BAB 25

Romance Completed 3353

Selepas rehat pada keesokan harinya..

"Nah!Niel,kau tengoklah sendiri!" kata Reza lalu mencampakkan sebuah majalah sekolah yang baru dikeluarkan hari ini.

"Apahal pula bagi aku benda ni?" tanya Niel.Walau bagaimanapun,Niel tetap mengambil buku itu."Bacalah sendiri kalau kau nak tahu.."suruh Reza.Kemudian dia blah gitu aje.

Niel membaca tajuk utama pada hari itu.
Sampai seketika,matanya buntang tak percaya.

"Arash Daniel,pelajar hensem zara damansara ada skandal dengan Cammy... Budak perancis nak balas dendam... Cammy si cantik jadi mangsa keadaan?" Niel membaca kuat antara topik utama hari itu.

Niel melihat nama penulis.Akhirnya jantung Niel hampir terhenti.Da..Dania penulisnya?Niel tak mahu percaya tapi nama itu sudah cukup untuk membuktikan segalanya.

Tanpa membuang masa,terus Niel mengoyakkan majalah itu hingga jadi berkeping keping.Hancur luluh hati Niel apabila Dania sanggup buat dia begini.Tak cukupkah pengorbanannya semalam?

Sangkanya,Dania sudah memaafkannya. Tapi tak sangka senyuman semalam hanyalah senyuman plastik berjenama tupperware.Eh,silap pula..Dania tak layak dapat jenama tupperware yang tahan lasak!Senyuman Dania hanyalah plastik keropok lekor..

..puasku pertahankan cinta kita sejak dulu.Tapi sayang sikit pun tidak kau hargai cintaku.Sia sia saja pengorbanan dan kesetiaan ku ini.Ku sangka kau permata rupanya duri paling berbisa..

----

"hey,Daniel..kau dah putus dengan Dania?"

"hey,Niel..mana awek baru kau nya?"

"Dania tu tak sangka kecik² pun pandai lawan.Gunting dalam lipatan.."

"Niel.."

"Diamlah bodoh!" jerit Niel sambil mencengkam kolar baju budak budak jahat yang mengacaunya.

"hey..aku ada mulut sebab tulah aku bising.." balas orang itu dengan beraninya. Niel tidak dapat bertahan,ringan aje tangannya dihayun kearah perut lelaki itu. Orang itu mengaduh kesakitan.

Kawan kawan orang jahat botak tu terpaksa menumbuk Niel semula demi membela bosnya.Ditumbuk pada rahang kanan.Kuat juga sampai Niel hampir terjatuh.

"Bangun,James!" Niel nampak seorang budak yang baju tak berbutang penuh menghulur tangan kepada budak botak.

"Tolonglah angkat aku,Biew!"Jerit James kuat.Biew tarik James.Ketika itu,punggung James terlekat dalam tong sampah.Bila dia bangun,James terpaksa menonggeng dan hanya mampu menyuruh Biew manarik tong itu dari punggungnya.

" Tak guna!"Jerit James sambil menyepak perut Niel selepas punggungnya dapat 'bernafas' semula.Tak cukup dengan itu,wajah kacak Niel juga di tumbuk.Biew ingin menumbuk juga tapi ada pelajar tiba² mengalang.

"Berhenti!Tolong jangan apa apakan kawan saya..tolonglah.." Kata pelajar itu. Niel memandang pelajar itu.Dania?Dania berlari mendapatkan Niel.

"Tolonglah jangan sakiti Niel..dia tak salah apa apa.." Rayu Dania sambil mendepangkan tangan menghalang.

"Hoi,Daniel..jadi inilah perempuan yang kau tinggalkan?Perempuan baik gini kau tak hargai,baik bagi aku!Jadi kekasih aku lagi bagus kut!" James menjerit.

Niel merengus lalu menarik lengan baju Dania supaya melarikan diri.Dania hanya mengikut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience