam ni Rif tak balik. Ada hal sikit. Nanti Rif cerita bila balik nanti ya " .

" Iyalah Rif. Jaga diri ya. Kalau ada apa-apa, telefon Mak Munah terus. Assalamualaikum" .

" Baik Mak Munah. Waalaikumsalam".

Panggilan ditamatkan.

Penat menantu gadis itu sedar, Tajul Arif terlena dibuai mimpi. Dalam keadaan duduk dia masih lagi dapat tidur lena. Mungkin kerana terlalu penat.

Pulang sahaja daripada pejabat ingatkan dapat berehat. Namun lain pula yang jadinya. Andai saja Datin Hayati tahu, mahu bernanah telinga nya mendengar bebelan panjang mama nya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience