BAB 23

Romance Completed 3357

Dari waktu kerja sampai waktu balik Dania berkurung di dalam bilik pekerja sambil melayani perasaannya yang hancur luluh. Dia mengambil kesempatan yang ada untuk bertukar masej dengan Haqiem demi menghilangkan rasa sedih.Dia menceritakan hal tadi kepada Haqiem. Dania percayakan Haqiem!

"Abang Niel..Danish tak tahu nak buat macam mana lagi..kakak taknak keluar." Danish mengadu kepada Niel melalui telefon makciknya.Entah macam mana Danish boleh ada nombor Niel.

"kakak Danish tak keluar sebab dia tengah bergayut dengan lelaki lainlah.." Jawab Niel acuh tak acuh.

"kenapa abang Niel cakap macam tu?" Tanya Danish pelik.

"sebab abang tahulah.."

"salah..kakak tak keluar sebab lain.Kak Nia sedih,sebab tu kakak tak keluar." Tukas Danish.

"Danish..kakak Danish sedih sebab dia kena marah oleh seorang lelaki.."Sambung Niel mengejek.

" Danish pun tak tahu nak buat macam mana.Hari ni hari penting dalam hidup kakak.Atau kakak tak ingat hari ni hari apa?"Danish seperti bercakap sorang diri.

"Hari ni hari rabu lah.." celah Niel.

"Bukan..hari ini hari lahir kakak!" Kata Danish sebelum memutuskan talian tanpa memberitahu Niel.

Niel terkejut..Macam mana boleh dua terlupa bahawa hari ni hari lahir Dania?Sedangkan hari ni dia telah membuatkan Dania terluka.

'Nia..'

---

Niel:Nia..aku minta maaf.Aku tahu aku salah.kau maafkanlah aku.

Dania:Niel..aku dah muaklah dengar maaf kau tu.tak ada ayat lain ke?

Niel: Nia..jom pergi kat kedai makcik kau. Aku tunggu pukul lapan tiga puluh nanti.

Dania:Aku tak ada masa lah,Niel..Aku rasa aku tak boleh pergi.Apa kata kau pergi dengan orang lain?Ha..Cammy yang cantik kan ada.Buat apa cari aku lagi?

Niel:Nia..sebenarnya aku dah ada dalam kedai makcik kau.Takpe lah kalau kau tak nak datang..kalau gitu,aku balik dulu lah. Tapi bukan balik rumah aku sebab aku rasa aku akan dilanggar lori dalam perjalanan pulang nanti.

Selepas itu, Dania tak balas apa.Dania rasa macam Niel sengaja reka cerita untuk mendapat simpatinya.Malaslah mahu pergi dan lekas bersiap.

Tapi..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience