BAB 2

Romance Completed 13419

Syafiq tersenyum sinis.

" Relax lah sayang. You ni macam tak biasa pula " pipi Khalisa diusap perlahan.

" You jangan main-main lah Fiq. I tak suka. You dah rogol I, you sedar tak?!".

Air mata Khalisa mengalir deras. Maruah yang dijaga selama 23 tahun hilang begitu sahaja.

" Lisa listen hear, you yang rela. Kalau you report polis you ingat you boleh tuduh I rogol you? You yang rela ikut I balik rumah " .

Dada Khalisa turun naik menahan amarah. Mudah sahaja Syafiq berkata begitu seperti tiada apa-apa yang terjadi antara mereka semalam.

" Habis macam mana dengan masa depan I Fiq? You pentingkan diri you sendiri! You perangkap I " marah Khalisa.

" Sayang, you tak perlu risau. I akan bertanggungjawab kalau apa-apa jadi dengan you. Okay? You tak perlu risau Lisa. Lagipun I akan kahwin dengan you jugak suatu hari nanti " pujuk Syafiq.

" Betul you akan bertanggungjawab? You tak akan tinggalkan I? " soal Khalisa.

" Iya sayang. I janji tak akan tinggalkan you. Kalau apa-apa jadi dengan you, I sendiri yang akan bertanggungjawab. You know I love you right? " .

Khalisa sudah hampir terpedaya dengan kata-kata manis yang keluar daripada mulut Syafiq.

Sedangkan semua itu hanyalah lakonan Syafiq sahaja. Mana mungkin dia mahu berkahwin dengan gadis itu.

" Tapi Fiq macam mana kalau mak dengan ayah I tahu kita dah terlanjur? Mati I nanti " .

" Lisa, dia orang tak kan tahu kalau you tak beritahu. Biarkan ni jadi rahsia kita. Okay? " .

Khalisa mengangguk perlahan. Lega sedikit hatinya apabila mendengar janji Syafiq. Dia berharap lelaki itu benar-benar memaksudkannya dan tidak akan memungkiri janjinya.

Khalisa tersedar daripada lamunan panjangnya.

Sekarang dia yang menanggungnya seorang diri. Syafiq sudah 2 minggu tidak menghubunginya. Entah kemana lelaki itu pergi dia sendiri tidak pasti.

Khalisa duduk di birai katil. Kenapalah begitu malang nasibnya. Habis teruk dia akan dikerjakan oleh ayahnya jika tahu dia sudah hamil anak luar nikah.

Patutlah mak dan ayahnya tidak membenarkan dia bekerja di Kuala Lumpur dahlu kerana banyak bahaya yang menanti. Tapi dia sendiri yang berkeras untuk bekerja di Kuala Lumpur. Sekarang dia tanggunglah sendiri nasibnya.

" Arghhh kenapa semua ni jadi dekat aku! " jeritnya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience