BAB 31

Romance Completed 3357

"DANIAAA!!"

Jerit Niel dan Haqiem serentak.Dania terpelanting keudara buat seketika dan akhirnya terjatuh tidak sedarkan diri pada jarak 2 meter dari tempat asal.

Niel terduduk jatuh di bahu jalan.Dia tidak percaya dengan apa yang dilihat di depan mata.Haqiem pula menanggalkan cermin mata hitamnya lalu melemparnya ke dalam longkang.Haqiem meraut rambut lebatnya.Tak payahlah nak kacakkan diri kalau Dania pun tak sedar.

..sayang,engkau ku cintai sayang.engkau ku sayangi jangan kau permainkan cintaku padamu..

Di hospital..

Dania masih tidak sedarkan diri.Dirinya masih lagi didalam i.c.u.Niel dan Haqiem setia menunggu Dania.Mereka duduk di deretan kerusi yg sama tapi berselangkan dua buah kerusi.

Haqiem meraut rambutnya yang jatuh di atas dahi.Dia memejamkan mata.Niel mengerling sekilas.Elleh..ingat kacak ke buat macam tu?Niel pun bolehlah..

Niel sengaja menjatuhkan rambut diatas dahi.Sebelum itu,dia berdehem kuat agar Haqiem berpaling kearahnya.Niel yang tersedar Haqiem menoleh segera meraup rambut macam gaya Haqiem tadi.Niel pejam mata.

Selepas beberapa saat,Niel mula membuka kelopak mata untuk melihat riaksi Haqiem sekarang.Mata Niel buntang apabila nampak Haqiem sedang menyilangkan kaki sambil menghirup secawan kopi panas.

grr..susah payah aku tiru gaya kau tapi kau selamba je buat derk!Guman Niel..

Tiba tiba ada seoarang doktor yang memakai jubah putih datang sambil memegang sebuah fail warna hitam.

"Ini keluarga Dania ke?" tanya doktor itu sambil melihat Niel dan Haqiem silih berganti.

"er,bukan..saya kawan dia.Eh..maksud saya kawan baik Dania.." kata Niel sambil mengerling Haqiem ditepi.

"Saya teman lalaki dia..apa yang berlaku kepada dia doktor?" Tanya Haqiem tanpa menghiraukan Niel yang sememangnya sudah buntang mata.

"Sebenarnya..Dania masih tidak sedarkan diri.Kemungkinan untuk Dania hidup adalah sangat tipis kerana dia sudah kehilangan banyak darah.Jadi buat masa sekarang,tiada siapa yang boleh datang melawat." terang doktor itu.

"er..tak boleh ke kalau kami dermakan darah kami?" Tanya Haqiem dengan riak wajah yang gusar.Niel angguk laju. Kali ini dia menyokong Haqiem.

"er..Dania berdarah O..ada siapa yang berdarah sama macam Dania?" tanya doktor itu.Niel dan Haqiem saling berpandangan.Niel dn Haqiem sebenarnya masing berdarah A.

Doktor lelaki yang melihat
semua itu terus faham.Lambat lambat dia beredar meninggalkan Niel dan Haqiem.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience