BAB 17

Romance Completed 3353

Seminggu kemudian..

Di sebuah taman,Dania dan Niel berjalan beriringan sambil menikmati udara segar sebulan lagi mereka akan menghadapi peperiksaan besar iaitu SPM.

"Niel.." panggil Dania

"hmm.."

"Nak aiskrim.Biar aku yang belanja." kata Dania.Niel angguk.

" Biar aku beli..kau duduk dulu."suruh Niel.Dania akur lalu duduk di atas bangku kayu yang terletak 2meter jauhnya.

"Bang..Aiskrim coklat dua..special punya okey?" Kata Niel kepada abang yang jual aiskrim.

"Salah..sepatutnya 3 bersama I." Celah seorang perempuan.Kalau cakap i-i ni mesti tak ada orang lain punya.Niel toleh ketepi.Betullah ada Cammy.

"Daniel..kenapa tak call i?kan i dah bagi nombor?Atau you masih malu malu kucing?" tanya Cammy sambil senyum menggoda.Niel rasa macam nak terajang aje kepala Cammy.

"Ha?er..saya masih simpan.Tapi sejak kebelakangan ni,saya sibuk sikit.Biasalah.. SPM dah nak dekat.Kena fokus pelajaran.. Mana boleh merayap dengan lawan sejenis." Sebenarnya Niel kata ayat terakhir tu khas untuk Cammy.Biar dia sedar sikit bahawa Niel tak layan dia.

"Datang dengan siapa?" Tanya Cammy.Eh, kau ni memang kerja cara hal orang ke?Tak nampak ke yang aku tak suka kau kat sini? Bisik Niel dalam hati.

"er..dengan Dania.." jawab Niel sambil menghulurkan sekeping duit RM5 kepada penjual tu.

"Saya pergi dulu lah.." kata Niel kemudian pergi tinggalkan Cammy sorang sorang. Niel berjalan kearah Dania yang asyik bermain daun semalu.

"Nia.." Panggil Niel.

"Thank you." ucap Dania.Tiba tiba..

"..Daniel,sayang.I'm coming!"Jerit Cammy sambil berjalan laju kearah Niel dan Dania. Niel terkejut lalu berdiri.

" Daniel..mana aiskrim yang you kata nak bagi kat I?I hauslah.."Tanya Cammy sambil pura pura menyedari kewujudan Dania.

"Bila pula saya kata nak bagi?" Tanya Niel tak senang.Cammy tarik muncung sedepa. "Alah baby..I nak i punya aiskrim sekarang jugak!" bentak Cammy.

"Ouh..mungkin ini aiskrim i..terima kasih makcik kerana tolong pegang."Kata Cammy sambil merampas aiskrim ditangan Dania lalu dijilat jilat 3 kali.Kemudian dia menghempaskan aiskrim itu..Kononnya terhempas.

" Alah sayang..aiskrim i jatuhlah..Belikan yang baru,boleh?"Tanya Cammy sambil menjeling Dania.

"Tak nak!Dah lah awak ambik yang Dania punya..Nia,kita kongsi okey?" Kata Niel sambil menyuakan aiskrim yang belum disentuh.Dania yang keliru menggigit juga sedikit.

Kemudian,Niel mengambil semula lalu digigit pula.Buntang mata Cammy jadinya. Apa ni?Kongsi aiskrim yang sama depan mata..

"Baby..kenapa you nak bersweet sweet dengan perempuan ni?" Tanya Cammy geram."Biarlah..sweet sweet saya dengan dia sebagai pasangan kekasih."Jawab Niel tak puas hati.

"Kekasih?Apa you ni,Daniel?i atau dia kekasih you?Dah hampir dua minggu kita couple..macam mana you bolen kata dia gf you?" Marah Cammy.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience