BAB 15

Romance Completed 3353

"Nia!Kenapa kau tak datang?Kan aku dah suruh kau datang semalam.." rungut Niel melalui telefonnya.

"Aku dah kata in syaa allah kan?Lupa ek? Ke sebab bergayut dengan cammy sampai tak ingat Dunia?" Jawab Dania seakan memerli.Eh,seakan apa?Memang perli la tu.

"Yang kau asyik sebut pasal Cammy tu kenapa?Memang sah kau cemburu kan? Cammy tak ada kaitanlah dalam hal ni.." tenang Niel membalas namun ada keluhan halus yang terbit di hujung ayatnya.

"Habis tu,yang semalam kau kutuk aku tu pasal apa?Sekarang nak kata Cammy tak de kaitan?Oh..mestilah kau nak jaga buah hati pengarang jantung pisang nangka kan?.." Tukas Dania di sana dengan sinis. Niel mengeluh dan Dania terdengar keluhan itu.

"Kau tak payah susah susah mengeluh sebab akan memenatkan kau saja.Pergilah bergayut dengan Cammy yang perasan bagus tu.Bakal pasangan ideal kau tu sedang menunggu...Jangan la kau pergi hampakan dia pula.Tak baik." Balas Dania panjang.

"Nia..aku min.."

"Dah la,Daniel..tut..." Dania memutuskan talian.

----

"Nia.." Panggil Niel sambil menghampiri Dania yang sedang mengelap meja.Dania menoleh lalu tunduk hormat."Selamat petang,Encik Niel.Err..maksud saya,Encik Daniel.Silakan duduk.."Kata Dania sambil menarik kerusi untuk Niel duduk.

"What are you doing,Nia?Apasal panggil aku encik-encik pulak?Aku masih muda.." tanya Niel yang keliru.

"Maafkan saya sebab selama ini saya panggil encik sebagai Niel dan bercakap dengan panggilan 'aku' dan 'kau'.Padahal encik ialah pelanggan kedai ni.Sorry..I know I am rude.." Kata Dania sambil menekur lantai.

"Nia..aku tak suka kau macam ni..Panggil aku macam biasa je lah!Kalau tak aku panggil kau cik Dania Lesbian nanti.." ugut Niel.

"Saya tak kisah encik nak panggil saya apa.Panggil aje lesbian,lengkuas..kunyit.. gay..serai dan apa saja sebab saya tetap akan panggil encik sebagai encik Daniel, Encik Arash Daniel!" tegas Dania membalas.

"Fine..kalau macam tu,bagi saya secawan hot coklat..Oh ya,kalau boleh saya nak haggehood satu..Boleh ya,puan Dania?" Tenang Niel meminta.Buntang mata Dania.

"Encik panggil saya puan?Hello..Saya ni masih cik..Cik Dania Lesbian.Macam apa yang encik panggil tadi." Balas Dania sambil memusingkan badan ingin berlalu.

"Salah..sebab awak akan jadi isteri saya nanti." Niel membalas dengan sedikit kuat supaya Dania yang mahu pergi itu boleh dengar.Dania pantas pusing balik.

"Me what?" Niel sengih

"Hai..Abang ipar!" Tegur satu suara dari belakang Dania.Dania menoleh..

Danish?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience