BAB 1

Drama Completed 58217

10 tahun lepas.....


Tulip berjalan ke arah perpustakaan dia terdengar orang bersorak kuat dibawah.Lalu dia mendekati beranda dan memandang ke bawah.Rupanya pasukan sepak takraw sekolah sedang berlatih di gelanggang.

Dia melihat ramai berkumpul melihat latihan itu.Matanya jatuh pada seorang lelaki yang menjadi tekong untuk pasukannya yang berbaju merah.

Lelaki itu sangat tinggi berbanding yang lain.Mungkin mereka ini dari tingkatan lima semuanya.

Dia tersenyum manis.

"Rehat lima minit..."jerit lelaki itu pada rakan sepasukannya.

Keel mengambil air botol lalu dibuka dan meneguk air sambil memandang ke arah atas.Matanya tertangkap pada seorang gadis yang sedang memandang ke arahnya.Dia memandang rakan-rakannya tiada seorang pun diantara mereka yang melihat gadis itu.

Gadis itu tersenyum manis.

Keel mengerutkan dahi.

"Dia senyum dekat aku ke?"soal Keel dalam hati.

Keel cuba melambaikan tangan.

Tulip terbeliak kerana lelaki itu perasaan keberadaan dirinya diatas ni.Dia menutup wajahnya dan terus berjalan laju ke arah perpustakaan.

Keel menggaru kepalanya.

"Woi... Keel cepatlah masuk.."panggil Wan.Keel meletakkkan botol airnya dan masuk ke dalam gelanggang.

Tulip mencari buku rujukan di rak buku yang ada.Sambil tu dia terfikirkan lelaki tadi.Siapa nama mamat tu?.

Dia tersenyum manis sambil memintal rambutnya.

"Uih... Tulip... Kau dah kenapa?"soal Ulfa padanya.

"Kau ni terkejut aku tau....bila kau sampai sini?"soal Tulip.

Ulfa dah tepuk dahi.

"Hello... Aku datang dengan kau tadi...kan? Kau dah kenapa? Demam ke...muka kau merah ni?"soal Ulfa memegang pipi Tulip.

"Mana ada...aku tak demamlah"balas Tulip sambil dia turut merasa pipinya.

"Dah jom...kita ada tugasan penting nak kena siapkan..."ucap Ulfa padanya.

Tulip mengambil buku di rak dan mengikut Ulfa ke meja mereka.

************

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat.Semua pelajar berpusu-pusu ke kantin untuk menikmati makanan dan minuman.

Begitu juga dengan Keel dan Wan.Sambil makan sambil bersembang baru lebih kenyang.

Keel terpandang ke arah kedai koperasi berdekatan dengan kantin sekolah itu.Seorang gadis yang sama dia jumpa semalam ada disitu sambil melayan pelajar yang membeli makanan dan minuman.

Wan yang sedap menikmati mee goreng memandang Keel yang memandang arah koperasi.

"Kau ada nak beli apa-apa ke?"soal Wan.

Keel memandangnya.

"Tak ada apa-apa.Kenapa?"soal Keel.

"Takdelah kau asyik tengok sana.Ada apa-apa menarik ke?"soal Wan.

"Aku nak tanya...budak perempuan yang bertugas dekat koperasi tu? Siapa nama dia?"soal Keel.

Wan memandang.Dia nampak seorang gadis berkaca mata dan seorang gadis tidak berkaca mata.

"Yang pakai spek mata ke tak pakai?"soal Wan.

"Yang tak pakai..."ucap Keel.

"Ohhh...itu anak Cikgu Basyir, Tulip nama dia.."ucap Wan.

"Cikgu Basyir maksud kau Cikgu Matematik yang garang giler tu...tu anak dia?"soal Keel pada Wan.

Wan hampir tersedak.Keel menepuk belakang kawannya.

"Ya tu anak dia....kan nama anak dia dari bunga semua Seroja, Tulip, dan...Azalea"ucap Wan.

"Tapi anak dia cantik sangat macam tak kena dengan bapa dia je..."ucap Keel.Wan menutup rapat mulut Keel.

"Apahal kau tutup mulut aku?"soal Keel.

"Kau kalau Cikgu Basyir dengar silap-silap kau kena penampar..sampai tiang gol sekolah...slow-slow sudah.."pesan Wan.

Keel memandang lagi arah gadis bernama Tulip.Ya nama itu sangat unik dan jarang didengar.

********

Tulip membawa buku latihan untuk dibawa ke kelas atas arahan guru sains kelasnya.Dia berjalan menuju ke arah tangga ada seorang pelajar berlanggar dengannya habis berterabur buku yang dipegangnya.

"Woi...buta ke?"soal Tulip memarahi pelajar itu.

"Jangan marah-marah...nanti cepat tua..."ucap suara yang agak kasar.Dia melihat lelaki yang dia nampak di gelanggang ada depan matanya sekarang.Semua buku-buku yang jatuh dikutip dan diserahkan pada Tulip.

"Terima kasih..."ucap Tulip.

"Sama-sama... anyway saya Habib Wakeel...awak boleh panggil saya Keel...awak Tulip kan?"soal Keel.

Dia tahu nama aku...apa aku nak buat ni?.

"Ahhh...ya saya Tulip Amaryllis "ucap Tulip sambil tersenyum.

Mereka berpandangan sesama mereka.

**********

Izzad memerhati Tulip yang mengais makanan dalam pinggan.Selalunya minah ni bukan main lapar kalau waktu tengahari ni boleh pulak dia main-main dengan makanan.

"Hello.... Nyah kau nak bertukar jadi ayam ke?"soal Izzad mengetuk meja.

Tulip kembali sedar dari lamunan.

"Apa kena mengena ayam?"soal Tulip.

"Kau ni kan...tu perumpamaan.Tak kau ni kenapa disampuk hantu pantri lagi ke?"soal Izzad yang ingin tahu.

"Mana ada...aku tengah makanlah ni..."ucap Tulip menyua makanan ke dalam mulutnya.

"Aku cakap baru kau nak makan...lagi satu kenapa kau diam je tadi masa mesyuarat selalu kalau dengan Tuan Amsyar bukan main lagi kau..asal kau diam masa Tuan Wakeel tanya pendapat?"soal Izzad.

"Malaslah nak fikir pasal tu..."ucap Tulip.

Izzad terpandang arah pintu masuk restoran.Dia melihat Tuan Wakeel masuk berseorangan.

"Tuan!!"panggil Izzad.

Keel memandang orang yang memanggilnya itu.

Tulip memandang arah belakangnya.Pandangan Tulip dan Keel bertembung.

Keel berjalan ke arah meja makan itu.

"Dia datang..."ucap Izzad.

"Yang kau panggil dia kenapa?"soal Tulip geram.

Keel berdiri ditepi Tulip.

"Tuan Wakeel...baru nak lunch ke?"soal Izzad.

Keel memandang Tulip yang tidak menunjukkan muka.

"Ya...saya baru siapkan kerja tadi.Awak berdua dah habis ke?"soal Keel melihat pinggan diatas meja.

"Saya dah siap teman leader saya ni..."ucap Izzad menendang kaki Tulip.

Tulip menjeling tajam.

Izzad tersenyum.

"Kenalkan ni Leader D'Mans East Tulip Amaryllis.Tulip ni Tuan Wakeel Our COO D'Mans "ucap Izzad.

Keel menunggu reaksi Tulip.

Tulip bangkit dan membetulkan rambutnya.Dia mengibas rambutnya sampai terkena mata Keel.

"Sorry...nice to see you Tuan Wakeel...saya Tulip Amaryllis Leader D'Mans East"ucap Tulip menghulurkan tangan untuk berjabat.

Keel buat-buat tak nampak tangan itu.

Tulip dah berasap.Lenguh dah tangannya ni.

Keel berjabat tangan dengan Tulip.

"Tak sangka jumpa dekat sini..kecil rupanya dunia ni..."ucap Tulip pada lelaki itu.

Keel beriak biasa.

"Do I know you?"soal Keel pada Tulip.

"Wah kau lupa diri ke apa? Kurang ajar betul...aku dia buat-buat tak kenal..."ucap Tulip dalam hati.

Izzad dah memandang Tulip.

Tulip tersenyum sinis.

"Sorry... Tuan Wakeel....saya ada masalah mata sikit harini.."ucap Tulip kembali duduk dikerusinya dan menikmati makanan depannya.

"Erk... Tuan Wakeel minta maaf... leader saya ni dia bad mood sikit semalam tak cukup tidur..."ucap Izzad.

"It's okay I got to go" ucap Keel pada Izzad sebelum berlalu.

Bahu Tulip dipukul Izzad.

"Auch.....sakitlah..."rintih Tulip.

"Kau cakap dengan Tuan Wakeel tu kawan kau kan? Aku rasa balik kerja kau kena tidur pastu esok bangun fresh become the new Tulip"ucap Izzad.

Tulip mencebikkan mukanya.

*********

Tulip berdiri didepan pintu lif menunggu untuk pulang.Pintu lif terbuka dan dia terpandang Keel yang sedang melihat telefon pintarnya.

Tulip teragak-agak mahu masuk.

"Kalau tak sudi masuk jangan masuk..."ucap Keel sambil mata masih pada skrin telefon pintarnya.

Tulip melangkah masuk juga akhirnya.Dia menekan nombor pada butang.

Sunyi itu boleh dicakap sekarang.Situasi itu tegang tanpa suara.Hanya kedengaran nafas mereka berdua.Tulip memandang ke arah pantulan lif itu.Dia mencuri pandang pada Keel.Dia menundukkan wajahnya.

Keel memandang Tulip yang menundukkan wajahnya.Lif terhenti ditingkat 5.Tulip mendongak melihat ada ramai orang yang mahu masuk.Dia mengundurkan diri ke belakang bagi memberi ruang pada orang lain masuk.

Orang berpusu-pusu masuk ke dalam lif.Tulip hampir tersepit dibalik orang yang masuk.Keel yang terpandang menarik gadis itu padanya.Tulip menelan air liur kerana jarak dia dan Keel sangat dekat.Dia cuba menahan nafasnya dari mulut.

Dia melihat pada sentuhan tangan Keel pada bahunya.

Mereka begitu dekat untuk beberapa minit.Pintu lif terbuka untuk mereka yang mahu ke ruangan parkir.

Pekerja yang ada dalam itu keluar dari lif.Keel melepaskan sentuhan pada lengan Tulip.Dan dia terus berlalu keluar dari lif tanpa berbicara.

Tulip melangkah keluar lambat sedikit.

Dia melihat lelaki itu memasuki kereta Range Rover sport berwarna hitam itu.Kereta itu melintas didepannya laju.

Tulip menghela nafasnya.Nampaknya Keel yang dikenal dulu sangat berbeza dengan sekarang.

Tulip mengeluh.

Dia turut menapak ke arah keretanya yang terparkir tidak jauh dari lif.

Tulip terpaksa bermanis muka setiap kali berhadapan dengan Keel?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience