BAB 10

Romance Completed 13419

Khalisa membuka matanya perlahan-lahan. Dia memerhati sekeliling.

" Kat mana ni? " soalnya sendiri.

Kepalanya yang berbalut diraba. Baru dia teringat, dia cuba untuk membunuh diri dengan berlari di tengah jalan.

Khalisa menoleh ke kanannya apabila mendengar dengkuran halus seseorang yang sedang nyenyak tidur.

Dia mengerutkan dahinya.

" Siapa ni? " .

Perlahan-lahan dia cuba untuk bangun daripada pembaringannya.

" Aduhh " Khalisa memegang tangannya.

Terasa begitu sakit. Pasti terseliuh sewaktu tubuhnya tercampak dilanggar kereta.

Tajul Arif terjaga daripada lenanya apabila mendengar suara Khalisa.

" Awak dah sedar? " soalnya pantas.

Matanya di gosok-gosokkan.

" Awak siapa? " soal Khalisa.

" Saya Tajul Arif. Panggil saya Arif jer. Saya minta maaf sangat-sangat sebab saya yang langgar awak semalam. Saya tak sempat nak tekan brek. Nasib baik kecederaan awak tak serius. Kalau awak nak saya bayar ganti rugi, saya akan bayar. Awak beri nombor ahli keluarga awak, biar saya hubungi mereka beritahu soal awak " panjang lebar Tajul Arif menerangkan pada Khalisa.

Khalisa terdiam. Kenapalah dia masih hidup? Kenapa lelaki di hadapannya ini masih membawa dia ke hospital?

" Awak. Awak okay? " soal Tajul Arif.

Khalisa masih diam.

" Awak jangan risau, kandungan awak selamat. Awak bagi saya nombor telefon suami awak, biar saya beritahu dia awak ada dekat hospital sekarang ni. Nanti dia risau pulak " .

Tiba-tiba Khalisa menangis. Tajul Arif panik melihat gadis itu tiba-tiba sahaja menangis. Dia salah cakap ke?

" Eh awak kenapa menangis ni? Sakit ke? Nak saya panggilkan doktor? " soal Tajul Arif.

Khalisa menggelengkan kepalanya.

" Ke..kena..kenapa saya tak terus mati jer? " akhirnya Khalisa bersuara juga.

" Astagfirullah al-azim. Kenapa cakap macam ni? Awak tengah gaduh dengan suami awak ya? " teka Tajul Arif.

Tangisan Khalisa semakin kuat. Terhinjut-hinjut bahunya.

" Awak, kenapa ni? Jangan lah buat saya takut ".

" Okay, okay awak bertenang. Tarik nafas dulu " pujuk Tajul Arif.

Khalisa hanya menurut.

" Okay sekarang ni awak cerita dengan saya. Kenapa awak menangis? Awak ada masalah ke? " .

Khalisa memandang wajah lelaki di hadapannya itu seketika.

" Hidup saya dah hancur. Semuanya dah musnah " .

" Saya kena rogol dengan kekasih saya sendiri " sambung Khalisa.

Tajul Arif terkejut.

" Awak tak buat laporan polis? " .

Khalisa menggelengkan kepalanya.

" Dia licik. Dia perangkap saya. Dia janji dia akan bertanggungjawab tapi itu semua hanya sekadar janji " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience