Maliqi menarik tangan Tulip untuk duduk di kerusi.Tulip menanti jawapan dari Maliqi.
"Tuan Wakeel macamana? Kenapa awak tak jawab soalan saya?"soal Tulip berkali-kali.
"Tuan Wakeel doktor bagi dia rehat dulu...nak stabilkan dia punya paru-paru.Tapi tadi memang cepat saya tengok muka dia biru.."cerita Maliqi dengan penuh gaya.
"Biru? Sebab kurang oksigen..."ucap Tulip menutup mulutnya.
Maliqi menyandarkan tubuhnya.
"Ya... doktor pun tak tahu punca.Kesian Tuan Wakeel dahlah belum kahwin.Tak ada girlfriend nak luah perasaan.pun tak tahu...kalau meninggal sia-sia je.."ucap Maliqi sambil memandang Tulip.
Tulip dah menundukkan wajahnya sambil bermain dengan tangannya.
"Saya boleh masuk tak? Saya nak tengok Tuan Wakeel..."ucap Tulip pada Maliqi.
Maliqi mengangguk perlahan.Tulip bangun dan terus ke depan pintu wad yang menempatkan Keel.
Pintu dibuka perlahan, dia menutup mulutnya sebaik melihat Keel yang terbaring dengan saluran pernafasan dihidungnya.
Terdapat banyak wayar pada badannya kerana tubuh badan Keel terdedah diparas atas.Dia mengesat air mata sebaik berdiri lebih dekat disisi katil itu.
Dia jatuh terduduk sambil memegang besi katil.
"Saya tarik balik kata-kata saya...saya tak boleh pun lupakan awak...saya masih sayangkan awak...jangan tinggalkan saya..macam ni..."ucap Tulip menangis ditepi katil teresak-esak.
"Betul ke awak masih sayangkan saya?"soal satu suara.Tulip mendongak dan berdiri melihat Keel memandangnya.
"Awak bukan tidur ke?"soal Tulip sambil mengesat air matanya kasar.Keel tersenyum sedikit.
"Macamana saya nak tidur kalau awak nangis kuat sangat...saya ingat saya mamai tadi..."ucap Keel perlahan.
Tulip diam memandang Keel yang terbaring.
"Muka dia biru masa saya bawa pergi hospital" kata-kata Maliqi masih terbayang di mindanya.
Keel memandang Tulip yang berdiri di sisinya.Dia mahu bangun tapi Tulip cepat-cepat menghalang dengan tangan.
Keel memandang tangan Tulip pada badannya yang terdedah itu.
Tulip cepat-cepat menarik kembali tangannya dan mengalihkan pandangan.
"Awak baring jelah...tak payah bangun.."ucap Tulip tergagap-gagap.
Keel menarik sedikit selimut menutup bahagian atas badannya.
"Ahhh...awak okay kan?"soal Tulip memandang Keel.
"Okay...cuma sebab doktor nak pantau dulu.Terpaksa saya duduk sini.Boleh tak awak tuangkan saya air?"ucap Keel.
Tulip mendekati meja sebelah.Dia mengambil gelas dan menuangkan air.Dia mendekati katil dan menghulurkan gelas pada Keel.
Keel menarik tangan Tulip dan dia terduduk diatas katil menghadap lelaki itu.
Dia meletakkkan gelas di meja.
"Soalan saya awak tak jawab lagi?"soal Keel.
"Soalan apa? Mana ada saya cakap apa-apa..awak mimpi kot.."tipu Tulip.
Keel merenung dalam wajah itu.
"Tulip Amaryllis... jangan nak tipu diri awak lagi.Jangan nak sakitkan diri awak lagi.. pandang saya..."ucap Keel memegang dagu Tulip.
"Awak pernah cakap yang awak selalu datang pada saya? Selalu usaha untuk dekat dengan saya? Sepanjang 10 tahun awak ada perasaan pada saya pernah tak awak menyesal dengan pilihan awak?"soal Keel.
Tulip menarik nafasnya.
"Tak...10 tahun penantian tu tak pernah buatkan saya menyesal untuk tunggu awak.. walaupun saya tahu saya akan kecewa satu hari nanti..tapi cinta dan perasaan saya tak pernah berubah.."ucap Tulip.
Keel menarik tangan Tulip.
"Mulai harini saya nak awak jangan datang pada saya lagi..."ucap Keel.
Tulip terkejut dengan jawapan Keel.
Dia bangkit dari duduknya.
Keel pelik kenapa Tulip bangkit dari duduknya.
"Jadi awak memang tak nak ada kaitan dengan saya lagi?"soal Tulip.
"Saya nak..."ucap Keel.
"Enough!!!"ucap Tulip menghalang Keel dari meneruskan bicara.
"Sabar.... Tulip dengar saya cakap dulu..saya tak nak awak datang pada saya lagi sebab....saya yang akan datang pada awak mulai harini...tapi itu kalau awak izinkan..."ucap Keel meluahkan rasa hatinya.
Tulip berpaling ke belakang.Dia menampar mulutnya yang suka memotong percakapan orang.
"Awak tak sudi ke?"soal Keel.
Tulip berpaling dan meluru ke arah Keel.Dia tersenyum meluru ke arah Keel dan memukul dada Keel kuat.
"Jahatlah"ucap Tulip.
Keel menahan sakit dipukul.
"Sakit...awak tak kesian ke dengan saya ni?"soal Keel menunjukkan wayar yang banyak.
Tulip mencebikkan mukanya.
Tangan Tulip digenggam kemas.
"Terima kasih sebab sudi jumpa saya lagi...sudi tengok muka ni lagi..."ucap Keel memandang Tulip yang mengesat air matanya.
"Sama-sama...tutup sikit badan awak tu...orang lain nampak nanti"ucap Tulip menarik selimut menutup bahagian badan Keel yang terdedah itu.
"Saya baru sedar saya tak pakai baju... nampaknya ramai dah tengok badan saya sebelum awak.."ucap Keel mengusik.
"Dahlah saya balik dulu..."ucap Tulip merajuk.
"Nak balik dah..tak nak teman saya?"soal Keel pada Tulip.
"Tak naklah...kalau saya isteri awak saya teman...sebab bukan saya balik bye..jumpa esok..."ucap Tulip sebelum keluar dari wad.
Keel tersenyum sorang-sorang.
************
Tulip mengosok giginya sebelum tidur.Dia terdengar bunyi notifikasi masuk beberapa kali.Mulutnya dicuci terlebih dahulu.
Dia mendapatkan telefon yang ada atas katil.Dia membelek skrin terdapat mesej daripada "Happy Ending".Dia tersenyum dan membuka.
"Asalamualaikum....awak dah tidur ke?"~ Happy Ending.
Dia mendengar suara mesej Keel.
"Walaikumusalam belum baru siap-siap nak tidur.Kenapa?"~The Real One.
Keel membalas.
"Saya bosan.. dekat sini...Awak jenguk saya besok kan?"~Happy ending.
"Ya tapi petang sikit sebab saya kerja.."~the Real One.
Keel mencebikkan bibirnya.
"Awak ambil cuti jelah jaga saya esok?"~ Happy Ending.
"Mana boleh...saya dah cuti banyak haritu...sabarlah tunggu saya esok..10 tahun boleh tunggu...takkan sehari tak boleh? Awak rindukan saya ke?"~ The Real One.
"Mestilah rindu...10 tahun saya simpan kata-kata yang saya rindukan awak.. okaylah awak rehatlah"~ Happy Ending.
"Awak pun rehat jangan banyak bergerak..kita jumpa esok okay..bye.. good night" ~ The Real One.
"Good night sweet..."~ Happy Ending.
Tulip tersenyum melihat mesej terakhir itu.Dia membaringkan diri sambil melihat mesej itu berkali-kali.
*************
"Kamu ni nak tercabut jantung Ibu bila kamu bagitahu yang kamu dekat hospital"ucap Puan Zainab memukul lengan anak terunanya itu.
Keel mengosok lengannya yang sakit.
"Keel tak nak Ibu risau je..lagipun Keel okay... Maliqi hantar..."ucap Keel.
"Buatnya kamu tak sedar diri semalam macamana? Kamu tu dahlah belum kahwin...kempunan ibu nak ada menantu.."ucap Puan Zainab.
"Alah Ibu relaks...Keel okay doktor pun kata lagi dua hari boleh keluar.."ucap Keel memujuk Puan Zainab.
Puan Zainab mengeluarkan sesuatu dalam beg yang dibawanya.
Keel menjengahkan kepalanya.
"Ibu masak apa? Bau macam sedap?"soal Keel melihat mangkuk tingkat yang diturunkan oleh Puan Zainab.
"Ibu buat nasi dengan sup ayam je.Kamu kena pantang makan.."ucap Puan Zainab.
Puan Zainab menghulurkan bekas makanan berisi buah epal yang sudah dipotong pada Keel.
"Makan sikit..buah tu.."ucap Puan Zainab.
Keel mengambil dan masuk ke dalam mulutnya.
"Kamu ni umur dah lanjut... kalau kamu kahwin senang bini ada boleh tolong kamu...ni terlantar sakit pun tak ada sapa nak jaga? Jaga diri sendiri..."ucap Puan Zainab.
"Ibu...datang sini... sorang je ke? Mana adik?"soal Keel.
"Sorang jelah...adik kamu ada kelas...jangan nak tukar topik yang ibu sedang bincangkan ni... Ibu banyak kali pesan cari jodoh...kahwin...senang ada orang boleh uruskan kamu.."pesan Puan Zainab.
Keel menyandarkan tubuhnya.
"Ibu nak Keel kahwin ke?"soal Keel main-main.
"Yalah... patutnya umur macam Ibu ni dah ada cucu.Kamu tunggu siapa sebenarnya yang tak kahwin-kahwin ni?"soal Puan Zainab.
Pintu wad dibuka.
"Asalamualaikum....."sapa satu suara di pintu.Puan Zainab memandang gerangan yang berdiri dibalik pintu.
Keel sudah tersenyum sampai ke telinga.
Pintu wad ditutup rapat.Tulip berjalan ke arah katil Keel.Dia memandang seorang wanita mungkin sebaya dengan arwah Umi kalau masih hidup.
Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman.Puan Zainab menyambut salam gadis didepannya sambil memandang Keel yang tersenyum sahaja.
"Nak...ni siapa?"soal Puan Zainab.
Tulip memandang Keel.Takkan dia nak jawab bakal menantu pulak?.
"Saya...."ucap Tulip.
"Bakal isteri Keel.... Ibu"ucap Keel yang menyandar dikatil.
Puan Zainab memandang gadis itu.Tangan tulip sudah berpeluh-peluh sebab gementar.
Keel tersenyum senget melihat Tulip yang sedang gementar berhadapan dengan Puan Zainab.
Bakal isteri? Dia ni memang suka tak bincang? Buatnya aku yang sakit jantung pulak macamana?.
Bakal isteri? Dia ni memang suka tak bincang? Buatnya aku yang sakit jantung pulak macamana?.
Share this novel