BAB 8

Romance Completed 3353

"Tolong!!Cikgu Siti,tolong saya.Dania pengsan.." Jerit Niel kuat.Cikgu Siti yang sedang membaca Novel You are my love hasil karya Kujou terus melompat mengahampiri Niel.

"Ya Allah!Macam mana boleh pengsan ni Daniel?" Tanya cikgu siti dengan cemas.

"Saya tak tahu cikgu.Tiba tiba aje dia pengsan..Cikgu tolonglah bawa dia ke hospital sekarang!" Niel kelihatan amat cemas.

"Ya-ya..cikgu tahu Daniel.Tapi tolonglah bertenang dahulu.Tarik nafas...hembus...tarik nafas...hembus..Tarik nafas,tahan...hembus!" Kata cikgu siti sambil ikut tarik nafas.Apabila dia menghembus nafas terakhir,habis tersembur air liur mengenai muka kacak Niel.

"Cikgu,boleh tak cikgu UP-Kan sikit tahap cikgu?Kawan saya tengah sakit ni.." Pinta Niel sambil menahan geram.

"ya,kamu betul.Sekarang pergi papah Dania." Arah cikgu siti.Niel berdecit menahan geram.

"Cikgu...Mana boleh macam tu!Saya lelaki dan Dania perempuan.Mana boleh saya pegang dia!HARAM cikgu.."Niel masih bersabar dengan perangai tiga suku guru itu.

Cikgu Siti angguk laju sambil memapah Dania menuju ke kawasan parking kereta.Niel tolong membuka pintu kereta bahagian belakang.Cikgu Siti menyumbat Dania di bahagian belakang.Habis berkedut kain tudung Dania jadinya.

Cikgu siti membuka handbag lalu mengeluarkan gincu warna merah terang.Buntang mata Niel jadinya.

" Cikgu!Buat apa lagi?Buang tabiat ke?Dania tengah pengsan ni!"Marah Niel.

"Sabarlah dulu,Daniel. Cikgu kena merahkan bibir cikgu yang sememangnya merah ni..Muka pun kena tempek bedak baru ni.." Cikgu siti menyelongkar beg soleknya.

"Malu lah cikgu kalau berdepan dengan doktor dengan muka kering gini.." Cikgu siti seperti membebel sendiri sambil meratakan gincu.

Oleh kerana terlalu geram,Niel menolak tangan cikgu siti yang masih memakai gincu.Akibatnya,terhasil garisan merah yang tebal di pipi gemuknya.

"Oh my god!Pipi aku...Daniel,habis patah gincu cikgu.Tak kira!Kamu mesti ganti yang baru.Mahal cikgu beli dekat timesquare." Marah cikgu siti sambil mengutip gincu di hujung kakinya.

'puas hati aku!'Bisik Niel.Sebelum itu,sempat Niel melihat lambang pada sarung gincu itu.Cis..ECO aje pun.

Niel terlihat kunci kereta.Mula timbul idea jahat.

"Eh,cikgu!Ada cikgu Azhar lah!" jerit Niel sambil menundingkan jari kearah kantin.

"Hah!Mana mana?mana cikgu azhar?" tanya cikgu siti selepas menoleh kearah kantin.Dengan pantasnya,Niel merampas kunci kereta lalu memboloskan diri kedalam kereta kancil milik cikgu Siti.

Cikgu siti yang takut cikgu azhar melihat muka hodohnya terus masuk kedalam kereta.Niel terus memecut laju meninggalkan kawasan sekolah tanpa menunggu cikgu siti menutup pintu.

Apa?Boleh ke Niel pandu kereta?heh..Tak jadi masalah sebab Niel sudah pandai memandu sejak form 2 lagi.Kalau Dania punya pasal,kapal terbang pun Niel boleh bawak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience