BAB 26

Romance Completed 3353

Niel membawa Dania ketempat lain.Kalau tadi ada dua orana aje..sekarang ada berpuluh puluh orang.Rupa rupanya Dania dibawa ke dataran.

"Niel,kau tak apa apa?Sakit tak?" Tanya Dania risau apabila lihat ada darah kering di sekitar bibir dan hidung Niel.Niel geram dengan peristiwa pagi tadi.Dia bnci buletin pagi tadi.

"Hey,Dania!Kau jangan buat baik depan akulah..Aku tak sangka lembut lembut kau sebenarnya seorang yang yang licik!Aku langusung tak sangka rupanya kau yang tulis pasal aku dan Cammy dalam buletin sekolah..Padahal kau tahu,aku dan dia hanya kawan.

Kau tahu tak..Disebabkan kau,semua orang fikir aku dan Cammy tu ada skandal. Aku benci kau,Nia!Aku ingat kau kawan aku..Tapi tak sangka,kau tergamak tulis benda yang tak betul.Kawan jenis apa kau ni,Nia...kau sebenarnya setan!You are devil in the angel's suit..aku benci kau!" Maki Niel di depan khalayak ramai.

Dania terpaku..

"Niel..pasal tu,bukan aku yang tulis!Sumpah.." Dania mempertahankan dirinya yang tak bersalah.Niel tersenyum sinis.

"Kau orang jahat...orang jahat manalah nak mengaku kejahatan sendiri kan? Itu namanya membuka pekung di dada..Orang macam kau sanggup angkat sumpah.Dah terpapar nama kau dekat buletin tu..masih tak nak mengaku ke?Kau ingat aku bodoh.." Niel memaki lagi.

Dania menyeka air mata..

"Bukan aku,Niel..bukan aku buat.." Rintih Dania dengan sendu.

"kepala hotak kau tak buat..Aku ada mata.aku belum buta la,bongok!" Marah Niel sebelum menunjal kepala Dania dengan jari telunjuknya.

"Daniel!" Jerit seorang lelaki dari belakang.Niel menoleh..semua orang bagi laluan supaya lelaki itu boleh datang dekat.

Haqiem..

"Daniel..kau ni memang tak pandai bersyukurlah..semalam bukan main lagi berusaha mendapatkan kemaafan Dania. Siap nyanyi lagu sayang lagi..Sekarang, senang senang aje kau buat dia gitu.Apa kau ingat maaf dia sama nilai dengan karipap yang selalu kau beli tu ke?" Marah Haqiem sambil mempertahankan Dania.

"Oh,jadi kau nak jadi hero lah ni..tu,tengok ni semua.Jackie chan malaya baru sampai.." kata Niel sambil meniru gaya zizan dalam cerita polis evo.

"tak payah buat lawak kosong lah,Daniel."

"lawak kosong apa ke bendanya?Memang kau suka Dania kan..hey,tak payahlah..perempuan macam dia ni tak layak dapat kasih sayang seorang lelaki sekalipun orang lelaki tu negro.

Nak tahu knp?sebab dia ni perempuan iblis yang bertopengkan malaikat.Dia ni jahat..bongkak..sombong dan semua benda teruk la.." Kutuk Niel lagi.

Dania menangis teresak esak..

"kau salah menilai,Daniel..Dania perempuan paling baik yang pernah aku jumpa dalam dunia ni..kau silap,Daniel.. Kau jangan menyesal kalau Dania takkan bagi kau peluang lagi lepas ni..Sebab dah banyak sangat yang dia bagi tapi betapa mudahnya kau persiakan.." sembur Haqiem pula.

"heh..dia tak payah bagi peluang sebab aku bersumpah depan orang lain bahawa aku takkan minta peluang dah.." Selamba Niel berkata sambil angkat tangan depan semua orang.

"jangan menangis air mata darah nanti. Sebab masa tu dah tak berguna dah.. bertaubatlah sebelum terlambat,Daniel." Kata Haqiem sebelum menarik lengan baju Dania.

Apa..berlapik,okey?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience