BAB 9

Romance Completed 3357

Niel dan cikgu siti menunggu khabar Dania dengan sabar.Sudah hampir setengah jam Dania masuk wad.Niel memang risaukan Dania sangat sangat sekarang.Apa yang dia inginkan sekarang ialah Dania cepat sembuh.Harap harap semua ini tak serius.

Tiba tiba ada seorang doktor lelaki muda menghampiri Niel dengan senyuman lebar.
"Ini keluarga Dania ke?" Tanya doktor itu.Niel mengerling cikgu siti yang asyik dengan telefon nokianya.Pasti cikgu itu tidak dengar apa yang Niel akan katakan nanti.

"err...sa..saya boyfriend dia." jawab Niel sambil senyum bagi menutup rasa janggalnya.Kelihatan doktor itu tersenyum senget seolah olah berkata 'heh..macam la kau sorang ada makwe.Aku pun ada la..'

"Macam mana keadaan Dania,doktor? Serius ke?" tanya Niel sambil memandang doktor itu.Pada kala jari jemarinya dipatahkan resah.

"Jangan risau..Dania hanya pitam.Ini terjadi kerana dia kurang oksigen.Oksigen salah satu gas.Oksigen amat diperlukan dalam proses pernafasan.Proses pernafasan berkait rapat dengan respirasi.

Fotosintesis juga ada kaitan dengan oksigen.Pembakaran memerlukan tiga bahan iaitu haba,oksigen dan bahan api..."
Entah apalah yang doktor itu mengarut. Sampai boleh terkeluar proses proses yang sangat jauh dari topik.

"Baiklah,doktor.Terima kasih." ucap Niel.Tiba tiba muncul Cikgu siti di sebelah Niel.

"Terima kasih ya,abang doktor." kata cikgu siti sambil mengenyitkan mata.Kemudian disertai dengan senyuman yang menggelikan.Doktor itu membalas senyuman. Tapi meloyakan..

Gatal!

Tiba tiba Niel teringat akan Dania.Terus Niel berlari masuk kedalam wad Dania.

"Nia!!" panggil Niel menyentakkan Dania.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience