BAB 4

Romance Completed 3353

Niel meninggalkan rumah tanpa mengunci pintu.Buat apa nak kunci kalau tutup pun tidak?Niel tak kisah kalau ada perompak masuk curi 10k.Sepuluh orang 10k pun tidak mengapa sebab itu semua bukannya boleh menipiskan wallet papa dan mengempiskan beg duit mama.Sebab dalam bank tu tak pernah surut duitnya.

Niel berjalan tanpa arah..Kemana dia mahu pergi sekarang?Sampai saat Niel terpaksa duduk kerana terlalu penat.Perut yang sememangnya lapar jadi semakin lapar.Agaknya macam nilah rasanya orang tak ada makanan kat luar sana.

...lapar...

Tiba tiba Niel terpandang sebuah restoren didepannya.Restoren ini sejak bila di buka?Seingat Niel,Semalam tak ada pun restoren ini beroperasi.Akibat rasa lapar yang semakin menjadi jadi,Niel mengambil keputusan untuk mencuba.

Niel membuka pintu kaca.Ramainya..
Nampaknya perniagaan di restoren ini laku keras.Niel mengambil tempat di meja hujung yang berhampiran dengan tingkap. Sementara menunggu pelayan,Niel bermain game di telefonnya.Main game Mobile lagend.Hehehe..

"Nak order apa encik?" tanya seorang pelayan perempuan."Bagi saya Jus tembikai."jawab Niel tanpa memandang orang itu.

"Makan?"

"Apa hidangan istimewa kat sini?"

"Encik boleh tengok di senarai ini." Kata orang itu sebelum menghulurkan sebuah buku.Niel mengeluh sambil menekan butang STOP pada gamenya.Tak pasal pasal kena jedakan permainan.Semasa Niel menyambut huluran itu,tak semena mena boleh terluncut dari tangan.Buku kulit keras itu jatuh mengenai jari kelinking perempuan itu.

"Ouch!" perempuan itu mengaduh kesakitan sambil tunduk untuk menggosok jarinya yang sememangnya akan bengkak nanti.Kuat tu jatuh..Dah la betul betul kena bucu keras!

"Sorry!Saya tak sengaja.." Niel meminta maaf.Pelayan itu mengangkat muka untuk membalas kata Niel.Hajat ingin kata 'eh,takpe..tak sakit pun.' terus tak jadi apabila melihat wajah pelanggannya.

"Niel?"

"Nia?"

--------------------------------------------------------------------

"Kau kerja kat sini ke,Nia?" Tanya Niel.

"Tak...mana ada.Aku cuma tolong makcik aku aje.Makcik aku pemilik restoran ini.Aku kan tumpan makcik aku.So,aku kenalah tolang makcik aku.." jawab Dania tenang.

"Biasa kau balik pukul berapa?" tanya Niel.Dania menghirup air kopi seteguk sebelum menjawab soalan Niel.

"Dalam pukul 6 macam tu lah..." jawab Dania.Tiba tiba ada seorang budak lelaki dalam usia 7 tahun datang menarik tangan Dania.

"Kakak..Makcik suruh kakak jumpa dia sebelum balik.Makcik kata,makcik nak bagitahu something.." Kata budak itu.Dania mengangguk sebelum lambat lambat mengerling Niel di depan.

"Er,Niel...Ni Danish..adik aku." Dania mem perkenalkan adiknya kepada Niel."..dan Danish,ni Niel.Kawan kakak..."Dania mem perkenalkan kawannya kepada Danish pula.

"Hey,apalah kau ni Nia?Kenalkan aku pun tak pandai!er..Danish,abang ni kawan Kak Nia.So,Danish kena panggil abang,abang Niel." Kata Niel.

"Okey abang Niel.Abang Niel hensem la.. bila Danish boleh jadi sado macam abang Niel?" tanya Danish sambil menggayakan lengan sado.Niel melihat otot di lengannya. Sado ke aku?Macam tak aje...Hisy!Kena pergi gim balik nanti ni.

Muka Dania sedikit berubah apabila Danish kata Niel hensem.Hensem la sangat macam tu..Eh bukan memang hensem ke Niel tu?Hati kecil Dania bersuara.Erggh...kata hati Dania biasanya selalu salah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience