BAB 5

Drama Completed 58217

Pintu rumah dihempas kuat oleh Cikgu Basyir.Dia meluru ke arah Tulip yang sedang duduk di ruang tamu sambil menangis dipujuk oleh Seroja.

Tangan Cikgu Basyir ditunding pada anak keduanya itu.
"Mulai esok abah tak nak kamu jumpa dengan dia kalau kamu jumpa dengan dia Abah akan pindahkan kamu ke sekolah asrama atau Abah akan buat dia tak layak untuk masuk dalam pasukan sepak takraw sekolah tu"ugut Cikgu Basyir pada Tulip.

Tulip mengangkat mukanya dengan perasaan marah.

"Abah jangan sentuh dia... Tulip benci Abah"ucap Tulip terus berlari masuk ke bilik.Tulip mencapai bantal diatas katilnya dan menekup mukanya menangis semahu-mahunya.

Keel dan Wan berjalan mahu masuk ke kelas terserempak dengan Tulip yang berjalan ke arahnya.

Tulip memandang lelaki itu.Dia mahu menegur Keel tapi Keel berjalan melintasi dirinya sahaja tanpa berbicara apa pun.Nampaknya Keel sudah meletakkkan jurang antara mereka sejak kejadian tempoh hari.

Tulip mengenggam tangannya kuat.

***********

Troli ditolak untuk mengambil beberapa barang keperluan.Satu kotak susu segar diletakkan dalam troli Tulip oleh Adam.

"Tulip ada barang nak beli tak?"soal Adam yang menolak troli mengiringi Tulip.

"Ada sikit je..tak banyak mana pun.Lagipun Tulip duduk sorang je"ucap Tulip membelek sesuatu pada rak yang ada depan matanya.

"Tulip cari apa?"soal Adam pada sepupunya itu.

"Tulip cari coklat yang selalu makan tu tapi tak ada..macam dah habis je..."ucap Tulip menggigit bibirnya.

"Kita pergi kedai lain kejap lagi..kalau Tulip nak?"soal Adam.

Tulip memandang Adam.

"Takpelah Abang Adam lain kali je..."ucap Tulip menolak pelawaan Adam.

Troli yang dibawa Adam berlanggar dengan troli pelanggan pasaraya yang datang dari arah sebelah.

"Sorry..."ucap Tulip sambil memandang pemilik troli itu.

Dia terdiam kerana Keel didepannya sekarang.Adam memandang lelaki itu.Ini lelaki yang bekerja dekat tempat yang sama Tulip kerja.

Keel memandang tangan Tulip dan tangan lelaki itu sangat dekat troli.

"Hei bro...kau tinggalkan aku buat apa?"soal Wan yang meletakkkan barang dalam troli terpandang pada gadis depannya itu.

Dia seperti pernah kenal.

"Kejap awak Tulip kan?"soal Wan pada Tulip.

Tulip senyum pada Wan.

"Ya saya Tulip...."balasnya.

"Tak sangka jumpa awak dekat sini..berbelanja dengan suami ke?"soal Wan selamba.

Tulip dah terbatuk-batuk.

Keel dah memberi jelingan maut.

"Ehh sorry saya abang sepupu Tulip"ucap Adam memperkenalkan dirinya.

Wan memandang Keel disebelah.

"Ahh abang sepupu..."ucap Wan.

Wan mengesel lengan Keel.

"Ahh takpelah kami nak beli barang dulu..sebab Tulip dia tak berapa sihat sangat tak boleh lama-lama.."ucap Adam prihatin.

Keel merenung tajam pada Tulip.Dia tak tentu arah mahu memandang tempat lain.

"Ehh Tulip...boleh saya dapatkan nombor awak?"soal Wan.Tulip memandang Keel disebelah.Dia mengeluarkan kad dalam begnya dan diserahkan pada Wan.

Wan mengambil kad tersebut dari tangan Tulip.

"Terima kasih nanti saya telefon awak"ucap Wan.Tulip berjalan ke arah lain dengan Adam.

"Tak sangka jumpa balik...ada dekat 10 tahun tak jumpa makin cantiklah dia.."puji Wan.Keel memandang kad nombor yang dipegang Wan.Senang-senang Tulip bagi nombor telefonnya pada Wan sedangkan dia sampai kena minta dekat orang lain.

Dia terus menolak troli meninggalkan Wan sekali lagi.

"Ehh... Keel kalau aku tahu dia cantik macam tu...dari sekolah dulu aku suka dekat dia mesti sekarang aku dah kahwin dengan dia...tapi sekarang pun aku boleh ngorat dia..mesti dia suka dekat aku.."ucap Wan.

Keel mencapai kopi segera dan diletakkan dalam troli.

"Dia takkan suka dekat kau..pun..aku kenal dia.."ucap Keel dengan yakin.

Wan gelak.

"Kau suka dekat dia?"

Keel diam.

"Cakap jelah kau suka dekat dia kan?"soal Wan lagi mendesak Keel.

"Ya!! memang aku suka dia pun..aku suka dia lebih daripada kau suka dia..."ucap Keel mengaku perasaannya pada Wan tentang Tulip.

Keadaan bertukar sunyi.Wan gelak besar dengan pengakuan kawan baiknya itu.

"Buat pertama kalinya aku rasa aku menang..tak sangka aku boleh dengar pengakuan kawan baik aku.."ucap Wan sambil tergelak.

Keel dah panas hati sebenarnya dengan Wan.

Dia menolak troli pada Wan dan meninggalkan kawannya.

"Kau bayar sendiri!!"ucap Keel bengang.

**********

Tulip orang paling awal masuk ke bilik mesyuarat harini.Dia membelek telefon sementara menunggu yang lain masuk.

Keel membuka pintu melihat Tulip berseorangan di dalam.Tulip mendongak memandang wajah Keel yang tercegat tidak bergerak.

Dia membetulkan kedudukannya.

Keel masuk dan menarik kerusi dihadapan Tulip.

"Awak ada masa tak nak keluar minum? Saya nak belanja awak minum sebab selamatkan saya haritu?"soal Tulip pada Keel.

Pen yang dipusingkan Keel berhenti.Dia memandang Tulip.

"Ada ramai orang nak belanja saya minum kopi...jadi kalau nak tunggu giliran awak lambat lagi kot..."balas Keel.

Tulip bermain dengan jari jemarinya dibawah meja.

"Awak masih marah apa yang jadi 10 tahun lepas?"soal Tulip dengan berani.

Keel menutup fail atas meja.

Dia meletakkkan kedua-dua tangannya atas meja.

"Sejak bila kita berbaik? Sejak bila kita rapat?"soal Keel.

Tulip tersentap dengan layanan Keel.

Dia tersenyum sinis.

"Habis Kenapa awak datang selamatkan saya? Bukan sebab awak ambil berat pasal saya?"soal Tulip.

"Itu...cuma tanggungjawab saya.."

"Jadi...saya sebahagian daripada tanggungjawab awak?"soal Tulip dengan mata sudah bergenang.

Keel diam.

"Jawablah..saya tanya..."

"Tanggungjawab seorang atasan pada orang bawahannya.."ucap Keel dengan tanpa rasa bersalah.

Tulip menyeka airmatanya.

"Sebenci tu awak pada saya?"soal Tulip.

"Tak....saya tak benci awak...cuma saya cuba untuk kita tidak sedekat tu.."ucap Keel.

"Jadi awak letakkan jurang antara kita?"soal Tulip.

Keel diam sahaja.

Tulip bangkit dan mahu keluar untuk ke tandas.Izzad yang membuka pintu melihat Tulip keluar tergesa-gesa.

"Tulip nak pergi mana? Meeting nak mula ni?"soal Izzad.

"Hembus hingus kejap!!!!"ucap Tulip kuat memenuhi ruang bilik itu.

Izzad memandang Tuan Wakeel yang sedang membelek telefon.

Dia rasa ada aura lain macam dalam bilik ini.Panas!!!!

**********

Makan tengahari harini dibayar oleh D'Mans.Tulip mengambil tempat duduk sedikit jauh dihujung.

Dia menyibukkan diri dengan telefon ditangannya.Keel yang baru sampai melihat tempat duduk yang kosong.Semua penuh kecuali disebelah Tulip.

"Tuan Wakeel.... sebelah Tulip kosong!!"panggil Izzad.

Tulip memandang Izzad dan memandang wajah Keel yang memandangnya.

Keel berjalan dan menarik kerusi duduk disebelah Tulip.Tulip menarik sedikit kerusinya rapat pada Izzad.

"Kau dah kenapa tulip?"soal Izzad.

Tulip menggelengkan kepalanya.

Makanan yang dipesan mereka sudah sampai.Tulip hanya memandang makanan depan matanya.

Keel melihat nasi Tulip masih kosong tiada lauk diambil.

Dia mencedok tomyam campur diletakkan dalam diatas pinggan Tulip.

Tulip merenung.

"Sekali sekala dapat makan ramai-ramai macam ni sedapkan..."ucap Izzad.

"Betul tu Tuan Wakeel...selalu makan sorang-sorang..."ucap Ain.

"Ya ke.... Tuan Wakeel tak ada girlfriend ke? Kalau ada girlfriend mesti tak sunyi nak makan tengahari..."ucap Izzad.

Keel memandang Tulip disebelah.

"Tuan Wakeel ni sebenarnya sweet orangnya tau Izzad...sebab Tuan Wakeel sanggup tunggu cinta pertamanya hampir 10 tahun"cerita Ain.

"Ya ke Nyah....wow.."ucap Izzad.

Tulip memandang Keel yang sedang menikmati makanan.

"Dah makan..waktu lunch tak lama pun.."ucap Keel.

Tulip rasa gatal pada tangannya.Dia menggaru perlahan.Nasi dalam pinggannya dah habis mungkin sebab ada orang disebelahnya makan sekali.

Izzad memandang Tulip yang tergaru-garu.Bintik-bintik merah penuh ditangan Tulip.

"Ehh.. Tulip kau makan tomyam campur tu ke?"soal Izzad dah risau.

Tulip angguk.

Keel pelik.Kenapa dengan tomyam campur depannya?.

Dia muka Tulip yang sudah naik bintik merah-merah.

"Kau alergik dengan seafood kan..."ucap Izzad.

Keel terlepas pandang pasal itu.Tapi kenapa Tulip tak cakap?.

Tulip tak selesa.

"Kau ada ubat tak?"soal Izzad.

Tulip menggelengkan kepalanya laju.

Keel terus bangun dari duduknya dan membelek wajah Tulip.

"Dah habis makan nanti awak semua balik ke pejabat.Saya bawa Tulip pergi klinik"ucap Keel menarik tangan Tulip keluar dari restoran.

Tulip menggaru lehernya yang gatal.

"Jangan garu...tahan..."ucap Keel memasangkan tali pinggang keselamatan pada Tulip.

*****************

Doktor menyuntik ubat pada Tulip.Keel hanya melihat dari jauh.

"Cik tunggu dulu 10 minit kita nak tengok reaksi ubat.."ucap jururawat pada Tulip.

Tulip mengangguk perlahan.

Keel mendekati Tulip yang baring atas katil dalam bilik rawatan.

"Kenapa awak tetap makan tomyam tu..kalau awak tahu awak alergik?"soal Keel dengan nada marah.

Tulip mengalihkan pandangan.

"Awak yang letakkan jurang antara kita? Tapi kenapa masih risaukan saya?"soal Tulip.

Keel bengang

"Awak dah siap nanti keluarlah"ucap Keel terus keluar dari bilik rawatan.

Tulip memejamkan matanya dan cuba menahan tangis lagi.Kenapa Keel berubah sebegitu kejam padanya? Dia cuba nak berbaik dengan Keel?.

Tulip mahu berdamai dengan Keel....tapi Keel meletakkkan jurang antara mereka?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience