BAB 13

Romance Completed 3353

Dania berhenti betul betul depan Cammy.Cammy melempar senyuman semanis gula.

"hey..You ni,Dania kan?Yang pengsan masa siapkan mural tu kan?" tanya cammy sambil menahan Dania."ya saya..awak kenapa?"tanya Dania pula.

Senyuman manis cammy tiba tiba hilang digantikan dengan muka masam mengalahkan jeruk kelubi.Rasanya kalau ada pertandingan 'siapa paling masam' Cammylah pemenangnya.

"you kan..memang sengaja tarik perhatian Daniel hari itu kan?you pura pura pengsan sebab nak Daniel risau tengok you!You memang perempuan jalang!" Kutuk cammy sambil menyusun kata kata hina satu per satu.

"Awak ni kenapa,Cammy?Apa masalah awak?Mana ada saya pura pura pengsan.. saya memang betul² pengsan hari itu.Tak tipu..Demi allah!" Dania bersumpah didepan Cammy. Sesedap rasa aje panggil Dania pompuan jalang.Kurang zat betullah kau Cammy.

"Banyaklah kau punya sumpah sumpah! Oh ya..lupa pulak.Mana ada orang yang nak mengaku kesalahan sendiri kan?Bijak lah kau ni..pergi mampuslah..Masuk kubur sana!" Marah Cammy lalu menonyoh kepala Dania dua kali.

"Cammy,apa masalah awak sebenarnya? Kenapa awak sibuk sangat pasal saya?Awak jaga tepi kain saya untuk apa?Pergi lah jaga kain baju awak yang buruk dan koyak rabak tu!" Dania balas balik.Macam manusia lain,dia juga ada kesabaran tersendiri.

"ouh..dah pandai melawan ya?eh..kau nak tahu tak,tadi Daniel bagi aku nombor tepon dia..dia kata nak masej masej aku bila balik nanti.Kau tak jealous ke tengok aku dan dia semakin rapat?Atau kau tak ada perasaan cemburu?" Cammy menyindir demi membuat Dania cemburu.

"Ouh,tolonglah..Jangan bergetel kat sini boleh tak?Kalau tak ada benda penting,baik awak balik aje.Tak payah reka cerita untuk sakitkan hati saya sebab saya tahu,Daniel bukan macam tu!Dia tak layan pompuan gedik macam awak.." pedas Dania membalas.

Cammy bermain rambut dengan jemarinya."Sebab pentinglah aku jumpa kau.Kalau tak,haram aku tengok muka hodoh kau ni!Lagi satu,kau kata jangan reka cerita?Pleaselah..aku tak reka cerita pun.Ini ialah fakta yang patut kau terima dengan hati terbuka bahawa Daniel tak suka kau.

Dia ada cakap tadi yang dia nak putus sahabat dengan kau.Dia nak jadi kawan aku pulak atau maybe jadi pasangan ideal. Sweet kan?Tak cemburu?"Cammy terus memerli sambil menjuihkan bibir merahnya yang macam bentuk kerang.Heh ingat lawa ke buat gitu.Pergilah korek lubang tanah dulu.

"whatever.."

"Aku tak kisah kau nak cakap apa..tapi jangan kata aku tak kasi warning kalau Daniel tiba tiba menjauh nanti.." kata cammy sambil ingin berlalu pergi."Tunggu dulu!"Panggil Dania kuat membuatkan semua pelajar yang ada berdekatan tumpang tengok drama swasta.

Cammy menoleh sambil senyum sinis.Mungkin dia rasa dia menang apabila Dania terpaksa memanggilnya."What?I buzy ni..tolong cepat sikit."

Dania melangkah menghampiri Cammy yang bersilangkan tangan di dada.

"sebelum awak tinggalkan saya terkebil kebil sorang² disini.Biar saya yang tinggalkan awak dulu.Tahu kenapa?Sebab awak tak layak!Bergantung pada kecantikan luaran aje.." kata Dania sebelum bergegas pergi.Cammy tergamam dengan tindakan berani Dania

Cis..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience