BAB 34

Romance Completed 3353

2 tahun sudah berlalu..

Niel berjalan di sekitar kafeteria.Sudah dua bulan Niel menjadi mahasiswa di universiti Rangsit,Thailand.Niel sebenarnya cuba untuk melupakan Dania.Sebab tu dia belajar di tempat yang tidak pernah Dania sampai agar kenangan manis tidak mengusik jiwa.

Tapi..sejauh mana dia pergi,wajah comel Dania tetap menghias dalam mimpi nya.Masih terbayang segala kenangan.

Niel berhenti sejenak di jambatan cincin. Niel menatap gambar gambar dia dan Dania.Sungguh dia amat merindui Dania.

Tiba tiba,belakangnya dilanggar oleh seseorang.Nasib baik tak terluncut tepon yang dipegangnya ke dalam sungai.Kalau tidak,dimana dia mahu mendapat gambar gambar itu semula?

"i am so sorry.." ucap gadis berbangsa thailand itu sambil mengutip buku yang bertaburan. Niel tolong kutip juga.Semasa Niel mengutip buku pertama,Niel terbaca nama pemilik buku itu..Eh!Dania Lefabian binti Jay Fabien?

Niel nampak gambar yang tertampal pada buku itu.Tak salah lagi..ini memang buku Dania.Cepat ² Niel bertanya kepada gadis di depannya.

"maafkan saya..boleh saya tahu di mana pemilik buku ini?" Tanya Niel dalam bahasa inggeris.Gadis itu mengangguk laju.Terus terbit senyuman gembira pada wajah Niel

----

"Dania ada dalam ni.." kata Perempuan thailand itu apabila mereka tiba di depan dewan TERBUKA.

Niel mengucap terima kasih.Perempuan itu senyum sebelum beredar.Niel membuka pintu.Terus Niel nampak ada seorang perempuan yang memakai tudung bawal warna ungu sedang bermain piano sambil mendengar lagu.

Tuhan..maafkan diri ini
Yang tak pernah bisa menjauh
Dari angan tentangnya.
Namun apalah daya ini
Bila ternyata sesungguhnya aku
terlalu cinta dia..

Niel menghampiri gadis itu kemudian memanggil namanya.

"Nia.." Panggil Niel.Terus perempuan itu berhenti bermain piano.Gadis itu berdiri sebelum lambat lambat menoleh kebelakang dengan hati yang berdebar.

Niel tersenyum melihat wajah Dania.. Wajah yang sudah dua tahun tidak kelihatan kini sudah di depan mata.Dania diam tidak berkutik.Dia tak tahu nak buat apa..

"aku cinta kau." Kata Niel.Tiga patah perkataan itu sudah memberikan maksud yang sangat mendalam.Dania terkesima sebelum perlahan lahan mengukir senyuman..

Dua insan yang berada dalam dewan TERBUKA ini masing masing tersenyum. Akhirnya sang putera berjaya menjejaki puterinya yang hilang.

Terima kasih Allah atas cinta ini

-TAMAT-

eh..dok abis agi ni.selok hlman lain pulok..Dok pun scroll sikek agi.

Terima kasih bagi sesiapa yang suka karya saya..Saya bersyukur jika anda menyukai karya saya walaupun sikit.Jika ada sebarang yang tidak kena,sila lah memberikan komen agar saya boleh memperbaiki penulisan saya.Jangan lupa bagi bintang tau?hehehe..gurau je.Sila lah komen sekarang!

*penulis hanya mencuba merasai perjalanan hidup manusia lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience