Pertandingan sepak takraw sekolah sedang berlangsung.Semua bersorak kuat menyokong pasukan sekolah.Dan tidak terlepas juga Tulip dan Ulfa yang memegang sepanduk menyokong.
Kalau ikutkan mereka berdua ada kelas tambahan diluar.Tapi mereka menipu demi untuk menyokong pasukan sepak takraw atau lebih tepat menyokong Keel.
"Go Wakeel!!!!"jerit Tulip sambil melambaikan tangan.Keel yang sedang berada dalam gelanggang memandang ke arah atas.Gadis itu ada menyokong pasukannya.
Dia bersedia untuk melakukan servis pada pihak lawan.Bola dibaling ke udara dan dia menendang ke arah pihak lawan.
Bola yang ditendang terlepas menyebabkan pihak lawan gagal mendapatkan mata.
Perlawanan sudah tamat Tulip berlari-lari anak untuk berjumpa dengan Keel.Tapi kakinya berhenti memandang Keel sedang bercakap dengan seorang gadis yang sangat cantik.Kalau nak dibandingkan dirinya hanya biasa saja.
Keel memberikan senyuman pada gadis itu.Dia berpaling dan kembali kepada Ulfa.
Ulfa memandang Tulip yang berjalan melintasi dirinya.
"Tulip kau dah jumpa Keel belum?"soal Ulfa mengejar langkah sahabatnya.
"Aku penat jom balik.."ucap Tulip.Ulfa Garu kepalanya.
Pintu rumah ditutup rapat, Tulip berjalan mahu naik ke biliknya.
"Tulip...kamu dari mana?"soal Encik Basyir yang sedang duduk diruang tamu.
"Tulip dari...kelas..tambahanlah.."tipu Tulip pada abahnya.
Encik Basyir bangkit dan mendekati Tulip.
"Baik kamu cakap betul-betul dengan Abah.Kamu dari mana?"soal Encik Basyir keras.
Tulip menelan air liur.
"Tulip dari Kelab Sepak takraw tengok perlawanan takraw abah"ucap Tulip menundukkan wajahnya.
"Kamu tahu apa yang abah tak suka?"soal Encik Basyir.
Tulip mendongak.
"Abah tak suka kamu tipu abah...kamu dapat faedah ke tengok perlawanan takraw tu...Mulai esok abah tak nak tengok kamu pergi tengok perlawanan takraw tu lagi..kalau abah tahu..jangan ingat abah tak tahu kamu selalu jumpa budak lelaki tu...abah akan cari budak tu.kalau kamu tak pergi kelas tambahan lagi sekali.."ucap Encik Basyir.
Tulip dah takut.Dia tak nak libatkan Keel dalam hal ini.Keel tak salah apa pun.Dia yang selalu pergi menyokong Keel.
*********
Air dalam gelas disedut perlahan.Adam memandang Tulip yang diam dari tadi.Adam melayangkan tangan depan matanya.
Tulip mendongak
"Tulip okay tak ni? Sejak lelaki tadi jumpa Tulip.Tulip banyak diam.Ada masalah ke?"soal Adam.
Tulip menggelengkan kepalanya.
"Cuma banyak kerja je...Abang tak rasa kerja dengan orang korporat ni"ucap Tulip.
Adam gelak kecil.
"Kerja abang melibatkan nyawa lagi berat daripada Tulip.Ni Tulip berapa lama tak balik jumpa Pak Lang?"soal Adam.
Bercakap pasal Encik Basyir memang dia dah lama tak jumpa abahnya itu.
"Entahlah...belum ada masa lagi..lagipun kalau Tulip balik pun abah tak habis-habis nak kenalkan dengan anak kawan-kawan dia.Sedangkan dia dah ada dua menantu dari Kak Seroja dan Azalea.Cukuplah tu..."ucap Tulip menyilangkan tangannya.
"Pak Lang nak Tulip kahwin lah tu.Lagipun umur macam Tulip ni memang patut kahwin dah..."ucap Adam.
Tulip terdiam.Dia masih teringat kejadian dulu.Dan sekarang kalau abah tahu lelaki itu satu tempat kerja dengannya macamana?.
***********
Keel memandang skrin komputer lagi.Ketukan pintu pejabat menyentaknya.Dia memandang ke arah pintu melihat Tulip berdiri.Dia memanggil Tulip masuk ke dalam.
Tulip masuk dan menutup pintu.Dia menyerahkan laporan yang diminta lelaki itu semasa dia mahu makan tengahari tadi.
Keel mengambil dan membelek.Tulip memandang tempat lain.
Keel melemparkan kertas atas meja.
"Redo again...too short..."ucap Keel sambil mata kembali pada skrin komputer.Tulip mengambil kembali kertas tersebut dah keluar tanpa bicara.
Selang 30 minit, Tulip kembali semula ke pejabatnya.
Dan sekali lagi laporannya tidak diterima oleh Keel.
"Too much word...less word better..."ucap Keel pada Tulip.
Tulip mengambil kertas tersebut dan dikeronyokkan depan Keel menunjukkan protes.Baru dia mahu bergerak.
"Wait...kalau awak masuk lagi sekali buatkan saya milo panas"pesan Keel pada Tulip.Milo panas? Kau ingat aku mamak nak order?.Dia memandang muka tak bersalah Keel itu.Terus dia keluar dari pejabat lelaki itu.
Muk diambil sambil mencapai Milo dan susu pekat.Dia letak air panas penuh.Tulip mengeluarkan sesuatu pada poket seluarnya.Dan tersenyum jahat.
"Kau nak Milo panas? Takpe aku dengan baik hatinya bagi kau Milo panas campur pedas"ucap Tulip meletakkkan serbuk cili yang memang ada dalam laci pejabatnya.
Tulip masuk dengan membawa Milo panas dan laporan yang sudah dibetulkan tadi.
"Letak dekat situ je.."ucap Keel.Tulip menurut perintah dia meletakkkan Muk milo panas dan laporan didepan Keel.
"Kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu"ucap Tulip terus keluar dan menutup pintu.
Keel tersenyum melihat air milo panas itu.Dia menghirup perlahan dan menyemburkan air itu.Dia pelik kenapa air Milo yang dia minum rasa lain.Pedas!!! jerit Keel.
Tulip sudah tergelak diluar.Cepat-cepat dia berambus dari situ.
***********
Harini seperti yang ditugaskan Tulip ada kerja luar.Dia sempat meminjam kereta syarikat untuk ke Janda Baik.
Dia tiba di Kebun Villa Janda Baik untuk membuat pemantauan.Sambil-sambil dia memandang langit yang akan bertukar hujan tak lama nanti.
Dia meneruskan kerjanya sambil menikmati pandangan dari atas bukit ini.
Telefon pintarnya dikeluarkan dan dia mengambil gambar sambil meletakkkan pada Instagram miliknya.
Bunyi notifikasi masuk membuatkan Keel tertarik.Dia membuka dan melihat Tulip update keberadaan dirinya.
Dia tersenyum manis.
"Tuan Wakeel!!!"panggil Maliqi.
Keel mematikan senyumannya.
"Kenapa kau ni kelam kabut? Kucing kau nak beranak ke?"soal Keel.
Maliqi menarik nafasnya.
"Cik Tulip...dia pergi site tu naik kereta syarikat yang mana satu sebab saya minta dia ambil kunci pada Ain"ucap Maliqi.
Fail ditutup rapat.
"Pastu apa masalah sekarang?"soal Keel.
"Kereta yang Cik Tulip bawa tu ada masalah brek..under maintenance sebenarnya..."ucap Maliqi.
Keel sudah risau.
"Bagi aku nombor dia.."ucap Keel pada Maliqi.
Tulip baru selesai kerja dia perlu balik ke D'Mans untuk pulangkan kereta semula.Dia memakai tali pinggang keselamatan.
Keel cuba menghubungi nombor itu berkali-kali tapi tak dijawab.Dia menyuruh Maliqi menjejak GPS kereta syarikat itu.
Dia perlu tahu kedudukan Tulip sekarang.
"Lama lagi ke?"soal Keel.
"Ambil masa juga.."ucap Maliqi.Keel dah tak senang duduk.Dia mengambil telefon pintarnya atas meja.
"Aku pergi sana...tolong detect lokasi dia..inform aku.."arah Keel terus keluar dari pejabat.
************
Sebaik sahaja Tulip mahu keluar, hujan lebat dengan angin kuat.Dia memandu perlahan kerana jarak penglihatan sangat terhad untuk orang sepertinya.
Dia cuba menjarakkan kenderaannya dengan kenderaan hadapan dalam keadaan hujan seperti ini macam-macam boleh berlaku.
Tiba-tiba dia rasa ada sesuatu tak kena.Keretanya tiba-tiba tidak hidup ditengah laluan mahu turun ke bawah.Dia cuba menghidupkan enjin kereta tapi semua lampu mati.Dia mengambil telefon pintarnya dan membelek terdapat banyak mesej dan panggilan dari nombor yang tidak dia kenali.
Dia perlu keluar dari kereta ni.Sangat bahaya baginya sekiranya ada kenderaan lain tidak nampak.Dia mengambil begnya dan keluar dari kereta.Hujan masih renyai lagi.Dia membuka payung bagi berlindung dari hujan.
Dia terdengar sesuatu yang kuat jatuh berdekatan dengannya.Hampir gugur jantungnya rupanya dahan pokok jatuh ke jalan.
Dari jauh dia nampak ada lori berhenti.
"Kereta rosak ke?"soal lelaki berusia itu.
"Ya.. kereta saya rosak..saya buntu nak buat apa.."ucap Tulip.
"Kalau macam tu saya boleh tolong Cik tolak ke tepi..bahaya ni kalau orang tak nampak..nanti saya tolong telefonkan towing untuk Cik"ucap lelaki itu.
Tulip mengangguk laju.Nasib ada hamba Allah yang menolongnya.
Telefon pintarnya berbunyi lagi tertera nombor yang sama.Dia menekan dan menjawab.
"Hello...Tulip.."ucap Keel risau.
"Hello...awak ke ni Keel?"soal Tulip.Satu lagi dahan pokok jatuh menghempap bumbung keretanya.
Tulip menjerit kuat dan telefon pintarnya terlepas dari tangan.Keel mendengar jeritan Tulip.
"Hello.... Tulip...awak okay tak?"soal Keel tapi tiada respon.Dia memegang kemas stereng keretanya.Dia perlu sampai ke atas cepat.
Tulip mengambil telefon pintarnya yang jatuh dan melihat skrin sudah bertukar gelap.Dia memegang dadanya
Range Rover sport milik Keel berhenti sebaik dia melihat ada towing yang menghalang jalan.Dia membuka pintu kereta dan berlari keluar tanpa peduli hujan.
Dia melihat kenderaan itu mencari Tulip.Dia mendekati pemilik towing.
"Mana? Mana perempuan dalam kereta ni?"soal Keel pada pemilik towing itu.
Pemilik towing itu sedikit blur memandang lelaki yang sanggup basah dengan hujan itu.
"Saya tanya mana perempuan dalam kereta ni!!!"jerit Keel.
"Tuan Wakeel..."ucap Tulip.Keel memandang arah depannya.Dia melihat Tulip sedang berpayung berdiri tidak jauh darinya.
Keel berlari ke arah Tulip dan memeluk tubuh itu.Tulip terkejut dengan kelakuan lelaki itu.Payung ditangannya jatuh ke jalan.
Tulip pelik macamana lelaki itu boleh sampai sini? Macamana lelaki itu tahu dia sedang dalam masalah?.
Dia boleh dengar degupan jantung itu kuat.
Macamana lelaki itu boleh sampai sini? Bagaimana lelaki itu tahu dia dalam masalah?
Share this novel