BAB 21

Romance Completed 3353

"Assalamualaikum." tegur satu suara dari tepi.Dania yang mengelamun terus tersentak.Dania nampak ada seorang lelaki yang memakai uniform pusat sumber sekolah sedang berdiri dengan senyuman manis di bibir.

"Waalaikumsalam." Jawab Dania.

"Boleh saya duduk sini?" tanya lelaki itu.

"ha?boleh..duduklah.." kata Dania sambil mengukir senyuman.Tak nak lah di cop sebagai kera sumbang nanti.

"kenapa duduk sorang sorang kat sini? Sekarang kan waktu rehat..tak makan ke? Ke awak diet?" Lelaki itu cuba buat conclusion.

"Saja je..nak tenangkan fikiran."

"ouh like that..hmm..awak ni Dania kan?" Teka orang itu sambil petik jari di depan mata Dania.Terkejut Dania apabila orang itu dapat meneka namanya dengan tepat.

"er..kenal saya?" tanya Dania sambil menggaru kepala yang tidak gatal."ya.saya kenal awak..Saya Haqiem,peserta mural hari tu..saya satu team dengan Cammy." Dengar aje nama Cammy,Dania terus angkat kepala.Dia nampak Aizat senyum.

"Kenapa awak duduk sorang sorang?Biasanya awak selalu dengan Niel?" tanya Haqiem.Dania diam."Sorry kalau saya menyibuk."kata Haqiem setelah melihat Dania enggan menjawab.

"err,tak..bukan.Saya dan Niel okey aje.Cuma.."

"..cuma awak takut Cammy akan lebih rapat dengan Niel.Macam tu?" Duga Haqiem dengan tepat sekali lagi.Tapi Dania enggan mengaku.

Dania jadi pelik tiba tiba.Macam mana Haqiem boleh tahu apa yang Dania rasa? Haqiem ni pakai ilmu apa apa ni..tak pun mesti dia ada kebolehan membaca fikiran orang.

"Saya tak ada kebolehan pun.Cuma saya cuba meneka.Yang penting saya nak ingat kan awak sesuatu.Jangan termakan dengan tipu daya Cammy.Dia seorang yang licik,banyak muslihat.Hati hati lah, Dania." pesan Haqiem.

Aizat mencapai buku kecil dan sebatang pen yang ada atas meja itu.Mungkin ada orang yang tidak sengaja meninggalkan nya.Laju saja tangan Haqiem menulis sesuatu.Kertas dikoyak..

"Nah..ini nombor saya.Awak nak simpan, simpan.Kalau taknak,boleh buang.Tapi saya nak awak tahu bahawa saya boleh menjadi pendengar setia awak.Awak boleh cerita kat saya.

Saya janji setiap yang awak cerita,saya akan pegang sampai bila bila.Saya takkan bagitahu orang lain..I am promise,okey? Assalamualaikum." Kata Haqiem sebelum bergegas pergi meninggalkan Dania yang tidak sempat bersuara.

Dania melihat secarik kertas ditangan nya.Jelas tertera nombor telefon Haqiem. Perlahan lahan Dania mengukir senyuman. Dia yakin Haqiem seorang yang baik walaupun Dania tidak berapa kenal dia.

Kalau Niel boleh rapat dengan perempuan lain,mengapa pula dia tidak boleh?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience