BAB 20

Romance Completed 3353

Seminggu kemudian..

"Nia..Hari ini aku belanja kau makan. Kau pergilah pilih makanan dulu.." suruh Niel sambil melihat lihat makanan yang di jual di kantin.Dania patuh.

Cammy yang melihat keakrabab antara Dania dan Niel jadi cemburu pula."Hisy.. Asyik asyik Nia..asyik asyik Nia!Bila pula kau nak belanja aku Niel?"Cammy menge rutu sambil menghentakkan kaki.

"Apabila Cammy lihat Niel sudah duduk ditempat kebiasaannya,Cammy menyibuk kan diri sambil melabuhkan punggung di kerusi yang biasa Dania duduk.

" Hai,Daniel..You buat apa kat sini sorang sorang?"Tanya Cammy walaupun dia
sudah tahu bahawa Niel menanti Dania.

"Saya..tunggu Dania.Awak ada nampak Dania tak?" Tanya Niel pula.

"hmm..Dania?Tak ada pulak i nampak dia. Dari pagi lagi i tak nampak dia" Jawab Cammy.Selepas 2 minit,barulah Cammy nampak Dania yang baru selesai membeli. Cammy nampak mata Dania sedang memandang kesini.

okey..

"Haha..you ni lawaklah,Daniel..selalu buat muka cute macam tu..buat i rasa macam nak cubit² aje pipi you tu..geram sangat!" Sengaja Cammy cakap kuat kuat supaya Dania yang masih jauh dengar.

"eh..bila masa pulak saya buat kelakar dan cute?" Tanya Niel keliru.

"Tengok tu..tak nak mengaku pulak.dah dah lah buat muka gitu.." Kata Cammy lagi sambil sekali sekala mengerling Dania.

Dania yang melihat terus berhenti melang kah.Mesranya Niel dengan Cammy.Kalau orang lain tengok,mesti mereka ingat Niel dan Cammy pasangan kekasih.Sebak me ngharung dada..Kenapa dia selalu berasa lemah jika Niel bersama Cammy?Tamak sangatkah Dania jika dia mahu Niel bersama dia sorang aje..

Dania tak sanggup bertahan.Air matanya terasa nak tumpah sekarang juga.Dania meletakkan makanan diatas lantai dan me ninggalkannya begitu saja.

Niel menunggu Dania macam orang bodoh saja."Sampai hati Dania buat saya gini..saya tunggu dia sampai saya tak makan.Awak makan sajalah Cammy."Kata Niel lalu menolak pinggan kepada Cammy yang terkebil kebil.

----

Di perpustakaan..

Dania duduk dimeja sambil termenung jauh seorang diri.Fikirannya melayang entah kemana..mungkin sampai kat Amerika dah kut..Perasaannya bercelaru. Kenapa Niel gembira sangat tanpa kehadi ran Dania tadi?Dania penyibuk ke?Tak.. Cammy yang sibuk.

'Niel'

Sungguh dirimu membuat ku terlalu bersemangat.Jalani hari hari ku dengan hebat.Kau tahu hidup tanpa mu itu berat. Dengan mu aku kuat.

Lagu merindukanmu nyanyian dari penyanyi indonesia itu bermain di fikiran Dania.Maksud lagu tu sama macam hidup nya.Betullah orang kata..

'bila kita gembira kita layan lagu dan bila kita sedih kita memahami maksud lagu tu'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience