BAB 3

Romance Completed 3353

Pukul 2.40 petang baru Niel sampai di rumah.Masa dia masuk kedalam,dia tidak memberi salam pun.Buat apa bagi salam kalau bukan ada sesiapa pun kat dalam. Ibu bapa Niel?Heh...Tak perlu cakaplah. Asyik outstation aje memanjang.Tahulah pangkat besar macam gajah.

Tiba tiba Niel rasa mengantuk pula.Dia menghempaskan badan diatas sofa warna hitam pekat itu.Niel tutup mata aje,tak ber
niat pun nak tidur siang.Kata aje tak nak tidur.Tapi...

Zzzz...

Pukul 3.45 baru Niel bangun.Niel menggeliat malas.Beg sekolah yg terletak diatas sofa berangkai itu diambil sebelum digalas pada bahu kiri.Kaki dihayun ke ting
kat atas.

Niel turun kebawah setelah siap member
sihkan diri serta menunaikan solat zuhur. Apa?Ingat orang macam Niel ni spesies yg tak sembahyang ke?(walaupun kadang² time solat maghrib kena tunggu isyak sbb lewat sangat)

Ah...laparnya perut!

Niel menapakkan kaki ke ruang dapur.Dia
membuka tudung saji tapi..Krikk!Krikk!Tak ada makanan pun.Niel membuka peti sejuk pula.Manalah tahu kalau ada kek ke apa..

Niel membelek belek barang dalam peti. Apa ni?Sos...Santan kotak yang dah tamat tempoh..Sosej mentah yang dah berkulat.. Kobis yang dah berlubang dan bertukar warna dari hijau ke biru kehitaman...Apasal tak ada makanan ni?Niel masih boleh fikir positif.

Niel menyelongkar kabinet dapur pula. Siapa tahu kalau ada maggi ke dalam?Korek punya korek,Niel jumpa biskut kering yang dah masuk angin.Ah..!lantak lah.Apa yang penting,Niel nak kenyangkan perut. Niel mengatur langkah ke tempat air teh..

Jag diangkat dan...

KOSONG!!?

Niel tak dapat bertahan lagi.Laju saja tangannya melempar jag bercorak bunga itu.Tidak cukup dengan itu,Niel mengambil biskut kering diatas meja lalu dihempas ke lantai dengan perasaan marah yang membuak buak.Niel memijak biskut itu sampai jadi 'biskut penyet'.

Niel meninggalkan ruang dapur dengan tergesa gesa.Semasa dia lalu dikawasan gambar keluarga,Niel terpandang sebuah gambar yang berbingkai coklat dan bermo
tifkan tumbuh tumbuhan.

Niel menatap lama gambar itu.Ketika gambar itu ditangkap,Niel berusia 12 tahun.Waktu itu,kehidupan Niel terasa lengkap dengan adanya mama dan papa. Niel ialah orang yang paling bahagia ketika itu.

Tapi..itu semua hanya tinggal kenangan. Perasaan bahagia dan gambira hanya menjadi 'yang pernah'.'Yang pernah' sama erti dengan sejarah.'Yang pernah' tidak akan berubah menjadi 'yang sentiasa'.

'Maafkan Daniel,mama.Maafkan Daniel, papa.Maafkan Daniel sebab membenci mama dan papa!Tapi semua perasaan benci dalam diri Daniel berpunca dari mama dan papa sendiri.Mama dan papa lebih memilih kerjaya berbanding diri Daniel.Daniel benci mama dan papa sebab tak sayangkan Daniel sejak mama dan papa melibatkan diri dalam dunia politik!

Mama tinggalkan Daniel semasa Daniel masih kecil.Mama abaikan kewujudan Daniel seolah Niel tunggul kayu.Sampai Daniel kurang kasih sayang keluarga.Mama tak sayang Daniel.Daniel benci mama dan papa!'kata Niel dalam hati.

Air jernih yang membasahi pipi Niel dikesat kasar.Niel benci air mata yang senang mengalir apabila dia teringatkan mama dan papa.Dengan pantas,Niel menelangkup gambar itu.Biar mereka 'nyah' dari pandangan Niel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience