BAB 16

Romance Completed 3353

Kelihatan Danish laju melangkah kearah Niel dan Dania.

"Hai,adik iparku Danish..Tengok kakak Danish yang sorang ni.Dia marah dan rajuk dengan abang Niel.Kak Nia tak patutkan?" Niel sengaja buat muka sedih untuk mendapat simpati Danish.

"Kakak..kenapa buat begitu kepada abang Niel?Tak baiklah..Allah marah." Tegur Danish sambil bercekak pinggang. Niel terus mencelah.

"Haa..dengar tu,Nia.Danish pun tahu bahawa Allah marah bila kita marah orang lain.Kau pun patut tahu.." Selamba badak Niel mencelah.

"Dah kau tu..Allah tak marah pula kau kutuk orang yang berhijab?Jadi..Allah sukalah kau puji dan mengampu orang yang free hair?macam tu.." Balas Dania.
"kakak.." panggil Danish ditepi.Dania menoleh.

"kakak bagi lah abang Niel tebus kesalahan dia.." Pinta Danish.Dania pandang muka Danish.Sebuah pandangan suci dari adik sendiri.Sebab Danish comel, habis hati pun turut cair.

Dania tengok Niel sambil bercakap dalam hati: Dah la kutuk aku..sekarang boleh pulak dia guna adik aku?Sungguh kurang karbohidrat kau,Niel..

"Kau nak kata apa?Cepat la..aku busy sangat² ni." Kata Dania sambil pura pura tengok jam.Terus Niel tersenyum.

"Err..Kita cakap kat meja..Danish,Danish pergi tolong makcik Daniel kat dapur.." suruh Niel tanpa menghiraukan kakak Danish yang tercongok di depan."Ai ai kapten!" Kata Danish sebelum berlari.

Dania memandang Niel tanpa suara.Biar lah Niel yang memulakan bicara.Niel pula garu kepala sebab tak tahu nak mula dari mana.Akhirnya,Niel mendapat satu kekuatan.

"Nia.." Panggil Niel perlahan.Dania angkat kening tanda respon."Kau ngajuk dengan aku kenapa?Cemburu pasal cerita Cammy semalam?"Tanya Niel.

"Bila masa aku merajuk dan bila masa aku jealous?Buat apa nak jealous sebab dah memang korang berdua pasangan ideal..yalah..kau enggang,mesti nak terbang dengan enggang jugak.
lagipun,takkan lah aku nak rosakkan hubungan korang?Aku ni sebagai kawan kenalah bertolak ansur.Biar kau dan Cammy bercinta terus." Dania mereka cerita.

"Bila masuk universiti nanti,bolehlah kau dan minah tu nikah terus.Lagipun,benda baik buat apa nak tangguh tangguh? Sepatutnya kau dah boleh bertunang dah sekarang.

Bila kahwin nanti,jangan lupa pula jemput aku kalau kau rasa aku ni pentinglah.Tapi aku rasa tak kut..Aku ni bukan sesiapa dalam hidup kau.I am not your sister.Not even you gf..Just a friend.Oh,silap pulak! Kawan manalah kutuk kawan sendiri kan? Dania menyindir lagi.

Niel garu kepala.

" sebab tulah aku datang ni. aku Nak minta maaf sebab aku dah bergurau kasar dengan kau."Niel cuba menjernihkan suasana yang tegang.

"eh..apa pula bergurau nya?Itu kan memang kenyataan?Kau memang kutuk aku kan? Kau cakap apa? Kau tak suka orang pakai tudung.Kau hanya suka pompuan yang dahi licin macam kulit pisang aje." Dania berkata berbaur sindiran.

"Nia..jangan la gini..kan aku dah minta maaf.Aku sedar kesalahan aku. Kau maafkan aku tak?I am sorry.." Niel minta maaf.Dania tarik nafas panjang.

"yalah..aku maafkan kau." terus Niel senyum

"Jangan gembira sangat..mentang² aku maaf,kau ingat aku boleh lupa apa yang kau cakap.Aku kena tempiaslah..Kau tak boleh kritik orang macam tu aje sebab tu suruhan allah keatas manusia supaya tutup aurat." Sungguh sungguh Dania meluahkan rasa.

Sebenarnya, bertudung lebih baik.Cuba tengok kalau rambut cantik,mesti orang puji.Bila kepala jadi botak sebab penyakit,tiada siapa yang nak puji.Kena kecam adalah.Masa tu baru lah sibuk nak pakai tudung.Bagi yang dah berhijab, kita bertudung sebab suruhan allah.Bukan semata mata ikut trend semasa sampai ada yang pakai tudung tapi rambut keluar kat atas..

wallahualam.

"Di sebabkan itu,aku ada bawa hadiah untuk kau." Kata Niel lalu meletakkan sekotak hadiah di atas meja.Terus Dania senyum.Niel senyum balik.Kalau Dania dah senyum,maknanya mereka dah back to normal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience