BAB 2

Romance Completed 3353

Niel garu kepala sendiri.Perempuan itu tenang menyiapkan soalan matematik yang baru diberikan oleh Cikgu Jasni.Sebe-
narnya,Niel ingin menanyakan tentang soalan yang tidak difahami tapi dia tak tahu mahu panggil pelajar baru ini apa.Dah la tak pakai tanda nama.Tahu budak baru tapi pakaian pun baru ke?

Kalau panggil 'woi' macam kurang ajar sangat.Nak panggil 'cantik' macam over sangat walaupun Niel akui pelajar ini memang cantik.Hehehe...

Tiba tiba perempuan itu mengeluarkan buku tulis dalam laci.Kalau buku tulis,mesti ada kulit buku...Kalau kulit buku,mesti ada nama pemilik...Dengan pantas,Niel merampas buku itu lalu disorokkan di tepi supaya perempuan itu tidak dapat mengambil semula.

'Dania Lefabian binti Jay Fabien'.Pelik betul nama budak ni.Tapi Niel tidak mahu fikir lama lama,terus memulangkan semula buku itu.Tak mahulah membuatkan perempuan itu macam kera kena belacan.

"Apa kau buat ni!?" Marah Dania sambil memeluk bukunya seolah olah tidak akan membiarkan Niel mengambil lagi."Kau ni dah kenapa?Aku cuma nak tengok nama kau aje..tak payahlah gelabah sangat." Niel membalas.

"Nak tengok pun...kau tak ada mulut ke nak tanya?Dalam mulut kau tu ada emas ke?Hmm...macam ni lah.Nama aku Da..." Belum sempat Dania menghabiskan ayat, Niel sudah pun memotong."Tak payah intro sebab aku dah tahu.Nama kau Dania Lesbian bin Ja.."

"Hey,bukan Lesbianlah!Tapi Lefabian. L.E.F.A.B.I.A.N.." Dania membetulkan kata kata Niel yang salah."Ha..betullah apa yang aku kata tadi.Nama kau Dania Lefabian."Niel tidak mengaku kesalahan.

"Kau sebut lain tadi..."

"Ha...betul la aku kata nama kau Dania Lefabian."

"errghhh...lupakan ajelah.Sekarang kau pula bagi tahu nama.Nama kau apa?" Tanya Dania.Niel menoleh sambil berkata "kalau kau nak tahu sangat....Kau fikir la sendiri.Dania ada otak dan akal kan?" Niel sengaja menyakitkan hati Dania.

"Eh,siapa benar kan kau panggil aku dengan nama tu?"

"Pulak dah...Takkan lah aku nak panggil kau Makcik yang jual ikan bilis pulak?"

"Bukan...maksud aku,tak payah panggil Dania.Just call me,Nia.Kan senang kalau ringkas dan pendek gitu?Paling penting,bukan ke lagi senang nak ingat?"

Niel menoleh kekanan untuk melihat Dania.Tidak sampai 5 saat,Niel kembali memandang depan sambil berkata "ok". Dania pun turut pandang depan.Niel jadi pelik.

" Kau taknak tahu nama aku?"

....

"Dah kau tak nak bagitahu.Takkan lah aku nak paksa kau.Kau ada hak nak bagi tahu atau tak."Tenang Dania menjawab.
Niel jadi bersalah pula.Dania ni kecik hati ke?Suara tenang Dania sukar untuk Niel tafsirkan.

"Nia,kau..marah aku ke?"

"Kau rasa aku marah?Kalau macam tu aku tak boleh kata betul atau tak sebab aku sendiri tak pasti perasaan yang aku rasa sekarang.." Niel jadi semakin bersalah.

"Sorry la..aku main main aje.."

"..hermm.."

Niel jadi buntu pulak.Macam mana dia nak pujuk Dania?Dia mana pandai bab pujuk memujuk ni...lagi lagi kalau perempuan.Susah lah macam ni.Tidak lama kemudian,Dania nampak Niel menghulurkan pembaris.

"he?"

"Aku nak salam dengan kau." Kata Niel. Dania sembunyi senyum.Nak salam rupanya.Anggap ajelah pembaris ini sebagai tangan.Lagi pun,mana boleh bersentuhan dengan lelaki walaupun sekadar berjabat tangan.

"My name is Arash Daniel.Do call me Niel." kata Niel sambil senyum menampakkan giginya yang tersusun serta putih bersinar.Dania membalas senyuman. Tapi tidak lama kerana senyuman itu berubah menjadi sengihan nakal.

"Yang kau sengih sengih macam kerang busuk ni kenapa?Buang tabiat?" Tanya Niel keliru."Hehehe...aku happy sangat sebab berjaya buat kau rasa bersalah."Jawab Dania sambil senyum sampai ke telinga

"Apa?" Buntang mata Niel.Kalau biasa Niel pantang orang mempermainkannya. Tapi kenapa kali ini dia tidak berasa marah walau sedikit pun?Entah-entah...

Argghh...Mengarut!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience