BAB 33

Romance Completed 3353

Sekarang Niel tak tahu macam mana nak teruskan hidup.Menurut Haqiem,Dania semakin parah..atau mungkin sudah tidak dapat di selamatkan.

Niel menopangkan dagu di atas meja yang selalu menjadi tempat persinggahan nya di kedai itu.Niel jadi sakit hati apabila mendengar cerita Haqiem bahawa ada Jururawat jahat ingin bunuh Dania.
Niel merindui Dania..

"Daniel.." Panggil seseorang. Niel mendongak.Dia nampak Haqiem sedang berdiri di depannya.

"Kau taknak tengok tengok Dania ke?" Tanya Haqiem.

"Buat apa,Haqiem..Semua tu dah tak guna lagi..aku dah kehilangan Dania..kawan baik aku!" jawab Niel disertai dengan keluhan berat.

Haqiem terus mengeluh apabila melihat Niel yang mudah lemah jika tiada Dania.

"kau buat apa datang sini?" tanya Niel kuat.Haqiem menoleh. "Tak ada apa apa..Aku cuma nak laksanakan amanah." Jawab Haqiem.

"Amanah?"Tanya Niel.Haqiem menarik tangan kanan Niel lalu meletakkan sepucuk surat di atas tapak tangan Niel.

" Sebelum ni,Dania ada tinggalkan surat untuk kau.Dia amanahkan aku supaya bagi kat kau bila dia dah pergi...sekarang, aku nak tunaikan janji aku pada dia."jawab Haqiem sebelum berlalu pergi.

Niel pandang surat itu lama sebelum lambat lambat membuka lalu membaca.
'Assalamualaikum,Niel.

Kalau kau dapat surat ni maknanya aku dah pergi jauh dari kau.Niel..Sebenarnya aku nak kau lupakan aku.Aku tahu kau sayangkan aku dan aku juga sayangkan kau..Tapi aku minta kau cari pengganti aku.Kau carilah perempuan yang lebih sempurna dari aku.

Aku nak kau berbaik dengan Haqiem. Aku tahu Haqiem seorang yang baik.Aku yakin dia akan jadi kawan yang baik untuk kau lepas ni.

Tentang buletin tu,aku dan Haqiem dah jumpa penulis sebenarnya.Orang itu ialah Cammy..Tapi kau janganlah benci dia sebab dia mungkin boleh berubah jadi baik lepas aku pergi.

Sampai di sini saja persahabatan,Daniel.Aku sayang persahabatan ini.Tapi aku juga sayang perasaan aku.Aku tak mahu terluka lagi.Jadi..adalah lebih baik kalau aku pergi.

Dania'
Terus Niel menangis selepas membaca surat itu.Niel tuduh Dania memburukkan nya tapi sebenarnya Niellah yang memburukkan Dania.

Ya Allah..ampunkan lah aku!
Dania juga sayang Niel?Maknanya selama ini Niel tak bertepuk sebelah tangan..Niel menyesal sebab tidak meluahkan cintanya.Sekarang kalau nak luah pun tak guna sudah..

"maafkan aku,Nia!Maafkan aku..aku gagal jadi kawan yang terbaik.Aku rosak kan persahabatan kita.Aku hancurkan hati kau..

Aku tunggu kau mula dulu tapi aku tak sangka kau akan pergi secepat ni..Aku cintkan kau.." rintih Niel.

Tiba² Niel dengar derap kaki menghampiri nya.Niel mengangkat wajah. Niel nampak Cammy tersenyum manis.


'Cammy si budak tak cukup kain tu ke?'

"Daniel.. You masih ingin Dania lagi ke? Daniel,terima lah qada' dan qadar yang Allah tentukan Ini dengan hati terbuka.. I tahu you sayang sangat Dania.Tapi sebagai kawan aje kan?

Daniel..apa pun,i juga sayang you. Bukan sebagai kawan tapi ia datang dari lubuk hati i sendiri.. i sanggup terima baik buruk you..you pun patut terima baik buruk i jugak.." Kata Cammy panjang lebar. Pandailah kau cakap pasal takdir takdir ni.

"please tutup mulut awak Cammy.. saya penat ni.."

"But why..i sayang you sangat².Dania is your past..i am your future.So,masa i cakap pasal kita.Brhenti ingat Dania sebab dia dah masuk dalam kubur!" Selamba Cammh membalas.

Niel geram lalu menampar pipi putih Cammy.Kuat juga sampai terteleng dia jadinya.

"Aku cakap diamlah!kau pekak ke apa? Kau ingat aku tak tahu ke apa yang kau buat?Aku tahulah kau yang tulis pasal buletin sekolah..tapi kau letak nama Dania sebab kau nak aku benci dia." Sembur Niel. Cammy nampak macam terkejut.

"Mesti kau jugak yang nak bunuh Dania hari tu..kau sakit hati sebab Dania dapat pertahatian dua orang lelaki..Sungguh kau manusia terkutuk!" Niel menuduh.. Sebenarnya dia taknak tuduh pun tapi apa yanv boleh di buat kalau sedang marah.

"Ma..macam ma..mana you boleh tahu semua tu..?You stalk i ke apa?" Tanya Cammy sambil bermain cincin yang bertatahkan berlian itu.

Macam mana Niel tahu?Jadi betullah Cammy punya angkara..laju saja tangan Niel menunjal kepala Cammy kuat.Lepas tu Niel beredar meninggalkan Cammy.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience