BAB 19

Romance Completed 3357

"Nia..kau jangan lah macam ni..Aku dan Cammy takde hubungan istimewa pun. kami hanya sekadar kawan." Pujuk Niel ketika menghubungi Dania.Dania disana masih berdiam diri.Perkara ini sama macam satu hari dahulu.Ketika Dania merajuk dengan Niel.Cuma sebab aje berlainan.

"Nia..kau pernah kata yang kau akan rasa bersalah bila aku sedih.Sekarang kau janganlah buat aku rasa bersalah.." pujuk Niel lagi.Kali ini Niel teragak agak nak sebut tapi akhirnya terluah juga.

"Nia..Aku sayang kau!" Kata Niel sebelum cepat cepat memutuskan talian.

----

Niel melangkah masuk ke dalam restoran dengan langkah yang lemah.

"Assalamualaikum,Nia.." ucap Niel ketika berjumpa dengan Dania."Waalaikumsalam" jawab Dania.

"Kau masih marah aku?"

"..tak.."

"Nia..sebenarnya aku datang sini sebab nak jelaskan hal sebenar.Cammy sendiri mengaku bahawa dia hanya main main.Dia cuma nak bantu aku faham perasaan aku terhadap kau.Sebenarnya..aku sayang kau,Nia..Sebagai sahabat." Kata Niel.Nak juga sebut sebagai sahabat.Apa susah sangat ke nak mengaku.

"Cammy tu wanita yang baik,Nia" Kata Niel lagi.Baik?Baik ke Cammy tu?Tak.. Dania tak percaya.Tangan kirinya dah sedikit lebam sebab pulasan Cammy yang menyakitkan.Menyakitkan badan dan juga hati.

"so?"

"Aku nak hubungan kita macam dulu. Kawan macam biasa..boleh?" pinta Niel.

"Aku taknak!" jawab Dania dingin.Terus air muka Niel berubah."Tapi kenapa,Nia? Why?"Tanya Niel.

"Sebab aku takut kau akan tipu aku lagi, Niel.Aku takut semua tu berlaku.." Kuat Dania menjawab.

"Tapi aku tak pernah tipu kau..sumpah!

"Bohong!!"

"Demi allah,Nia.."

"Kalau kau tak pernah tipu pun,aku tetap takut kalau kau akan tipu aku nanti.Sebab selama ni aku tipu kau..tapi kau tak sedar. Aku takut kau akan benci aku bila kau tahu aku penipu."kata Dania sambil menyeka air mata.

" Aku tak kisah kau siapa.Biarpun kau miskin,kaya,princess,badut,puteri salju woman sekali pun.Aku tak kisah, Nia.."kata Niel pula.

"jangan buat lawak hambar kat sini lah, Niel.Setahun kau kenal aku tak cukup.. Aku taknak kenal kau lagi..Aku takut kau terluka jika terus mengenali aku.." Lirih Dania membalas.

"Aku akan lebih terluka kalau kau tiada."

"Kalau macam tu..biarlah aku mati.Biar lah aku yang hilang dan kau kehilangan."

"Tapi kenapa mesti mati?" tanya Niel.

"Sebab aku akan mati nanti!" Jawab Dania

"Macam mana pulak boleh mati?"

"Niel..mengingati mati juga satu pahala. Semua akan mati..kau aku dan semua akan menyusul tapi masa aje kita tak tahu."kata Dania.

" Jangan teruskan semua ini!Aku taknak dengar..taknak.."jerit Niel.Dania senyap kemudian tinggalkan Niel sorang sorang.Biarlah..asalkan Dia sudah maafkan Niel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience