BAB 5

Romance Completed 3353

"Danish..Danish duduk dengan kawan kakak dulu.Nanti kakak datang balik.Lepas tu kita balik rumah." kata Dania kepada Danish.

"okey kakak!" Kata Danish sambil membuat gaya ok.Comel la..Dania berlalu pergi.

"Abang Niel,nama abang apa?" tanya Danish."Nama abang Niel la.."

"Danish tahulah nama abang Niel.Maksud Danish nama penuh abang Niel.Apa nama penuh abang?" Tanya Danish sekali lagi. Tapi kali ini lebih jelas.

"Cakap lah awal² nama panjang.Nama abang Arash Daniel bin Khalid." Sebenar
nya Niel taknak sebut pun nama papanya. Entah entah papanya tidak ingat nama penuh nya.

"Abang Niel,abang pernah tengok orang melayu kahwin?" Entah mengapa,Danish boleh terkeluar isu kahwin.Niel sembunyi senyum.Kecik ² dah pandai bab kahwin.

"Pernah la..amboi!Danish ni cakap pasal kahwin ni kenapa?Tak sabar nak kahwin ke apa?Tunggu jelah 20 tahun lagi..." Niel sengaja menyakat Danish tanpa mengetahui bahawa dirinya akan terkena nanti.

"Hisy,abang Niel ni!Kesitu pula...Danish kecik lagi la abang Niel.Mana boleh kahwin lagi.."

"Dah tu..Tanya abang pasal kahwin tu kenapa?Nak buat persediaan untuk 20 tahun akan datang ke?"

"Salah la abang Niel..Danish tanya sebab Danish nak abang Niel kahwin dengan kakak Danish." Kata Danish sambil bercekak pinggang.Buntang mata Niel jadinya.Aku baru kenal kakak kau lah!

"Abang Niel..Kahwin la de.." Dania tiba² muncul tanpa salam.

"siapa yang nak Kahwin?" tanya Dania yang sudah siap menggalas beg Quechua birunya.

"Eh,kakak tak tahu?Sebenarnya,abang Niel dan kakak nak..." belum sempat Danish habis bercakap,Niel sudah menutup mulut Danish menggunakan tangannya.

"er..Nia!Kau jangan dengar apa yang adik kau nak cakap ni...semuanya tak betul, okey?" kata Niel lalu melepaskan Danish. Dania hanya memandang kosong Niel.

"Oh,okey!er..Danish, jom balik!" ajak Dania.Danish mengangguk sambil menarik tangan Dania.

"er..Niel..aku balik dulu lah."

"okey..aku pun nak balik ni." Niel hanya melihat dua beradik tu berjalan.Tiba tiba Dania menoleh.

"er,esok kalau kau ada masa,datang lah lagi.Kalau sibuk tak apalah." ajak Dania sambil senyum.

"insyaa allah"

"assalamualaikum"

"waalaikumsalam" jawab Niel.Sebenar
nya walaupun Dania tidak mengajak tadi, memang Niel akan datang lagi esok.Tiba tiba Niel mengukirkan senyuman. Senyuman yang benar² berbeza.

korang boleh agak tak senyuman apa?Niel menyelitkan duit 20 ringgit di bawah gelas kaca.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience