BAB 24

Romance Completed 3353

Niel menunggu Dania dengan sabar.Ramai pelanggan yang datang untuk menikmati hidangan lazat pada malam itu.Jam dinding yang melekat di dinding sudah menunjukkan jam 8.45 malam.

'Nia..kau tak nak datang ke'bisik Niel.

"Niel.." panggil seseorang dari belakang. Niel berdiri sebelum menoleh.Akhirnya Niel tersenyum gembira.

"Nia.." Panggil Niel perlahan.

"kenapa kau suruh aku datang sini?Kan dah malam?Tunggu esok siang tak boleh ke?" Dania bertanya.Niel tahu Dania sedang memerlinya.

Malam itu,Dania memakai baju warna hitam didalam dan baju jean diluar.seluar pula seluar slack hitam.Dania memakai tudung shawl hitam.

"er..aku sebenarnya.Eh..duduk lah dulu." kata Niel sambil ingin menarik kerusi untuk Dania.Tapi Dania sempat menghalang.

"eh,tak payahlah tolong tarikkan kerusi ni. Aku bukan perempuan gedik macam yang setengah perempuan kat luar sana.Yang pandai pakai bedak dan tayang rambut warna macam paku karat.." Kata Dania lalu menarik kerusi untuk dirinya sendiri.

Niel duduk berhadapan dengan Dania.

"Nia..aku nak minta maaf sebab marah kau tadi.Aku tahu tak sepatutnya aku buat gitu tapi nak buat macam mana?Aku gagal kawal emosi aku..sebab tu aku senang senang marah kau." Kata Niel.

"So?"

"Aku nak tahu kau maafkan aku atau tak. Kau..akan maafkan aku kan?"

"Perlukah aku bagi kemaafan lagi sedangkan dah banyak kali kau buat hati aku sakit?Kau rasa perlu ke?" Tanya Dania pula.

"er..mestilah perlu sebab aku janji takkan buat kau sedih lagi.Percaya lah,Dania..tak kan buat kau terluka lagi." Niel angkat tangan tanda berjanji.

"tapi..aku takut Niel.Aku takut kau akan buat perkara sama lagi.Kalau semua itu berlaku,aku takut aku akan lebih terluka!" Pintas Dania.

"kau tak perlu takut sebab aku yakin dan berjanji takkan lukakan hati kau walau sebesar kuman.Aku akan buat kau tersenyum bahagia lepas ni dan hari hari yang mendatang." Janji Niel lagi.

"okey la.." kata Dania sambil senyum. Walaupun dia agak takut takut,tapi dia pilih untuk mencuba keputusan ini.

"terima kasih Nia!Terima kasih.." ucap Niel.

"Nia..aku ada hadiah.Kau tunggu kejap." kata Niel lalu tergesa gesa pergi.Dania menanti dengan sabar.

5minit kemudian..

Dania nampak Niel sedang duduk diatas kerusi pentas sambil memegang gitar sedang ada mikrofon di depannya.Niel tarik nafas..

"Assalamualaikum, semua.Selamat malam saya ucapkan.Saya Arash Daniel. Berdirinya saya di atas pentas ini adalah untuk menyanyikan sebuah lagu untuk seorang kawan perempuan saya.Hanya dia kawan perempuan yang saya ada." Kata Niel.Selepas itu Niel mengatur nafas.

"Dania!Terima lah lagu dari aku ni!" Kata Niel sambil memandang Dania dari atas pentas.Selepas itu,Niel menyanyikan lagu 'sayang' nyanyian dari Haqiem Rusli.

'kawan kawan²..Haqiem Rusli penyanyi tu dan bukannya Haqiem sepupu aku..'Niel bercakap dalam hati..

---

"Nia..Happy birthday." kata Niel lalu menyerahkan hadiah yang sudah berbalut.
"thanks,Niel.." ucap Dania sambil menyeka air mata sebab terharu sangat sangat.

Tanpa disedari,ada dua pasang mata sedang memerhati dari kejauhan.Mereka ialah Cammy dan Haqiem.Cammy merengus tidak puas hati.Haqiem pula tenang saja air mukanya walaupun ada rasa kecewa dalam hatinya.

"Tak guna kau,Dania..Kau rampas Daniel aku!Haqiem..i nak you bermesra dengan Dania esok depan Daniel sampai mereka putus sahabat." Suruh Cammy.Haqiem senyum sinis.

"Cammy,memang i dah lama berkawan dengan you dan mungkin i ni juga kawan baik you.Tapi ini tak bermakna semua suruhan you i akan ikut.I sayang Dania..walaupun i pasti i takkan dapat Dania, i takkan rosakkan hubungan orang lainlah..i lebih rela berkawan aje dengan Dania daripada melihat dia bersedih tanpa lelaki yang dia cintai.." Kata Haqiem sebelum beredar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience