Tulip bersiap-siap untuk berjumpa dengan Abahnya.Dia diberitahu bahawa Cikgu Basyir turun ke rumah Azalea.Memandangkan Azalea dalam pantang.
Dia meminta untuk berjumpa empat mata dengan Abahnya diluar.Dia perlu kuat untuk hadap semuanya.Demi cintanya pada Keel dia kena kuat.
Dia melihat mekapnya buat kali terakhir sebelum keluar dari rumah.Dia berjanji untuk berjumpa di Bamboo Hill restaurant.
*********
Makan malam mereka sunyi tanpa sepatah kata pun.
Cikgu Basyir meneguk air dalam gelas dan diletakkan atas meja.
"Tulip tak ajak Adam sekali ke? Kamu dengan dia gaduh ke?"soal Cikgu Basyir.
"Dia sibuk kot.... lagipun makan malam ni untuk Tulip dengan Abah bukan dengan dia."ucap Tulip selamba.
"Abah tengok Tulip makin kurus sejak akhir-akhir ni? Sakit ke?"soal Cikgu Basyir.
Tulip diam je.
"Kalau kamu kahwin ada orang jaga kamu...Adam boleh jaga kamu..takdelah kamu sunyi..."ucap Cikgu Basyir.
Tulip meletakkkan sudunya.
"Abah Tulip dah boyfriend..."ucap Tulip.
Cikgu Basyir memandang Tulip.
"Kamu maksudkan Keel?"soal Cikgu Basyir.
"Tulip rasa Abah kenal Tulip macamana.... Tulip tak ada kenal dengan mana-mana lelaki selain dia.."ucap Tulip.
"Macamana dengan Adam?"soal Cikgu Basyir.Tulip mengeluh kecil sambil merapatkan tangannya.
"Abang Adam cuma Abang sepupu Tulip... Tulip tak pernah anggap dia lebih daripada Abah nak ..Tulip dah lama kenal Keel dari zaman sekolah.. Abah tahu pasal ni..."ucap Tulip tegas.
Cikgu Basyir menyandarkan tubuhnya di kerusi dan memandang anak daranya itu.
"Abah... Tulip betul-betul sayang dan cintakan Keel sorang je.Dia buat Tulip jadi diri Tulip sendiri.Dia tak layak ke nak gembira dengan anak Abah?"soal Tulip sambil mengenggam tangannya yang mengigil.
"Abah cuma tak nak kamu..."ucap Cikgu Basyir.
"Tak nak apa Abah.... Kenapa Kak Seroja dan Azalea senang je..Abah izinkan diaorang kahwin... Kenapa Tulip Abah berat hati?.Dari dulu Tulip ikut je cakap Abah..tapi tolonglah untuk kali ni bagi Tulip buat pilihan sendiri.."rayu Tulip.
Dia lelah.
"Tulip...."panggil Cikgu Basyir.
"Tolonglah Abah... Tulip merayu sangat restukan hubungan kami..."ucap Tulip sambil menundukkan wajahnya.
Cikgu Basyir mengeluh kecil.Dia memejamkan matanya sejenak.
Dia mengangkat mukanya.Dia bangkit dari duduknya dan menuju ke arah Tulip.
Tulip mendongak memandang wajah Cikgu Basyir.
"Tulip..."panggil Cikgu Basyir.Tulip turut berdiri memandang wajah Abahnya.
Dia memeluk tubuh itu.
"Pergilah....kalau itu buat kamu bahagia..."ucap Cikgu Basyir mengusap rambutnya.
Tulip menolak sedikit tubuh itu.
"Maksud Abah apa?"soal Tulip.
"Abah restu hubungan kamu dengan dia...tapi Abah tak sedia nak jumpa dengan dia lagi.."ucap Cikgu Basyir.
Tulip berkerut dahinya.
"Tapi kenapa?"soal Tulip.
"Abah cuma malu dengan diri Abah sendiri...Abah pernah hina dia dulu....tapi dia sanggup tunggu anak Abah sampai harini...dan Abah ingat dia dekat dengan kamu lagi sebab dendam pada Abah....Abah harap apa yang Abah bagi pada Tulip.Tulip dapat bagi pada dia..."ucap Cikgu Basyir memegang pipi Tulip.
"Abah... Keel bukan pendendam orangnya..."ucap Tulip.
"Abah tahu....."ucap Cikgu Basyir memegang bahu Tulip.Dia tersenyum sedikit.
**************
Keel menunggu Tulip balik.Dia melihat jam dipergelangan tangannya sudah pukul 10.Dia risau kalau Tulip tidak boleh kawal emosi.Dia kesini sebaik sahaja Tulip menghubunginya sambil nangis teresak-esak tadi.
Cahaya lampu dari jauh mengalihkan pandangan Keel.Dia melihat kereta Tulip berhenti didepannya.
Tulip segera keluar dari kereta dan berjalan ke arah Keel.
Keel memandang Tulip yang muram.
"Awak okay tak ni?"soal Keel pada Tulip.
"Saya tak nak cakap apa-apa..."ucap Tulip.
"Okay...tak payah cakap..."ucap Keel.Tulip menyandarkan tubuhnya di kereta Keel.
Keel turut mengikut gaya Tulip.
Tulip membelek begnya mencari kunci rumah tapi tiada dalam beg.
"Awak kunci rumah saya tak ada?"soal Tulip sambil mencari-cari.
"Awak letak mana?"soal Keel pada Tulip.
"Saya letak...."ucap Tulip terhenti sebaik dia teringat yang dia tertinggal dalam rumah.Yang ada ditangannya cuma kunci pagar.
"Ingat tak?"soal Keel.
"Tertinggal dalam rumah...aduh...nak pergi rumah Azalea segan pulak.Ada baby kecil malam-malam ni"ucap Tulip.
Keel tersenyum senget.
"Apa nak risau? Rumah saya ada?"soal Keel.
"Ahh...awak jangan macam-macam...kita nak kahwin cara elok bukan cara tu..."ucap Tulip.
Keel tergelak kecil.
"Maksud saya rumah ibu saya...."ucap Keel.
"Cakaplah rumah Ibu awak...ehh..tapi tak ganggu ke ibu awak? Takpelah saya pergi hotel je.."ucap Tulip.
"Nope....saya tak izinkan...malam ni tidur rumah Ibu.Esok saya hantar sini suruh orang buka pintu rumah awak"ucap Keel.
"Takpe ke?"soal Tulip.
Tangan Tulip ditarik.
"Jangan risau saya ada..."ucap Keel menyakinkan Tulip.
************
"Jom masuk..."pelawa Keel pada Tulip.Tulip mengikut langkah Keel ke dalam rumah.Warda yang masih terjaga tersenyum melihat Tulip didepan pintu.
"Kak Tulip..."panggil Warda memeluk tubuh itu.Tulip terkejut membalas pelukan Warda.
"Tulip sihat?"sapa Puan Zainab yang datang membawa dulang air ke meja.
Tulip tersenyum manis.
"Makcik tak tidur lagi?"soal Tulip bersalaman dengan Puan Zainab.
"Belum lagi teman Warda tengok drama.Pastu Keel telefon cakap Tulip ada masalah.Tu yang makcik tunggu Tulip datang"ucap Puan Zainab.
"Saya susahkan makcik je.."ucap Tulip.
"Tak susah pun...Keel ajak Tulip minum..dulu..makcik dengan Warda pergi kemaskan bilik untuk kamu...Warda..jom.."ucap Puan Zainab pada anak daranya.
"Makcik..."ucap Tulip tak terluah.
Keel memandang Tulip yang masih tercegat.Dia menarik tangan Tulip untuk duduk di meja makan.
Dia menuangkan kopi panas pada Tulip.
"Jemput minum...saya minta maaf kalau tak selesa dengan keluarga saya"ucap Keel.
"Takdelah saya yang segan sebab makcik dengan Warda baik sangat.Tak macam Abah saya pada awak?"soal Tulip.
"Takpe semua orang ada cara sendiri... lagipun Abah awak memang dari zaman kita sekolah dia macam tu... mungkin sikap tegas dia kadang terbawa-bawa"ucap Keel.
Tulip memandang Keel.
"Sebenarnya... Abah saya...dah restukan hubungan kita..."ucap Tulip pada Keel.
Keel membulatkan matanya.
"Awak cakap apa?"soal Keel.
"Abah saya...dah restukan kan hubungan kita tapi dia tak nak jumpa buat sementara ni....sebab dia malu dengan awak..."ucap Tulip perlahan.
Keel mengerutkan dahi.
"Malu? Pasal apa?"soal Keel pada Tulip kembali.
"Dulu dia pernah hina awak, tampar awak dan dia segan bila awak muncul balik depan dia.Dia takut kalau awak ni dekat dengan saya sebab berdendam dengan dia..."cerita Tulip.
Keel meraup wajahnya.
"Allahuakbar...sampai macam tu...Abah awak fikir... kalau betullah saya ni dendam saya tak tunggu 10 tahun nak balas dendam...dari dulu saya dah buat...takpelah... kita bagi dia masa..."ucap Keel.
Tulip mengangguk perlahan.
"Kak Warda malam ni... akak tidur bilik Warda.Nanti akak nak tukar baju ke boleh pinjam baju Warda.Abang lepas ni balik ke?"ucap Warda yang muncul dari belakang.
Tulip memandang Keel yang sedang memandang tajam Warda.
"Kenapa?"soal Keel.
"Takdelah Abang kan jarang tidur sini..."perli Warda.
"Malam ni Abang tidur sini...Abang penat nak bawa kereta..."ucap Keel selamba sambil mengunyah biskut yang dicicah dengan air kopi.
Tulip tersenyum kecil melihat mereka berdua.
"Aik... selalu tengah malam buta pun sanggup balik.. dia takut buah hati dia hilanglah tu..."ucap Warda perlahan.
"Warda.... Abang dengar apa awak cakap tu..."ucap Keel.
Tulip dah habis minum dia membawa cawan dan pinggan berisi biskut tadi ke dapur.
"Letak je.....awak pergi naik bilik Warda rehat.."ucap Keel.
"Takpe sikit je ni..."ucap Tulip mencuci cawan dan pinggan dalam sinki itu.
Keel menunggu Tulip selesai mencuci.
Tulip mengelap tangannya yang basah pada kain.
"Terima kasih sebab bagi saya tidur sini..malam ni..."ucap Tulip.
"Sama-sama lepas ni hari-hari Awak boleh tidur sini"ucap Keel.
"Awak...janji dengan saya...apa yang cakap hari tu dekat rumah saya...yang awak akan sayang saya,tak khianati saya, tak dingin dengan saya, dan awak akan cuba untuk cipta apa yang kurang dalam hidup saya?"soal Tulip pada Keel.
"Insyallah......."ucap Keel ringkas.
"Tulip..."sapa Puan Zainab.
"Ya makcik..."ucap Tulip.
"Tulip pergilah rehat Warda ada dekat atas..."ucap Puan Zainab.
"Baik... asalamualaikum...selamat malam"ucap Tulip sebelum berlalu ke arah tangga nak ke bilik Warda.
Puan Zainab menunggu Tulip tiada.Dia menampar bahu Keel perlahan.
"Ibu... Kenapa?"soal Keel mengurut bahunya.
"Kamu ni...jangan biasa sangat berduaan...cepatlah sikit buat ikatan...tak manis Tau..."ucap Puan Zainab.
"Ya... Ibu... Keel nak minta izin Ibu untuk jumpa dengan Cikgu Basyir.Keel nak nikah dengan Tulip"ucap Keel.
Puan Zainab menggelengkan kepalanya.Nilah anak muda zaman sekarang mudah buat keputusan yang pening mak Ayah masing-masing.
Keel perlu jumpa dengan Cikgu Basyir lagi sekali.Supaya persefahaman ni di jelaskan.Dia tidak mahu Cikgu Basyir berfikiran sebegitu?.Dia kalau boleh tak nak kahwin dengan Tulip dalam keadaan Cikgu Basyir masih berfikiran salah tentang dirinya?.
Keel perlu jumpa dengan Cikgu Basyir lagi sekali.Supaya persefahaman ni di jelaskan.Dia tidak mahu Cikgu Basyir berfikiran sebegitu?.Dia kalau boleh tak nak kahwin dengan Tulip dalam keadaan Cikgu Basyir masih berfikiran salah tentang dirinya?.
Share this novel