BAB 11

Romance Completed 3353

Niel masuk kedalam kelas.Dia melabuhkan punggung diatas kerusi bersebelahan Dania.Tiba tiba dia rasa macam akan dibebel oleh seorang perempuan cantik.

Lambat lambat Niel menoleh ke tepi.Niel nampak Dania sedang menjegilkan mata.Comellah..

"kau pergi tandas ke buat tandas sampai ambik masa sampai 15 minit?kau tahu tak bahawa cikgu Aizat hampir² tulis nama orang ponteng tadi.Nasib baik aku pandai cover.Aku kata kau sakit perut.." Dania terus membebel.

"mana ada aku ponteng.Aku memang pergi tandas la..Cammy tu yang curi masa aku.." jawab Niel.Riak wajah Dania terus berubah apabila mendengar nama itu.

"Cammy budak mural hari itu?" Tanya Dania perlahan.Tiba tiba muncul idea jahat dalam fikiran Niel.Biar Dania cemburu kali ni.

"ha'ah..cammy budak mural tu la..eh,kau nak tahu tak?Dahi dia..perghh!Licin macam kulit pisang.Dah la cun melecun macam Park Soo Ae." Niel sengaja membuat Dania cemburu.

"Jadi kau suka perempuan yang berdahi licin dan cantik cantik ke?" Tanya Dania sambil pura pura membaiki tudung."Ha'ah.Memang aku suka pompuan macam tu pun.Bukan macam kau,pakai tudung.Tak pandai nak mekap..Kalau mekap pun,suruh makcik kau yang tempekkan."selamba badak Niel mengutuk.

Thud!

Dania rasa macam tangkal hatinya ditebas dengan parang tajam.Sampai hati kau kutuk aku begitu,Niel.Lirih hati kecil Dania bersuara.Sungguh..hati perempuannya sangat terguris dengan kata kata bisa Niel.

"kau tak suka orang pakai tudung?" tanya Dania."Bukan tak suka tapi kurang nak suka!"jawab Niel.

"Kalau aku?"

"macam aku kata tadilah..hehe.."

"tapi aku suka dengan penampilan aku sekarang.Kau tak suka orang berhijab tapi aku suka.." Tegas Dania membalas."aku tak minta kau berubah.Tapi kalau kau nak tahu,kau bukan taste aku.Aku suka gadis macam Cammy. Pandai bersolek..pandai tayang rambut..

bukan macam kau,tak pandai berusaha untuk mencantikkan diri dengan usaha sendiri!"Semakin galak Niel mengutuk tanpa sedar gurauannya telah mencarikkan perasaan Dania.Sungguh..Niel hanya ingin buat Dania jealous.

Thud!

Sekali lagi hati Dania terluka dengan kata kata kawan sendiri.Plaster dimana?Dania mahu tampal plaster pada luka berdarahnya.Sabar,Nia..sabar!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience