BAB 8

Romance Completed 13419

Khalisa menjinjing beg bajunya di tangan kiri dan kanannya. Biarpun berat hatinya untuk melangkah keluar daripada rumah itu namun dia terpaksa. Khalisa tiada pilihan lain.

Dia menoleh seketika. Tadi dia sempat mengetuk pintu bilik Rina untuk mengucapkan terima kasih pada Rina kerana telah banyak membantunya selama ini, tapi Rina langsung tidak memberi respons.

Dia tidak menyalahkan Rina. Semuanya berpunca daripada diri dia sendiri. Andai saja dia mendengar nasihat Rina dulu. Tapi semuanya sudah terlambat. Dia tidak dapat mengembalikan semula masa.

Perlahan-lahan langkah kakinya diatur. Entah kemana hendak membawa diri dia sendiri tidak pasti.

***
Rina mengesat air matanya yang mengalir di pipi. Hatinya tersentuh melihat Khalisa daripada tingkap bilik.

Bukan niatnya untuk berlaku kejam pada Khalisa. Dia sendiri tiada pilihan.

" Permudahkanlah urusan Khalisa Ya Allah. Kau lindungilah dia " doanya.

???

Khalisa memegang perutnya. Perutnya sudah mulai memainkan muzik. Mana tidaknya, sejak daripada pagi tadi dia tidak menjamah apa-apa makanan.

Dia melangkah ke tempat menunggu bas. Hari pula sudah semakin lewat. Langit kian bertukar warna.

Punggungnya dilabuhkan di situ. Khalisa termenung sendirian.

' Untuk apa lagi kau hidup? ' .

' Masa depan kau dah musnah ' .

' Lelaki yang kau cinta permainkan kau. Buang kau macam sampah ' .

' Tak guna lagi kau hidup ' .

Itulah antara suara-suara yang bermain di fikiran Khalisa sekarang.

" Ampunkan segala dosa-dosa ku Ya Allah " kali ini dia nekad.

Khalisa terus berlari di tengah jalan.

Pin...!!!!

Tubuh Khalisa tercampak akibat dilanggar kereta. Darah mengalir di kepalanya.

***

" Astagfirullah al-azim. Ya Allah apa aku dah buat? " Tajul Arif segera turun daripada kereta.

Dia berlari ke arah mangsa yang dilanggarnya.

" Allahu akbar " dia meraup wajahnya.

Tubuh gadis itu dicempung lalu di bawa masuk ke dalam keretanya.

Kereta dipandu laju menuju ke hospital berdekatan. Bibirnya tidak putus-putus berdoa agar gadis itu selamat.

***

Tajul Arif menanti di ruang menunggu. Jantungnya berdegup laju. Dia takut jika terjadi apa-apa dengan gadis itu.

Bagaimana jika gadis itu tidak dapat diselamatkan?

" Ya Allah aku mohon kepadaMu, kau selamatkan lah dia " doanya.

Dia meraup wajahnya. Jelas riak kerisauan di wajahnya. Dia tidak tahu bagaimana mahu menghubungi keluarga gadis tersebut.

Tangannya menggigil ketakutan. Kesan darah pada bajunya akibat daripada kecederaan gadis itu membuatkan dia semakin takut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience