BAB 29

Romance Completed 3357

Masa pulang sekolah..

Haqiem tunggu Dania di depan pintu.Dari jauh lagi Niel dah perasan kehadiran Haqiem.Niel yakin bahawa Haqiem juga perasan muka cemberutnya.

Sebab asyik cemburu,Niel tak sedar bahawa Dania dah keluar.

"Hoi..Daniel!kau tak nak balik lagi?" tanya Haqiem dari luar kelas.Terus Niel tersedar.

"aku tahu lah..''rungut Niel perlahan sambil keluar kelas.

" Nia..meh lah berjalan dengan aku.Kau kan gf aku?"Betapa tak malunya Niel mengaku jadi bf Dania.Dania geram.

"jom lah,Haqiem..jangan peduli apa yang Niel kata.." ajak Dania memaksa Haqiem bergerak cepat.Niel geram.

-BELASAH AJE HAQIEM TU,NIEL..

+JANGAN NIEL..NANTI NIA BENCI..

-JANGAN DENGAR CAKAP ORG LAIN.. TOLAK HAQIEM BIAR reyok HIDUNG TERUS.

Banyak suara sumbang yang bersuara. Akhirnya Niel pilih..

Niel berlari di belakang Haqiem.Haqiem perasan dan terus dia mengelak.Tapi dia lupa nak tarik Dania.Akhirnya Niel tertolak Dania.

Akibatnya Dania terjatuh membuatkan tapak tangannya bergesel dengan lantai menggerutu.Habis tangannya menggelecet
lalu berdarah kecil.Cepat cepat Dania bangun lalu meninggalkan dua orang tu.

Pening kalau layan mereka.Sorang bersifat cool..sorang lagi kebudak budakkan.

Haqiem pandang Niel.Niel jeling Haqiem dengan tajam.Haqiem tolak bahu Niel membuatkan Niel terdorong ke belakang. Tulang punggung Niel terhentak pada simen.

Aduh..sakit siot!

"apa tolak tolak ni?" marah Niel sambil menolak bahu Haqiem pula.

"setakat tolak gitu pun nak marah.Kau tumbuk aku tadi takpd pula.Kau ni betul² sengetlah.." Marah Haqiem.Niel geram lalu menarik rambut lebat Haqiem yang iras² Haqiem Rusli..Maybe mereka adik beradik kut.

Haqiem mengaduh sambil berusaha menarik rambut Niel pula tapi tak dapat.Haqiem menarik sekbeng Niel membuatkan Niel terpaksa melepaskan genggaman.

Tanpa disedari,ada Cammy yang melihat dari jauh.Dua orang ni bergaduh di sebabkan Dania.

"Apa yang lebihnya Dania dan apa yang kurangnya aku?Kenapa Dania disukai oleh dua orang lelaki ni tapi tiada yang suka aku?" Fikir Cammy sampai kembang hidung hidung.Eh..ada benda warna kelabu lah yang tersangkut pada bulu..

HAHAAHA..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience