BAB 22

Romance Completed 13419

Tajul Arif membantu Khalisa baring di atas katil. Dia mengambil selimut lalu menyelimuti Khalisa.

" Awak rehat dulu ya. Kalau ada apa-apa awak panggil jer saya atau Mak Munah " pesannya.

Khalisa mengangguk. Dia terus memejamkan matanya. Kepalanya begitu sakit. Tekaknya juga terasa mual sahaja.

Tajul Arif terus melangkah keluar daripada bilik Khalisa. Pintu ditutup rapat.

" Lisa tengah buat apa? " soal Mak Munah pada Tajul Arif.

" Dia dah tidur. Rif ajak dia ke klinik dia tak nak " jawab Tajul Arif.

Dia melabuhkan punggungnya di sofa hadapan televisyen.

Mak Munah mengangguk perlahan.

" Mak Munah, Rif sebenarnya ada benda nak bincang dengan Mak Munah " .

" Apa dia? " .

" Rif nak kahwin dengan Lisa lepas dia bersalin " beritahunya.

Mak Munah terkedu mendengar keputusan yang dibuat oleh majikannya itu.

" Kenapa? Sebab Rif kesiankan Lisa?".

" Tak lah Mak Munah. Mula-mula memang macam tu. Tapi lepas dah lama Lisa tinggal kat sini, Rif rasa Rif dah jatuh sayang pada dia " .

" Rif tak main-main kan? Macam mana dengan Datin Hayati? Boleh ke dia terima Lisa sebagai menantu? " .

Tajul Arif diam seketika.

" Entahlah Mak Munah. Tapi Rif tetap dengan keputusan Rif. Rif akan jaga Lisa dan anak yang bakal lahir daripada kandungannya tu nanti. Walaupun bukan anak Rif, Rif akan jaga dia sebaik mungkin " jelas Tajul Arif bersungguh-sungguh.

Mak Munah mengangguk faham.

" Mak Munah tak kisah Rif. Rif buatlah keputusan yang terbaik. Lagipun Mak Munah setuju sangat kalau Rif nak berkahwin dengan Lisa. Tak ada salahnya " .

" Insya Allah Mak Munah. Pasal mama, biar Rif yang uruskan nanti " .

Pagi itu Khalisa mengikut Mak Munah ke pasar untuk membeli lauk-pauk mentah. Tekaknya teringin untuk makan tom yam.

Kebetulan Tajul Arif juga cuti. Jadi dia mengambil keputusan untuk menemani Mak Munah dan Khalisa.

" Biar saya bawakkan " Tajul Arif mengambil plastik berisi sayur di tangan Khalisa.

Mak Munah tersenyum sendiri melihat mereka berdua. Selesai membeli barang, mereka terus pulang ke rumah.

" Lisa nak pergi tandas sekejap " beritahu Khalisa.

" Okay. Depan tu ada stesen minyak, nanti saya berhenti " jawab Tajul Arif.

Sebaik tiba di stesen minyak, Khalisa terus keluar daripada kereta. Langkah kaki diatur ke tandas.

Setelah selesai, Khalisa keluar segera daripada tandas. Dia tidak mahu Tajul Arif dan Mak Munah menanti terlalu lama.

" Khalisa " .

Khalisa menoleh sebaik mendengar namanya dipanggil. Dia terkejut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience