BAB 12

Romance Completed 3353

Dania masih bersabar dengan mulut Niel yang tak berinsuren hari ni..harap Niel ni buah hati Dania aje.Kalau tak,dah lama Dania hempuk bibir cebik Niel dengan selipar jamban.Tendang sampai arab saudi pun boleh kalau nak.

"kenapa kau tak suka orang spesies macam aku?Burukkah pada mata kau?" Tanya Dania.Dia cuba mengawal nada suara dari kedengaran marah.

"sebab kau dan spesies kau tak ada tarikan tersendiri.Asyik bergantung pada muka asli aje.Tanpa tempek bedak dan lipstick." Selamba badak Niel mengutuk lagi.

Thud!

KRINNNGGG!!

Bunyi loceng yang nyaring membuatkan perbualan antara mereka terhenti.Dania rasa macam air matanya nak tumpah sekarang juga.Rasa panas aje kelopak mata ni.Tapi dia sanggup bertahan demi tidak menitiskan air mata.

"Eh,dah baliklah..Jom balik!" ajak Dania sambil memasukkan buku secara rambang.Biasanya Dania akan menyusun mengikut saiz tapi kali ini..rasanya tak sempat kut.Dania rasa macam nak lari juga.

Dania terus angkat punggung ingin berlalu pergi tapi tiba tiba pergelangan tangannya di sambar oleh Niel.Dania tersentak lalu segera menarik tangannya kembali.

"Apa ni,Niel?Kan aku dah kata aku tak suka kau pegang tangan aku?tak eloklah orang tengok!" Marah Dania sambil mata dicerlung memandang Niel.

"sorry..aku tak berniat pun nak buat.Cuma,kenapa tergesa sangat?Aku baru nak kemas.Tunggu la aku dulu.." Pinta Niel.

"iya..aku tunggu kau kat luar.Kau pergilah kemas dulu..aku nak buang sampah ni." jawab Dania sambil menunjukkan gumpalan kertas ditangannya.Niel angguk sambil terus menyusun buku.Dania pula terus keluar kelas.

Dania terus menuruni tangga.Dia hanya tipu untuk tunggu Niel.Dia terasa hati sangat dengan layanan dan kutukan Niel yang tak berasas.Bukannya dia tak pakai krim muka.Memanglah dia tak pakai bedak compact sebab itu semua barang larangan.

Semasa Dania sudah berada di lorong luar pagar,dia terserempak dengan Cammy.Mula mula dia tak layan tapi tak sangka pula Cammy akan menahannya macam polis roadblock

Ya Allah,dugaan apa pula kali ni..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience